Bab 25

17.7K 392 9
                                    

Sakinah mengajak Nurina untuk keluar lunch bersama pada hari itu. Lama sungguh mereka tidak meluangkan masa bersama selepas Nurina mendirikan rumah tangga. Cuba teka destinasi mana yang menjadi pilihan Sakinah untuk lunch nanti? Sudah tentu warung Abang Nasi Ayam Penyet yang paling popular di Kampung Pandan.

Setelah selesai memesan makanan, akhirnya Sakinah memulakan perbualan.

"Nurin. Guess what"

"What?" Nurin masih leka melihat iphone di tangannya.

" Taufiq ajak aku kahwin" ujar Sakinah sambil menunjukkan sebentuk cincin emas putih di jari manisnya.

Serta merta wajah Nurina diangkat dan dia melihat cincin di jari manis Sakinah.

" Yaaaayyyyyy. Finally. Alhamdulillah Kina. Im so happy for you" Nurina sudah menggenggam kedua-dua jari Sakinah. Dia pula sudah excited semacam merancang itu ini untuk majlis Sakinah nanti. Sakinah hanya tersenyum melihat wajah Nurina sekarang.

Akhirnya, hujung bulan itu majlis pernikahan Sakinah dan Taufiq berlangsung dengan meriah. Dengan memakai baju kurung moden putih yang ditaburi dengan pelbagai hiasan manik dan batu swarovski menjadikan Sakinah kelihatan teramatlah cantik sekali. Seingat penulis, hampir 1342 kali Nurina memuji Sakinah pada malam itu.

Dia dan Faheem juga memakai baju setona berwarna putih kelabu. Ada tetamu yang hadir turut keliru ingatkan itu majlis Faheem dan dirinya. Tetamu zaman sekarang pandai juga ambil hati orang. Diorang ingat kelako? Nasib Faheem segera menenangkan dirinya dengan mengusap lembut di belakang badannya.

Wajah Taufiq sudah kelihatan gugup semasa berjabat tangan di hadapan Tok kadi. Faheem di sebelah setia menemani Taufiq sambil sibuk mengelap peluh yang tidak henti-henti keluar di dahi dan sekitar muka Taufiq.

Jujurnya, Nurina tidak pernah lagi menghadiri majlis pernikahan yang pengantin lelakinya terpaksa lafaz akad sebanyak tujuh kali. Sampai lafaz yang ke tujuh, Sakinah sudah nekad jika Taufiq masih tidak boleh melafazkan akad Sakinah mahu tok kadi merendamkan Taufiq di swimming pool yang terletak di luar rumah! Nasib Taufiq baik, akhirnya dia mampu mengucapkan lafaz akad nikah dengan tenang setelah berhempas pulas berusaha. Nampak je gengster dan panas baran Taufiq ni, bila berhadapan dengan tok kadi, dialah manusia paling penakut. Nurina sudah tergelak sendirian.

Keesokkan harinya, semasa majlis resepsi mereka berlangsung, Sakinah kelihatan anggun memakai gaun labuh yang berwarna merah. Taufiq juga apa kurangnya memakai pakaian setona merah sama seperti Sakinah. Realitinya, mereka berdua memang sama cantik dan sama padan ditambah, bagai pinang di belah dua.

Di penghujung majlis, Faheem dengan selamba mengajak Nurina berduet dengannya untuk bernyanyi di atas pentas. Seumur hidup Nurina, tiada seorang manusia pun yang mengetahui yang dirinya memang mempunyai suara yang merdu persis buluh perindu.
Apabila Nurina membuka mulutnya untuk bernyanyi, Faheem sudah ternganga melopong di sebelahnya. Nurina sudah geli hati melihat wajah terkejut Faheem.

Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Di sini surga kita

Lembut suara Nurina kedengaran. Perasaan Faheem sudah terbuai apabila mendengar nyanyian daripada Nurina.

Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayangku akan hilang

If you love somebody, could we be this strong
I will fight to win our love will conquer all
Wouldn’t risk my love even just one night
Our love will stay in my heart
My heart

Nyanyian daripada Faheem dan Nurina mendapat tepukan dan sorakan yang gemuruh daripada tetamu yang hadir. Nurina dan Faheem segera menunduk sebagai ucapan terima kasih kepada semua tetamu.

" Even dah kenal semenjak sekolah, banyak lagi perkara yang i masih tak tahu mengenai you Nurin" ujar Faheem semasa mereka berdua melangkah menuju ke bawah pentas.

" Errr maksud you Heem?" Nurina sudah menoleh ke sebelah untuk melihat wajah Faheem.

" I tak tahu pun sayang i ni pandai menyanyi. Kalau i tahu dah lama i minta you dodoikan i before kita tidur setiap malam Nurin" Faheem sudah mengenyitkan matanya apabila Nurina sudah membuat muka hendak termuntah.

" I love you Heem. Cupppp" Nurina berlari mencari Sakinah selepas mencium pipi Faheem.

" You makin nakal Nurin!" Jerit Faheem di dalam hati sambil melihat Nurina sudah melarikan dirinya menuju ke arah Sakinah.

********

"Macam mana boleh jadi macam ni Kina?" soal Nurina penuh risau apabila melihat keadaan Sakinah. Mahu dia tidak risau. Sakinah menelefonnya meminta dia datang ke banglo pusakanya. Dia mati-mati ingat Sakinah bahagia bersama Taufiq selepas mereka bernikah. Rasa luluh perasaannya melihat keadaan Sakinah yang sebegini. Muka Sakinah sudah lebam di merata, bibirnya sudah bengkak dan matanya lebam sebelah. Tangannya satu telah di ikat dengan menggunakan kain napkin bayi. Kasihan sungguh melihat keadaan Sakinah sekarang.

Sakinah masih menangis sambil menggelengkan kepalanya. Geleng tanda tidak mahu memberitahu apa-apa mungkin.

" Korang baru je nikah Kina. Tak sampai sebulan lagi. Apa punca kau kena pukul sampai macam ni?" Nurina sudah memeluk tubuh Sakinah.

Sayu sungguh rasa hatinya melihat Sakinah di perlakukan sedemikian.

" Taufiq ada call tak? Dia tak cari kau?"

Sakinah angguk.

" Dia tahu kau dekat sini?"

Sakinah menggeleng.

"Jom pergi hospital. Kita buat report jom?" ajak Nurina.

" Nn-nurin please dont. Aku tak nak benda ni jadi makin besar"

" Kau dah gila ke Kina. Muka kau hancur macam ni kau masih nak berdiam diri? Kina, please. I love you so much. Tengok kau diperlakukan sebegini aku yang sakit tahu tak?"ujar Sakinah sambil menunjuk nunjuk ke arah dadanya.

" Korang bergaduh pasal apa ni Kina? Fiq ada perempuan lain ke?"

Sakinah menggeleng.

" Habis tu?"

Lama Sakinah mendiamkan diri. Akhirnya dia bersuara,

" Pasal Projek Flora Terrace.Aku dengan dia bergaduh pasal tu"

" What???" Nurina sudah menjerit terkejut. Dadanya sudah berdebar mendengar kata-kata Sakinah.

Nah hadiah. Double update for today sebagai denda i lambat update

Mahu tapi maluWhere stories live. Discover now