Dia turut bersimpati setelah apa yang berlaku kepada bosnya itu semalam. Raisya hanya diam tidak bersuara setelah Tan Sri Mikhael serta konco-konco hampir meragut nyawanya semalam. Masih trauma mungkin.

Bos tak nak sarapan ke?" Soal Tengku Zafran prihatin. Buat penat aje beli makanan tapi langsung tak ingin menjamah. Sengaja dia memilih untuk menikmati hidangan bersama dengan Raisya, menemani gadis yang masih memerlukan teman di sisi.

Raisya hanya menggeleng lemah sambil menghirup udara pagi yang segar dari balkoni bilik hotelnya. Pintu bilik hotel Raisya, Tengku Zafran buka seluas yang mungkin untuk mengelakkan timbul sebarang fitnah. Kemudian, dia melabuhkan semula punggungnya berhadapan Raisya.

Makan lah. Nanti bos sakit macam mana?" Raisya pandang anak mata Tengku Zafran dengan pandangan redup yang sukar ditafsir.

Kenapa kau still baik dengan aku sedangkan aku tak pernah pun nak berbaik dengan kau?" Tengku Zafran melemparkan senyuman manis kepada Raisya. Gadis itu seperti mencari-cari sesuatu dari kolam mata Tengku Zafran.

Kalau saya cakap ni, bos jangan marah. Tapi saya rasa bos akan marah kut."

Cakap aje lah. Tak payah nak berbelit-belit." Tengok tu, sempat lagi nak cakap pedas-pedas. Raisya tetap Raisya.

Sebab saya sayang bos."

Sebagai kawan?" Tengku Zafran menggeleng, menyangkal keras telahan Raisya.

Lebih daripada seorang kawan." Raisya memandang Tengku Zafran dengan riak tidak percaya. Mana mungkin lelaki sebaik Tengku Zafran boleh jatuh hati pada gadis sepertinya.

Tipu lah tu." Pandangannya dilempar kembali ke arah luar balkoni. Tenang dia melihat gunung yang menghijau nun jauh di sana.

Betul, I' m totally serious." Wajahnya ditoleh semula ke arah Tengku Zafran. Terlintas satu idea di benaknya, tatkala bertembung empat mata dengan lelaki yang telah menyuarakan perasaan terhadapnya tadi.

Mungkin ni peluang untuk aku lepaskan diri daripada ancaman Tan Sri Mikhael, dengan jadikan dia sebagai pelindung aku.' Gumam Raisya.

Marry me, then." Putus Raisya tiba-tiba.

Membuntang mata Tengku Zafran dengan apa yang didengarinya.

Seriously? Akhirnya...' Sempat dia menghela nafas lega. Tidak lekang senyuman daripada tergaris di bibir. Mana tidaknya, hati sudah bertukar menjadi taman bunga yang indah.

Selesai urusan kerja di Sabah yang mengambil masa bebrrapa hari itu, mereka bertolak bersiap-siap untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Tidak sia-sia dia mengajak Tengku Zafran menemaninya ketika di sini. Urusan kerja menjadi licin dengan sedikit sumbangan idea yang bernas dari Tengku Zafran.

Nanti saya suruh family saya hantar rombongan. Insha-Allah dalam dua minggu macam tu." Raisya cuma senyum sebelum mengangguk. Suka dia melihat lesung pipit yang terlakar pada wajah kacak polos Tengku Zafran apabila tersenyum manis begitu. Namun, pantas dia tersedar dari khayalannya.

Tak, aku tak boleh kalah dengan senyuman tu. Tolong lah jangan, Raisya!'

                  ***********

LAGAK dia mengatur langkah persis model tak diikitraf. Mencari-cari di mana bos kesayangannya itu pergi. Sejak dua menjak ini, dia langsung tidak bertembung dengan bos. Tak mungkinlah bos tidak sihat. Selalunya kalau tidak sihat, Raisya pasti akan memaklumkan terlebih dahulu.

Mana bos?" Tanya Sofi sambil merenung Tania dengan pandangan tajam. Cuma Tania yang boleh diharapkan selain bos.

Apa hal dengan pondan ni?' Getus Tania, geram. Orang tengah sibuk, ada saja dia datang mengganggu.

Bos pergi Sabah. Dia ada urusan kerja dekat sana." Tania mengerling sekilas ke arah Sofi yang seperti cacing kepanasan itu.

Asal nama Zafran dibangkitkan, pasti si Sofi kelihatan resah dan kelat semacam.

Bos pergi sorang ke?" Soalnya lagi. Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diterima.

Tania menggeleng laju. Bertuah sangat Cik Raisya nak pergi seorang diri.

Dengan Zafran." Jawab Tania selamba. Ya lah, tak kan nak jawab takut-takut pulak kan? Berani kerana benar, takut kerana salah. Kejap, apa kaitan ni?

Asal kau tak bagitahu aku?!" Tania mengetap bibir geram. Huh, sabar Tania. Sabar... Tak pasal-pasal aje di pagi yang indah kena sound dengan sotong tak betul ni.

Kenapa pulak saya nak bagitahu cik. Cik kan PA dia. Sepatutnya cik lebih tahu dia pergi mana." Ambik kau, Cik Sofi! Kacau aku lagi, kan dah kena sebijik.

Sofi buat muka menyampah memandang Tania. Nak perli aku lah tu.

Lain kali kalau aku tak ada, inform kat aku dulu dia pergi mana. Faham?!" Tania mengangguk perlahan. Kang kalau geleng, tak pasal terteleng kepala aku dibuatnya nanti.

Di Faizal Holdings...

Ralit Fasya memeriksa sesuatu melalui telefon bimbitnya. Alang-alang menunggu Tengku Zarif, boleh juga dia menghilangkan bosan dengan membaca artikel di internet. Maklumlah, dia cuma PA pembantu aje. PA yang sebenar ialah Kak Rina. Jadi, tugasnya tidaklah seberat mana.

Hai awak!" Sapa Tengku Zarif ramah. Serta-merta Fasya menyimpan kembali telefon bimbit. Melebar senyuman manisnya terlakar buat Tengku Zarif.

Eh, hai. Awal awak datang hari ni." Sengaja Fasya mengusik buah hatinya itu. Baru semalam aje diaorang declare. Cepat betul kan? Itu pun setelah disoal siasat terlebih dahulu oleh papanya sendiri.

Amboi dia, mentang-mentang lah kita ni selalu datang lewat. Suka-suka aje nak perli kita ya." Fasya hanya tertawa dengan nada yang kononnya berjauh hati itu.

Alah, mana ada. Saja nak bergurau dengan awak. Tak boleh ke? Kalau tak boleh, tak apa lah." Fasya menarik muka masam. Sesekali matanya menjeling Tengku Zarif. Sekali-sekala ingin juga dipujuk.

Merajuk lah lama-lama, nanti tak ada orang nak dekat awak baru tahu." Fasya mencemik. Ceh, ingatkan dia nak tolong pujuk. Lagi menyakitkan hati ada. Nasib baik sayang.

Awak kan ada." Kemudian mereka berdua saling berbalas senyuman. Betul juga tu. Kalau merajuk lama-lama pun tak ke mana. Rugi lagi ada lah.

Datuk Faizal tersenyum melihat hubungan mereka berdua. Lepas ni kena bagi nikah la diaorang ni. Eh, kena bagi Raisya nikah dulu. Ya lah... Raisya kan kakak. Tak mahu lah nanti dikatanya langkah bendul.

-Bersambung-

PROMOTE:

-Musuh Sampai Bila
By:

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now