PEMBUNUHAN DI UNIVERSITI P.U 2

686 32 6
                                    

Sementara menunggu ketibaan pensyarah mereka datang ke situ daniel kembali memerhatikan keadaan di dalam tandas itu. dia lihat ada kesan pergelutan terjadi di dalam tandas tersebut. ada kesan kasut kotor di dalam tandas itu. mungkin siti razkiah sempat bergelut dengan pembunuh itu sebelum menemui ajalnya. daniel kembali membuat andaiannya sendiri. dia mengambil gambar kesan kasut kotor itu. "Daniel... pensyarah kita dah datang tu...", kata nuar di belakangnya. Dia pun segera beredar dari situ.

Kelihatan pensyarah mereka, encik daus dan cik miemie. iskandar mengekori mereka dari belakang. "apa yang telah terjadi ni?", soal encik daus ingin tahu. ida hidayah pun terpaksa menceritakan semuanya itu pada dua orang pensyarah tersebut. Selepas mendengar cerita ida hidayah, encik daus mula memeriksa keadaan gadis itu. setelah memeriksa keadaan gadis tersebut dia pun bingkas bangun, "memang sah dia dah mati... korang dah call pihak polis tak?", soal encik daus. "dah... aku dah call diorang... diorang dalam perjalanan ke sini...", jawap iskandar dengan pantas. Tidak lama kemudian pihak polis pun muncul di tempat kejadian. mereka datang dengan paramedik dari hospital.

manakala di luar tandas itu, kelihatan begitu ramai mahasiswa dan mahasiswi berkumpul tak jauh dari situ. masing masing ingin tahu apa yang telah terjadi di dalam tandas tersebut. di antara ramai ramai mahasiswa dan mahasiswi yang berkumpul di situ kelihatan simsimi, along, hana, hanie, siti ieyla,rifaie, sam, asakura, yaya, harikato, omar mukhtar, lyana dan boyfriendnya ariel sedang berdiri memerhatikan keadaan di dalam tandas perempuan itu. "wei... korang tau tak apa yang telah terjadi dalam tandas tu?", soal simsimi. "tak tahu... kau tahu tak apa yang telah terjadi?", soal along pula. "buat pengetahuan korang, siti razkiah mati di cekik orang...", balas simsimi dengan wajah yang serius sekali.

"eh... betul ke ni?... macamana kau tahu minah sengal tu mati di cekik orang ar?", giliran rifaie pula yang menyoalnya. "si iskandar yang bagitahu aku tadi...", jawap simsimi acuh tak acuh. "oiii... ini kes berat ni... orang bunuh orang...", kata yaya dengan wajah yang serius. "memang kes berat pun...", sampuk hanie di sebelahnya. "kasihan siti razkiah...", kata ariel pula. "hei... yang kau tiba tiba kasihankan minah sengal tu buat apa ar?... aku hempas kepala kau dengan buku ni baru tau...", marah lyana pada kekasihnya itu. dia menunjukkan buku tebal yang ada di tangannya pada ariel. "alah... lyana ni... itu pun kau marah... aku cuma kasihankan dia aje bukannya aku cintakan dia pun...", kata ariel pula. "yelah tu...", balas lyana meluat dengan kekasihnya itu. "hish... korang ni asyik bergaduh aje... masa bercinta ni korang tak boleh bergaduh, tak baik tau...", sampuk hana senget di sebelah lyana.

"ya... betul tu... korang tak boleh bergaduh... korang harus saling sayang menyayangi... barulah korang bahagia...", sokong harikato pula. "betul...betul... betul...", sokong siti ieyla sambil tersenyum. "hehehe...", sam ketawa apabila melihat gelagat mereka yang kebudak budakan itu. manakala omar pula hanya diam memerhatikan kejadian tersebut. "wei... korang tengok tu... pihak polis sedang berbual bual dengan daniel dan kawan kawannya lah... mungkin diorang tengah soal siasat mereka semua tak?", simsimi bersuara sambil menunjuk ke arah yang di maksudkannya. "hm... mungkin juga...", balas along. mereka kembali memerhatikan keadaan di dalam tandas itu. Kelihatan pihak polis melangkah keluar dari dalam tandas tersebut dengan di iringi oleh paramedik dari hospital. mereka mengangkat mayat siti razkiah di atas pengusung yang ada di tangan mereka. mereka mula melangkah masuk ke dalam kereta ambulance yang terletak tidak jauh dari situ. perlahan lahan kereta ambulance itu beredar dari situ dengan di iringi oleh kereta polis yang berwarna hitam metalik itu.

"korang rasa siapakah yang membunuh siti razkiah tu?", soal omar setelah lama berdiam diri. yang lain semuanya angkat bahu tanda mereka tidak tahu apa apa tentang kes pembunuhan itu. "hmmmm... mungkin pembunuh itu ialah pembunuh upahan yang di tugaskan untuk membunuh siti razkiah... tak pun pembunuh tu ialah pembunuh bersiri yang datang entah dari mana... dia cuma nak cari gadis muda untuk di bunuhnya. tak tahu siapa kah akan menjadi mangsanya yang seterusnya... atau mungkin juga pembunuh tu ialah student macam kita ni... dia mungkin merasa cemburu atau sakit hati dengan siti razkiah sehinggakan dia sanggup membunuh gadis tu. maklumlah korang pun tahu siti razkiah tu kan playgirl. dia selalu saja tukar boyfriend macam kain baju. so tak mustahil juga kalau ada orang yang memusuhinya secara diam diam... betul tak cakap aku ni?", omar bersuara panjang lebar. "betul... betul... betul...", sokong sam sambil mengangguk anggukkan kepalanya. "korang fikir pembunuh tu kat mana sekarang ar?....", soal omar ingin tahu. masing masing angkat bahu tanda tidak tahu apa apa. "jangan jangan pembunuh tu masih berkeliaran di kawasan kampus ni lagi, tak?", soal omar dengan wajah yang serius. mereka semuanya terdiam, tak tahu nak cakap apa lagi...

PEMBUNUHAN DI UNIVERSITI P.U (P13)Where stories live. Discover now