First.

16.8K 1.3K 474
                                    

Pinn!! Pinn!!

"Oh My Lord!" Aku terbangun dari katilku. Rambutku serupa macam sarang tebuan.

"Omo! Han Raehee! Baru bangun ke??! Aigoo! Bus dah sampai dah tuu!" Teriak omma.

Fml. Aku melompat macam arnab dari katilku lalu tergopoh-gapah sarungkan Selipar Bunny aku.

Aku bukak tingkap bilikku seluas-luasnya.

"BAEK AHJUSHII!! JANGAN PERGII LAGI!! SAYA NAK MANDI JAP!! PEACE!!" kata aku lalu menutup tingkap ku balik. Lalu aku terus berlari masuk kedalam Bilik air.

Beberapa minit lepas itu..

Aku memegang penyepit rambutku. Rambutku yang berwarna hitam bersinar disanggulkan.

Aku mencapai blazer aku lalu berlari keluar dari bilikku.

"Annyeonghaseyo omma! Annyeong omma!" Kata aku lalu terus berlari keluar. Ommaku hanya menggeleng kepala.

Aku meluru ke almari kasutku. Mana kasut aku? Kasut kasut..

Ha! Ni pun kau!

Aku mencapai kasutku. Baru je nak sarung,

PINN!!!

"Oi Mak kau bulu badak putih! Haihh! Baek ahjusshi ni kan.." latah aku diiringi dengan merungut.

Tanpa membuang masa, aku mencapai kasut Converse ku itu lalu berlari menuju ke bas. Kaki ayam pun lantaklah.

"Erk, mian miann~" kata aku sambil menunduk berulang kali pada Baek ahjushi.

Baek Ahjusshi hanya menggeleng. Aku tersengih.

Aku melihat keseluruh tempat duduk yang ade didalam bas itu. Semuanya penuh,

Tapi, ade satu tempat kosong kat tepi tingkap. Lagi bonus, aku takde seatmate. Bagus!

Aku tak suka share kerusi duduk aku dengan orang lain. Aku suka duduk sesorang. Lagipun, aku sorang pelajar senior dalam bas ni. So, aku lah Queenka bas ni hohoho.

Aku duduk ditempat aku lalu memakai kasutku.

Tak lama lepas itu, bas terhenti lagi. Aku pelik.

Bukan aku sorang je ke yang duduk dekat Taman Perumahan ni??

Aku ternampak sorang namja masuk kedalam bas. Muka dia nampak hensem. Tapi, malangnya aku langsung tak melting pon melainkan Crush aku, Jimin.

Dia childish, comel.. hensem. dengan senyuman dia saje, dapat cairkan semua lemak aku.

Okay, berbalik pada cerita.

Namja itu menuju kearah aku. Baru sahaja dia nak labuhkan punggung dia, aku tegur dia.

"Apa kau buat ni?" Soal aku sambil memeluk tubuhku acah-acah Queenka, kening ku diangkat-angkatkan. Hohoho.

"Aku nak duduk." Katanya sepatah.

"Well, kat sini takleh." Kata aku lagi.

Dia pandang aku dengan poker facenya.

"kenapa? Takde tempat dah lah" katanya lagi. Masih lagi dengan muka poker facenya.

"Takde tempat? Ni haa, lantai ade." Kata aku sambil menjuih bibirku kearah lantai.

Dia memandang aku. Dan ia juga masih lagi dengan poker facenya. Last sekali, dia memutuskan untuk berdiri sampai ke sekolah.

Aku tersengih.

***

Aku turun dari bas. Lalu menuju kedalam sekolah.

busmate. Where stories live. Discover now