Bab 33

15.4K 401 32
                                    

Wajah lelaki yang sedang resah di sebelahnya pada masa ini dipandang kasih. Sengaja Nurina pura-pura tidur. Ya, dia telah ingat segalanya. Lelaki di sebelahnya ini adalah suaminya. Lelaki yang menghuni segenap hatinya sejak mereka di bangku sekolah lagi.

Nurina membuka sedikit matanya.Wajah muram Faheem dipandang penuh kasih. Sampai bila agaknya Faheem mampu melayani dirinya ini dengan penuh kasih dan sayang yang menggunung sebegini? Sedikit pun kasih Faheem tidak pernah berubah setakat ini. Apabila bebola mata Faheem cuba merenung ke arah Nurina, segera Nurina pura-pura tidur semula. Dia seakan seronok melihat Faheem resah pada ketika ini. Makin memuncak perasaan sayangnya akan lelaki itu.

" Sayang. Please bangun. Hampir dua jam you tak sedarkan diri. Kenapa you tiba-tiba pengsan sayang?" Lirih suara Faheem kedengaran. Nurina masih lagi pura-pura kaku terbaring.

Faheem menarik lagi nafas panjang, banyak yang harus dia perkatakan kepada Nurina. Dia mahu memanggil agar roh Nurina kembali segera. Kata orang, apabila seseorang itu koma atau berada di dalam keadaan tidak sedar, kita sewajarnya cuba sentiasa berkomunikasi dengan mereka. Walau mereka berada di dalam keadaan tidak sedar tetapi mereka dapat rasakan apa yang kita sampaikan. Mungkin cara itu disampaikan melalui suara seperti bercerita, sentuhan dan juga belaian.

Sumpah, Faheem amat merindui akan Nurina yang dulu. Nurina yang garang, Nurina yang sentiasa menggoda, Nurina yang bijak menjadikan dirinya sentiasa mendambakan wanita itu.
Nurina memang manja itu the main reason kenapa dia amat meminati dan mencintai Nurina.

Faheem sudah terbaring sama di sebelah Nurina. Posisi baringnya yang mengadap Nurina membuat rindunya akan wanita itu sedikit terubat. Diperhatikan wajah Nurina yang tenang seakan tidur itu. Wajah putih bersih Nurina ditatap sayang. Bibir pucat Nurina di belai sayang menggunakan ibu jari tangannya.

Tangan Nurina juga diusap lembut. Kemudian, ditariknya pula badan Nurina jauh ke dalam dakapannya. Bahu Faheem sudah bergegar menahan tangis. Entah kenapa hatinya menjadi selemah itu pada ketika ini. Sungguh, dia amat merindui akan Nurina.

Hampir lima minit berada di dalam keadaan sebegitu, akhirnya segera Faheem seka air matanya daripada menitis lagi. Risau pula jika Nurina terjaga dan dapat melihat dia selemah ini. Dia tidak mahu semangat Nurina jatuh apabila melihat dia menangis begini.

Memang Nurina sedang lihat segalanya. Dia sedang lihat keikhlasan Faheem yang tidak pernah jemu menyayanginya. Kasihan Faheem. Rasa mahu saja menarik kepala Faheem ke dalam dadanya akan tetapi melihat Faheem seakan mahu meluahkan sesuatu dia membatalkan niatnya serta merta.

Faheem segera mencapai Iphone nya yang terdapat di atas meja kecil di sisi katil mereka. Laju jari Faheem mencari lagu yang menggambarkan perasaannya untuk Nurina pada ketika ini.

Segenap ruang bilik kedengaran akan lagu dari Kumpulan Ungu yang bertajuk Tercipta Untukku. Bibir merah Faheem turut sama menyanyikan bait-bait lagu itu perlahan.

🎶 " Menatap indahnya senyuman diwajahmu, Membuat ku terdiam dan terpaku, Mengerti akan hadirnya cinta terindah saat kau peluk mesra tubuhku"

"Banyak kata, Yang tak mampu kuungkapkan, kepada dirimu" 🎶

Faheem sudah teresak kecil. Dia sudah tidak boleh meneruskan nyanyiannya. Dia memeluk tubuh Nurina kemas. Di ciumnya bahu Nurina segalanya telah dicumbunya. Faheem membiarkan sahaja lagu itu dimainkan sehingga habis.

Setelah lagu habis dimainkan, Faheem kembali menyambung ceritanya kepada Nurina. Dia bercerita sambil berbaring telentang dan tanganya sudah berada di dahinya. Matanya pula tegak memandang siling biliknya dan pandangan itu dirasakan kosong.

