Bab 5

17.6K 414 0
                                    

Taufiq Hamdi:
Faheem, kau kat mana doh? Lepak jom!

Faheem mengeluh kecil. Dia sebenarnya malas nak melayan karenah Taufiq. Dia dengan Taufiq sudah berkawan semenjak dari kecil lagi. Study pun sama-sama dalam bidang yang sama pula tu.

Jujurnya, dia akui seronok berkawan dengan Taufiq.
Cuma baru-baru ini sikap playboy Taufiq semakin menjadi-jadi. Itu yang membuatkan hati Faheem risau.

Tempoh hari semasa dia keluar minum bersama Taufiq, Taufiq ada beritahu kepadanya yang dia sudah memutuskan hubungan dengan teman wanita setelah hampir 2 tahun mereka bersama.

" Kau tak payah mainkan hati perempuan sangat Piq. Kesian doh diorang" Faheem cuba menasihati Taufiq

"Hekeleh. Kau mana tau heem. Dekat dunia ni penyeri dia duit dan wanita tau. Sementara masih muda ni why not aku enjoy puas-puas" ujar Taufiq tidak mahu kalah.

Faheem menggeleng mendengar penjelasan Taufiq. Dia amat pelik melihat hati manusia yang mudah berpaling tadah. Yang dia rasa, perasaan cintanya terhadap Nurina tidak pernah berubah. Dari dulu sampailah sekarang.

************
Nurina menerima panggilan dari TR Land yang meminta dia agar melaporkan diri dengan segera.

Nurina membaca email yang diterima daripada TR Land.

"Wow, diorang offer gaji sampai 8k. Gila permainan Faheem ni!" Hampir ternganga mulut Nurina membaca offer dari TR Land ini.

Memandangkan situasi negara kita sekarang lain macam krisis dia, orang pula ramai mengganggur akibat ketiadaan kerja, why not dia terima je offer dari TR Land ini.

Plus,Dari dia menghabiskan masa duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa baik saja pergi keluar bekerja. Cari duit dan pengalaman.

"Tapi tu lah, kusut betul hati mengenangkan Faheem ni!"

"Nak kerja, tapi ada Faheem urghhhh."keluh Nurina

"Hei, apa ni pagi-pagi dah mengeluh" tegur Kina sambil tangannya sibuk mengalih rancangan kegemarannya di SBS 393.

Nurina tersengih menunjukkan gigi putih bersihnya di hadapan Sakinah.

"Kina, aku dapat offer dari TR Land tau" kemain Nurin sudah mula beraku engko sekarang. Masa mula-mula kenal bukan main sopan, guna saya awak saya awak. Eiii.

Tapi kebanyakkan orang pada mulanya memang acah sopan bila nak kenal antara satu sama lain, cuba tengok lepas 24 jam kenal hati budi masing-masing,engko tengok perangai sebenar diorang macam mana.
Kalau dapat yang gelak macam hantu engko memang bertuah. Pasti ceria hidup engkorang.
Itupun kalau engko kenal dengan orang yang sekepala lah kannn. Gila bertemu gila. Mahu tak gila kuasa dua jadinya? Hmm panjang pulak penulis membebel. Dekat mana kita tadi?

Sakinah sungguh teruja mendengar kenyataan Nurina.

"What? TR Land kot. Kau tahu kan yang TR Land tu merupakan salah satu company yang terbesar dan paling stable dekat Malaysia ni. Wow, aku teruja ni. Pergilah Nurin. Tengku Rais punya company weh. Gila kalau kau tak terima"

"Tu lah. Aku nak terima. Tapi banyak tapinya. Susah aku nak cakap" Nurin sudah mula menunjukkan riak susah hatinya.

Comel betul Sakinah melihat wajah Nurin yang tengah bermasalah macam ni. Nurina, walaupun perwatakannya agar kasar tetapi dia mempunyai hati yang sangat baik. Mana tidaknya, Nurina sudi menumpangkan dia di rumah besarnya ini tanpa membayar sesen pun. Tambahan pula, Nurina sendiri sudah menganggap dirinya seperti adik beradiknya.

"Cuba cerita dekat aku apa masalahnya. Nak cakap jauh dari rumah, tak rasanya. Berapa gaji yang diorang offer?"

"8k"

" Gila. Mahal wei. Kau tahu situasi ekonomi kita sekarang macam mana kan.Aku nak kau terima please. Fikir betul-betul. Rebutlah peluang ni. Okay, Kau try kerja dulu. Dah lama sikit kau boleh tolong submitkan resume aku pulak hikhok" Sakinah tergelak seperti bunyi vavi.

" Amboi kina. Kau nak pergunakan aku ke apa ni?"

" hehehe cakap adik beradik. Tak kan berkira kot. Terimalah Nurin. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari!" Sehabis boleh Sakinah cuba untuk memujuk Nurina.

"Tengoklah malam ni. Kalau aku mimpi TR Land esok aku pergilah lapor diri" balas Nurina sambil mulutnya sibuk mengunyah kerepek ubi pedas.

Sakinah hanya tersenyum mendengar jawapan daripada Nurina. Nurina memang bijak merahsiakan latar belakang hidupnya. Jauh dilubuk hati Sakinah, dia dapat merasakan ada perkara yang cuba disembunyikan oleh Nurina. Masakan offer dari company yang gah nak mati hendak ditolaknya!

"Gila, gaji 8k kot. Sapa nak bagi woi!" Sakinah menggeleng perlahan.
Semoga Nurina menerima tawaran ini, doa Sakinah didalam hati.

Mahu tapi maluWhere stories live. Discover now