chapter 12: Secret Revels...

354 25 0
                                    

"Wow....Noona????" Jungkook ternganga melihat Kyung Ree berjalan turun dari tingkat atas.
Adik-adik iparnya yang lain juga tergamam melihat Kyung Ree yang lengkap berpakaian gaun malam paras lutut berwarna putih pink.
"Noona...apa kata Noona jadi teman saya malam ni??? Hyung tu Noona campak tepi je..amacam???" Jimin berbisik di telinga Kyung Ree.
"Gatal ye kamu ni!!!!...." Kyung Ree menarik telinga Jimin.
"Aduh!!!! Mian Noona...aaawwwwwhhhhh!!!" Jimin mengadu kesakitan.
"Semua dah siap??" Jin berjalan turun ke tingkat bawah sambil membetulkan kolar bajunya.
"Oh...biar saya buat..."Kyung Ree berlari perlahan ke arah Jin.
"Takpe...saya boleh buat.."Jin berkata perlahan.
"Alaaaa...biar saya buat...Kan ni salah satu tugas saya sebagai isteri awak.."Kyung Ree tersenyum sambil membetulkan kolar baju Jin.
Jin hanya membiarkan Kyung Ree membetulkan kolar bajunya tanpa berkata apa-apa.
"Ehem ehem..." adik-adiknya mula tersenyum melihat kemesraan Jin dan Kyung Ree.

DILUAR DEWAN
"Korang jaga kelakuan masing-masing..."Jin memberi peringatan kepada adik-adiknya.
"Alaaa hyung...macamlah kitaorang tak biasa..."Hoseok berkata dengan terujanya.
"Tak sabar nak masuk.."Jimin tersenyum playboynya.
"Ekkk...saya takutlah...kalau saya buat silap macam mana???"Kyung Ree mula risau.
"Takkan ada silapnya kalau awak stay disisi saya..Dah mari kita masuk.."Jin menghulurkan tangannya kepada Kyung Ree.
Mereka masuk ke dalam dewan dengan megahnya.

DI DALAM DEWAN
Jurugambar tidak berhenti mengambil gambar mereka terutama Jin dan Kyung Ree.
"Senyum..."Jin berbisik perlahan di telinga Kyung Ree.
Kyung Ree mula tersenyum manis di hadapan kameranya.
Tangannya tidak lepas memegang tangan Jin sepanjang di dalam dewan.
"Saya nak ke tandas kejap.."Kyung Ree berbisik perlahan di telinga Jin.
Jin hanya mengangguk kerana sibuk melayan tetamunya.

DI TANDAS
"Kau ingat Jin oppa betul-betul sayangkan kau ke??" Seorang gadis menegur Kyung Ree yang sibuk membetulkan solekannya di cermin.
"Awak ni???" Kyung Ree cuba bertenang.
"Sohee...Kang Sohee..sepupu Kang Sora.."Gadis tersebut memperkenalkan dirinya dengan sombong.
"Kang Sora??? Maaf...saya tak kenal.."Kyung Ree cuba berlembut.
"Nampaknya kau tak tahu..patutlah..."Sohee tersenyum sinis.
"Tahu apa tu ye??" Kyung Ree berdebar-debar secara tiba-tiba.
"Kang Sora merupakan tunang kesayangan Jin.."Sohee berkata dengan sinis.
"Dia terpaksa kahwin dengan kau kerana Sora menghilangkan diri sebulan sebelum perkahwinan mereka..mesti dia cakap dia nak tunaikan wasiat datuknya padahal dari awal lagi dia berniat untuk membantah wasiat tersebut..."Sohee membetulkan lipsticknya dicermin dengan selamba.
"Apapun, dia tetap pilih untuk kahwin dengan aku pada akhirnya.."Kyung Ree cuba menahan rasa perit dihatinya.
"Itu hanya untuk mengaburi mata pihak media tentang perkahwinannya..."Sohee masih tidak mahu mengalah.
"Jin sangat mementingkan air mukannya..percayalah...pada akhirnya, bila Sora dah balik..dia pasti akan ceraikan kau dan balik pada Sora..."Sohee berjalan keluar dari tandas dengan senyuman sinis di bibirnya.
Kyung Ree hampir jatuh terduduk kerana terkejut dengan apa yang didengarnya.
Jadi itu gambar Sora rupanya...bisik hati Kyung Ree sambil menahan air matanya.

I'm Mrs.Fussy???Where stories live. Discover now