Bab 20

14.6K 483 11
                                    

Faheem sudah tersenyum di atas katil sambil melihat photo gallery di telefon bimbitnya. Gambar Nurina yang berbaju tidur pink, berseluar tidur corak lebah yang berwarna warni dan tudung litup yang hanya diikat seperti mak cik jual nasi lemak. 

"comelnya. hish. pakai baju macam ni, tudung macam ni pun comel tau Nurina ni" bisik Faheem perlahan. 

Dia pusing badannya ke kanan dan matanya masih lagi melihat gambar Nurina yang diambil secara curi-curi ketika Nurina sibuk menumbuk manja badan Sakinah kerana terlibat sama di dalam misi suprise birthday party untuk dirinya. 

Segera Faheem memilih satu gambar Nurina yang hidungnya dicalit cream cake untuk di muat turun di akaun instagramnya. 

" Selamat menyambut ulang tahun kelahiran untuk you Nurina. Semoga, hidup you sentiasa disinari kegembiraan dan kasih sayang yang berpanjangan oleh insan-insan di sekeliling you. semoga juga, tuhan memberikan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik kepada you Nurin. Akhir kata, semoga tuhan pertemukan you dengan insan yang mampu menyayangi you sepenuh jiwa sehingga hujung nafasnya. Happy birthday Afrina Nurina Ahmad Farid :)"

Done.

Faheem bangun melangkah ke arah meja kerjanya yang tedapat di hujung penjuru bilik tidurnya. Laju tangannya mencapai sesuatu objek di dalam laci dan diletakkan di atas meja itu. Bilalah agaknya dia mempunyai kesempatan untuk melutut di hadapan Nurina sambil menghulurkan hadiah ini?

Apa lagi yang mampu dia lakukan untuk memastikan yang Nurina benar-benar sedar akan keikhlasan dirinya. Faheem juga risau jika penantiannya ini tidak sampai ke penghujung. Ajal dan maut segalanya di tangan tuhan. Dia hanya mampu meminta tanpa rasa jemu, semoga tuhan membuka sedikit ruang di hati Nurina untuk menerima cinta darinya.

"assalamualaikummmmmmm. assalamualaikum.. Nurinnnnnn oh Nurin." hampir setengah jam Faheem berdiri di hadapan pagar rumah Nurin. Sunyi sepi keadaan rumah itu. Tiba-tiba dia disapa oleh jiran sebelah yang memberitahu Nurina sudah berangkat ke luar negara untuk meneruskan pengajiannya.

"Sampai hati kau Nurina" Faheem sudah terduduk lesu di tepi pagar rumah Nurina. Semenjak dari hari itu, hidup dia tidak seperti dulu. Permergian Nurina betul-betul menjadikan hidup Faheem kosong. Mujur Tengku Rais tidak mengetahui akan hal ini. 

Faheem mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian di Universiti tempatan sahaja. Sejujurnya, dia tidak pernah melayan mana-mana wanita sepanjang dia hidup. Segenap ruang hatinya hanya dipenuhi dengan nama Nurina. Puas dia cuba mencari nama Nurina di merata media sosial, namun hampa. Benci sungguh Nurina kepada dirinya. Nurina pergi tanpa pesan.

Faheem masih ingat kejadian pada malam itu, hujan turun lebat semasa dia dan Nurina hendak pulang dari kelas malam di sekolahnya. Mereka hanya berjalan pulang menggunakan satu payung sahaja. Nurina berkeras mahu dia berkongsi satu payung dengannya. Sepanjang jalan Faheem menahan perasaan melihat tubuh Nurina yang sudah dibasahi air hujan. Selepas kejadian di library tempoh hari, Nurina sering mengelak untuk berjumpa dengannya. tiba-tiba malam ini, Nurina mengajak dia untuk berjalan pulang bersama-sama. Pelik, memang pelik!

"Faheemmmmm. Aku sejukkkkkkkkk"Nurina sudah menggigil kesejukan.  Segera Faheem mengajak Nurina berhenti untuk berteduh di Bus Stop di tepi sekolah mereka. Melihat keadaan Nurina yang sedang kesejukan, Faheem dengan rasa serba salah segera menarik tubuh Nurina ke dalam pelukannya. Dengan harapan, semoga dia mampu memberi Nurina sedikit kehangatan. Nurina juga membalas pelukan Faheem. Tanpa di duga, entah kenapa Faheem sendiri tidak tahu  Nurina meletakkan bibirnya di bibir Faheem. Lama. Sehinggakan Faheem sendiri diam terpana. Melihat tubuh Faheem kaku, Nurina segera mencapai payung dan berlari pergi meninggalkan Faheem sendirian.

Ya, disebabkan hal ini dia dan Nurina makin jauh. Mungkin Nurina marahkan dirinya kerana tidak membalas ciumannya? Gila! Dia baru sahaja meluahkan perasaan kepada Nurina dua hari lepas, tiba-tiba malam ini Nurina menciumnya. Nurina memang bijak bermain teka-teki dengan dirinya.

Faheem tersedar dari lamunannya. Segera dia menyentuh bibirnya dan tersenyum.

********

" Afrina Nurina?" Nurina terus menoleh ke belakang apabila melihat dirinya di panggil. 

" Eh, Doktor Al-Farabi? "

Al-Farabi tersenyum sambil mengangguk.

"You sorang je ke Nurina?"

"Aah.i baru balik dari office. Singgah sini sekejap nak cari barang dapur. Tak sangka pula dapat jumpa dengan doktor dekat sini"

"Ishh, panggil i Farabi please. I bukan dekat hospital you nak panggil i doktor" 

Nurina tersenyum mendengar permintaan Al-Farabi. Bagi dirinya, doktor dan cikgu merupakan satu gelaran yang susah untuk di buang dari mulutnya. Jika dia mengenali Al-Farabi sebagai doktor, dia tetap akan memanggil Al -Farabi dengan gelaran doktor secara automatiknya. Dia tidak boleh membuang gelaran itu dengan sewenangnya!

" You berangan apa Nurina?" Al-Farabi sudah melambaikan tangannya di hadapan wajah Nurina. 

" Err sorry. I terlayan perasaan pula. I dah nak balik ni doktor. Sorry tak dapat berbual panjang" Nurina sudah mencari alasan untuk pulang selepas melihat doktor muda itu tidak habis-habis memerhatikan dirinya semacam sahaja.

" Kejaplah Nurin, this is my card. Please, bila you sampai rumah nanti you Whatsapp i. I tunggu" Al-Farabi sudah menghulurkan kadnya kepada Nurina. 

Nurina memandang wajah penuh mengharap daripada doktor muda itu. Entah kenapa, dia naik seram melihat renungan daripada doktor muda itu!

Ya tuhan. Malu tapi mahu dah ada 15.9k readers. Tiba-tiba i jadi takut :/ Takut kalau ada orang marah i lambat update. Hikhok. Thanks guys sudi baca. Lebiu!

Mahu tapi maluWhere stories live. Discover now