Kemusnahan

61 1 0
                                    

Beberapa orang telah dibunuh disebabkan amarah Shahir sejak kehilangan isterinya 2 tahun yang lepas. Didalam ramai ramai orang itu, tiada seorang pun yang bernama Rahman. Katanya dia mengesyaki Rahman yang telah cuba untuk menyusahkan dia tapi dia sibuk memusnahkan hidup orang lain. Bak kata pepatah 'nila setitik, rosak susu sebelanga'. Disebabkan satu benda kecik, ramai yang terkorban. Dan antara yang terkorban itu bukan ahli yang rapat dengan Rahman malahan nama mereka juga bukan Rahman. Apakah kehendak Shahir sebenarnya. Dia hendak keluar bersama Jamal ke. Berkata tentang Jamal, Jamal sudah pun berjaya mencari pengganti untuk isterinya. Ada juga orang yang mahu kan dia. Dah la tua, tak hensem, suka one direction, tak pandai pulak tu. Kalo seorang tidak mengapa, ini sampai dua orang sekali yang makan makanan Kerul. Kesian sungguh hidup Kerul. Baru 2 tahun sudah menjadi anak yatim. Yatim sangat menyayangi Kerul. Dia seorang bapa yang sangat baik. Walaupun hidup mereka tidak berapa senang, Yatim sanggup membelikan dadah untuk Kerul. Yatim sanggup berpuasa asalkan Kerul dapat menjamah daging lembu di lorong ketiga sekolahnya. Jamal terfikir,

"Mengapa penulis sangat suka masukkan cerita lain bila bercerita tentang aku."

Dengan sayunya Jamal menangis selepas memikirkan tentang masa depan ceritanya. Cerita tentang perkahwinannya juga tidak diceritakan kerana orang lain. Jamal telah membuat keputusan untuk menamatkan riwayat watak utama iaitu kawan baiknya sendiri, Shahir. Namun demikian, tidak sempat dia bersedia, Shahir sudah mengelar leher isteri Jamal dan mencampak pisau yang berlumuran darah isteri Jamal tepat ke dada Jamal. Sebelum Jamal menghembuskan nafas terakhir. Shahir sempat memberikan sepatah dua kata,

"Aku harap kau berjaya jumpa isteri kau kat sana nanti. Ada hati nak bunuh aku. Mesti sekarang kau menyesal sebab ada hati nak bunuh aku, sia-sia sahaja hati kau ditikam sebegini."

Shahir meneruskan perjalanannya ke destinasi seterusnya iaitu rumah Kerul.

Aku Tak Gila Where stories live. Discover now