Kasih Yang Hilang

97 2 0
                                    

Sudah 6 tahun sejak Shahir berkahwin dengan Zainab, Hakim pula masih membujang kerana asyik sibuk mencipta pikiran untuk menyusahkan hidup Shahir yang tidak pernah susah. Kerusi juga masih bersedih kerana kehilangan kawan terbaiknya , kapal terbang. Dan kisah Jamal yang tidak sempat dihabiskan kerana hendak menghabiskan cerita Shahir. Zainab telah mendapat kemalangan yang teruk semasa berjalan di jejantas selantan bahagian barat . Kisahnya sebegini, Zainab sedang membeli barang tetapi barang tersebut terlampau mahal. Zainab pun pengsan. Shahir yang sangat risau bertanya kepada doktor tentang keadaan Zainab dan doktor tersebut berkata,

"Encik ni suami kepada Zainab ke, kalau bukan, boleh tak encik berhenti curi makanan pesakit lain".

Shahir mengaku bahawasanya dialah suami kepada Zainab dan terus mencuri makanan pesakit lain. Doktor tersebut memberikan berita gembira yang berbunyi,

"Isteri encik telah melepasi tahap kritikal".

Shahir sangat gembira selepas mendengar berita tersebut sehingga pencurian makanan terhenti. Doktor itu menyambung berita tersebut,

"Dia telah berada di keadaan yang terakhir iaitu penamat terakhir, Puan Zainab ingin berjumpa dengan encik sekarang. Encik kena ingat jangan bising sangat, malu kat orang lain".

Shahir merangkak sepantas mungkin memasuki bilik Zainab. Dia melihat Zainab berada dalam keadaan yang teramat kritikal. Pernafasan Zainab juga dibantu oleh mesin. Degupan jantung Zainab semakin perlahan dan dia telah meninggal di depan Shahir sebelum Shahir belum sempat mengatakan apa-apa. Walaupun perkataan "saya sangat sayangkan awak" atau "selamat tinggal". Dia menangis teresak-esak di tepi katil Zainab. Dan doktor tadi berbisik,

"Kan saya dah kata kat encik jangan bising sangat".

Shahir mengurangkan kadar tangisannya dan ternampak satu sampul surat di tangan Zainab. Dia mengambil surat tu dan membukanya. Di surat itu tertulis,

"Kepada Shahir,
Abang , Zain nak mintak maaf sangat2 kat abang. Zain rasa bersalah sangat bila teringat masa dulu, masa kita berpisah. Zain tak tahu pun yang Nab tu sedara abang. Zain buat keputusan terburu-buru masa tu. Zain rasa sangat sedih dan marah. Lepastu Zain terjumpa seorang lelaki, dia upah Zain untuk susahkan hidup abang. Setiap hari Zain cuba untuk menyusahkan abang, tapi Zain x sampai hati nak buat camtu kat abang. Hampir setiap hari Zain kena marah, kena maki, kena sepak, tampar, tumbuk semua cukup ah. Sampai satu hari kita berjumpa balik. Masa tu abang nmpak lain sangat, abang nampak makin segak berbanding dulu. Zain sangat terkejut melihat rupa abang ketika itu. Tak sangka cinta Zain terhadap abang semakin kuat masa tu, walaupun abang pernah sakitkan hati Zain. Kita pun berkahwin. Sebelum Zain terlupa lelaki yang suruh Zain susahkan hidup abang tu kawan abang. Nama dia (kesan contengan yang disebabkan oleh Zainab tinggal 10 saat nak mati).

Shahir menangis semakin kuat selepas membaca surat itu dan dibelasah oleh doktor. Doktor itu terus mencampak Shahir keluar dari hospital. Sejak haritu Shahir mengesyaki Rahman iaitu kawan semasa dia masih tadika yang tidak tahu mengapa Shahir sakit dulu, Rahman hanyalah mangsa keadaan ketika itu. Semasa di tadika, Rahman telah memberi kuih yang dibuat 'handmade ' dan diberi kepada Shahir untuk mencubanya. Shahir telah jatuh sakit disebabkan kuasa tuhan dan bukannya disebabkan kuih itu. Namun sedemikian, Shahir tetap menyalahkan Rahman. Sehingga hari ini, Shahir berdendam terhadap Rahman.

Aku Tak Gila Where stories live. Discover now