'Aduh... Macam mana ni?' Peluh sudah merecik pada dahinya. Takut barangkali.

"Alamak! Cik Raisya nak masuk!" Luas matanya melihat langkah Raisya semakin mendekat melalui pintu kaca jernih. Tengku Zafran turut mengikuti langkah bosnya itu.

Matanya diliarkan pada segenap bilik pejabat. Bibirnya menguntum senyum tatkala matanya tertancap pada sebuah almari yang terdapat pada sudut bilik pejabat.

"Mana pergi fail-fail yang aku suruh kau semak semalam?!" Hambur Raisya setelah pintu bilik pejabat dibuka kuncinya. Amboi... Terus hilang mengantuk lepas dapat sembur orang. Sofi dapat menangkap suara Raisya memarahi Tengku Zafran di dalam bilik pejabat itu.

"Saya bagi dekat Sofi semalam. Tapi sekarang... Eh! Tu bukan ke fail-fail semalam?" Raisya menoleh ke arah yang ditunjukkan Tengku Zafran. Apakah? Sejak bila pulak fail-fail tu ada dekat meja aku sedangkan tadi langsung tak ada sebarang fail pun.

Ada kuasa ghaib ke dalam bilik aku ni?

Ish, merepek!

"Saya boleh keluar dah kut. Ada banyak lagi kerja yang perlu saya buat." Tengku Zafran meminta diri. Yalah, fail pun telah dijumpai, buat apa hendak menunggu lagi di bilik bos.

"Hmm... pergilah. Kau dah tak diperlukan dalam bilik ni," kedengaran angkuh balasan yang diterima daripada Raisya.

'Amboi... menghalau nampak.'

"Okey." Setelah Tengku Zafran keluar dari bilik pejabat itu, tangan mulus Raisya terus bertindak mengetuk perlahan kepala tuannya.

"Tak pasal-pasal aje dapat malu. Ergh... Asal pulak aku nak kisah. Baik aku simpan fail-fail ni dalam almari dulu." Almari yang terdapat pada sudut bilik pejabat itu dihampiri.

"Aik... Apahal susah semacam aje nak buka ni?" Hairan pula Raisya. Selalunya mudah saja nak buka almari ni. Tetiba aje susah pulak hari ni. Mesti ada something wrong somewhere kat dalam ni. Pintu almari ditarik dengan sepenuh tenaga. Akhirnya tenaga Sofi tewas di tangan Raisya. Membuntang mata Raisya setelah mendapati Sofi sedang 'berteleku' dalam almari itu.

"Sofi? Awak buat apa kat dalam ni? Awak kan yang letak semua fail-fail ni atas meja saya?" Hah amek kau Sofi. Jawablah dengan penuh berdedikasi.

"Err... Saya...saya keluar dulu bos!" Lintang-pukang Sofi berlari keluar dari bilik pejabat Raisya. Menggeleng Raisya melihat kerenah PAnya itu.

"Macam-macam betullah perangai si Sofi ni." Tangannya lincah menilik fail-fail itu. Buat seketika, bibirnya diketap rapat, nafasnya turun naik menahan marah dan...

"Sofi!!! Zafran!!!" Pekik Raisya sehingga staf-staf lain sibuk mengintai di sebalik pintu.

Tengku Zafran yang sememangnya tidak tahu apa salah yang telah dilakukannya, melangkah kembali ke bilik pejabat. Hadap sajalah...

Sempat dikerling Sofi yang turut membuntuti langkahnya di belakang. Mesti Sofi yang perdajal aku.

“Ada apa bos?" Tengku Zafran mulakan bersuara. Nak tungu Sofi yang bersuara dulu, alamatnya sampai esok pun tak. Dahlah jalan terkepit-kepit serupa orang tak tertahan nak buang air.

“Ada apa, ada apa. Kauorang mari sini. Sini!"

"Kauorag jangan turun lunch selagi belum bersihkan semua kertas-kertas ni!" Geram Raisya dengan perangai beruk dua ekor di hadapannya kini. Ada ke patut diaorang lekat sticker entah apa-apa pada kertas-kertas penting tu. Macam bangang aje.

Tengku Zafran menjeling Sofi tajam. Namun jelingannya dibalas dengan senyuman sinis Sofi. Dia tidak peduli kena marah dengan Raisya, asalkan Raisya tidak terlalu baik dengan Tengku Zafran. Cemburulah katakan.

Diambilnya fail yang dihulur. Sehelai demi sehelai dibelek dengan kerutan di pelipis. "Tapi bos, bukan saya yang..."

"Dah! Tak nak mengaku kesalahanlah tu. Baik kau buang semua sticker ni cepat kalau nak turun lunch." Tengku Zafran terpaksa akur meskipun bukan dia yang lakukan semua itu. Tak guna punya sotong! Berani kau sabotaj kepercayaan bos dekat aku!

"Kurang ajar kau ni kan." Hambur Tengku Zafran setelah Raisya keluar dari bilik pejabat.

"Apa pulak aku yang kurang ajar. Kau yang bagi fail-fail tu suruh aku simpan, kan? So, aku ada hak nak buat apa-apa pun dekat fail tu," bidas Sofi.

"Tapi masalahnya, fail tu dipertanggunggjawabkan ke atas aku!" Fail di tangan dihentam kuat pada meja.

"Woi! Cepat buat kerja tu. Jangan nak bergaduh!" Tempelak Raisya dari luar bilik pejabat. Ingat aku tak perhati beruk dua ekor tu. Kecil besar, kecil besar aje aku pandang diaorang.

"Erk! Baik bos." Jawab mereka serentak. Jelingan maut tetap saling berbalas.

**********

"PAPA, macam mana semalam? Akak bagi pinjam duit dekat papa tak?" Fasya mengambil tempat berhadapan Dato' Faizal semasa mereka sedang enak makan tengah hari bersama.

Sering mereka berdua makan tengah hari bersama di rumah. Tetapi tidak bagi Raisya. Raisya terlalu sibuk dengan kerjayanya sehingga kadang-kadang langsung tidak ambil berat tentang pengambilan makanan.

"Mestilah bagi. Cuma dia suruh papa laporkan pada pihak polis tentang hal ni." Fasya mengerutkan keningnya. Kenapa macam tak nak buat laporan aje papa ni?

Papa ni dia pun kadang-kadang baik sangat. Semua orang dilihatnya hati murni belaka.

"Betullah apa akak cakap tu. Papa kena buat laporan. Biar polis siasat." Cadang Fasya pula. Dia turut bersetuju dengan cadangan kakaknya itu. Sampai bila hendak biarkan masalah itu? Naik lemaklah pekerja tu nanti sekiranya dia tidak dikenakan sebarang tindakan.

"Papa bukan tak nak buat laporan. Cuma papa belum ada bukti aje."

Bimbang juga dia sekiranya tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar.

"Tapi papa ada saksi." Pintas Fasya. Senyumannya terlakar di bibir.

"Ya, papa tahu." Dato' Faizal mengangguk lemah.

"Macam ni lah... Kalau susah sangat nak buat laporan, apa kata kita ketatkan kawalan cctv? Mungkin dengan cara ni kita akan dapat tahu atau mungkin dapat dijadikan sebagai bahan bukti." Tersenyum lebar Dato' Faizal menerima cadangan yang diusulkan oleh Fasya.

"Betul jugak tu. Pandai anak papa ni." Kepala Fasya yang dilitupi shawl itu diusap lembut. Dia sendiri tidak terfikirkan tentang cadangan bernas sebegitu.

"Hehe... mestilah." Bangga kerana dapat membantu menyelasaikan konflik si ayah.

-Bersambung-

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now