" Sayang, you ingat lagi tak masa kita sekolah dulu, masa hari sukan yang you termuntah dekat tepi padang sekolah. Malangnya, you boleh pulak muntah dekat baju i. Masa tu, i tengok muka you habis kemerahan lepas merentas desa. I tengok you dah mencungap kepenatan lepas berlari. Honestly, i rasa nak dakap je you masa tu"
Faheem pusing dan mengusap lembut anak rambut Nurina. Dia menarik nafas panjang lagi mahu di sambung rasa hatinya pada ketika ini.

" I nak sangat rasa degup jantung you yang tengah laju masa tu. Ikut hati i, mati lah sayang.Tapi tu lah, you degil. Dah tahu tak boleh lari long distance, you still jugak nak involved dengan aktiviti tu. I risau sungguh masa tu. Biarlah kena muntah dengan you pun. Asalkan you okay. You know i love you so much right?" kedengaran esakkan kecil Faheem di dada Nurina.

Kasihannya Faheem. Nurina rasa mahu sahaja bangun dan memeluk kepala Faheem buat masa ini. Tetapi mendengar Faheem seakan mahu menyambung semula sesi luahan perasaannya kepada Nurina, dia kembali berlakon pengsan semula!

" Selama kita berkahwin, i selalu bangun dalam pukul 2.00 am macam tu. You masa tu tak payah nak cakap sayang. You tidur ganas sangat. Kalau masa tu you pakai dress tidur yang seksi tu, i rasa better you tak payah pakai that kind of dress sayang. You punya seksi, i saja yang tahu. I tahan geram je tengok posisi you masa tu. I guess, lain kali better you naked je kalau macam tu punya seksi. Hehehe" Faheem sudah tergelak kecil sambil mengelus lembut pipi Nurina.

Nurina sendiri rasa sudah tidak tahan mahu tergelak. "Kurang asam you Heem. You should told me early. Malunya i. Nasib suami yang tengok dia tidur macam tu" bisik hati Nurina.

Tapi memang betul. Penulis sendiri kalau pergi tidur rumah orang, segala jenis dress or skirt or kain batik akan diharamkan untuk pakai. Penulis sendiri berani jamin, bila tidur pakai kain batik, nescaya esok pagi bangun kita pasti akan tinggal segi tiga bermuda je. Mana taknya, tidur dah macam nak berperang punya ganas. Masa tu dia punya sejuk bila bangun ofkos penulis saja boleh rasa.

Mata Faheem sudah merah. Hidung Faheem juga sudah merah. Bibirnya masa ini sudah merah membengkak. Sedih benar Faheem menerima tekanan ini. Setelah penat meluahkan segalanya, Faheem tertidur di pangkuan Nurina. Nurina sudah mengusap lembut belakang kepala Faheem. Di tariknya dahi Faheem dan dikucupnya dengan penuh kasih. Kemudian, bibirnya jatuh ke atas kedua kening Faheem. Lama di kucupnya kening itu. Melihat wajah tenang Faheem yang sedang lena membuatkan hati Nurina bertambah kasih akan Faheem.

" I dah lama terjaga sebenarnya Heem. I dah dengar semua yang you rasa" ujar Nurina perlahan sambil bibirnya mencium dagu Faheem. Dia gemar melihat wajah Faheem yang sudah dipenuhi bulu-bulu halus itu. Perasaan wanitanya turut berkocak hebat apabila kulitnya terkena akan bulu-bulu halus itu. Well, penangan si Faheem katekan!

"I nak mintak maaf. I pengsan sebab i dah ingat siapa you Heem. You suami i. I dah ingat semuanya. Thanks god. I masih diberi peluang semula untuk ingat you, untuk ingat segala kebaikan you dekat i, untuk i hargai semua kasih sayang you curahkan untuk i dan bakal baby kita ni" suara Nurina sudah serak. Kini giliran dia pula meluahkan perasaan ketika Faheem tidur.

Apabila Nurina mahu menyambung kembali kata-katanya bibir merah Faheem sudah berada di bibirnya. Faheem menggigit lembut bibir Nurina. Geram melihat Nurina yang membiarkan dia meluahkan perasaan sampai berjam lamanya!

" Heemmmmmmmm-mmm-mmmm" suara Nurina sudah tenggelam timbul.

" Yeah sayang. I rindu sangat nak dengar rengekan you tu" ujar Faheem sambil melepaskan rindu kepada Nurina yang sudah lama terpendam.

Bab ni boring sikit sebab Faheem sedih. So i layankan je dia nak bermanja dengan Nurina :p

Mahu tapi maluWhere stories live. Discover now