3. Are You Propose Me Now?

359 26 3
                                    

"Kenapa tak bagi aku dompet kau."

"Hak mutlak akulah. Nak bagi ke tak, itu hak aku."

Aku dah mula bengang dengan dia. Nak belanja makan kat kedai mamak pun nak berkira ke. Alang-alang mana ada sampai RM 30 pun sekali makan dua orang. Lainlah kalau melantak tak hengat dunia. Dasar lelaki kedekut!

"Hakimah binti Abdul Rashdan. "

"Ya."

"Tak nak makan ke?"

Aku jatuhkan kepalaku perlahan dua kali.

"So?"

Wajahku angkat memandang seraut wajah yang kacak macam Hitrik Roshan. Kawan aku sejak sekolah menengah hinggalah masuk universiti yang sama. Dia memang baik. Baik jadi kawan aku kalau aku nak minta tolong dengan dia. Dia rajin membantu. Dia tak ramai kawan perempuan dan akulah satu-satunya kawan perempuan yang dia ada dalam dunia.

Aku juga telah memecahkan Book of Ariel's Record sebab aku perempuan paling sabar dengan kerenah dia yang berperangai kasar, gedik tak bertempat, kedekut hidung masin, buat lawak sampai boleh terkeluar darah dari hidung, sebab sumpah! Tak kelakar langsung lawak dia. Dan semuanya yang buruklah ada kat dia.

Kali ini kami berdua dah bekerja. Aku kerja sebagai kerani aje pun, dia CEO untuk Sahara's Holding. Anak orang kaya kan... tapi dia tubuhkan syarikat guna titik peluh dia jugak. Kumpul duit bebanyak dengan kerja kat syarikat orang lain dahulu. Ayahnya dia ajak kerja sekali, dia tidak mahu. Tolak mentah-mentah cengitu saja. Hekkk... tolak rezeki sungguh.

Bertahun jugaklah dia perah peluh untuk bangunkan Sahara's Holding yang sudah terkenal dengan kecemerlangan yang membanggakan sehingga ke antarabangsa.

Aku turut bangga juga dengan dia.

Kawan aku tuu...

"Weiii..."

Dia jerit kuat kat telinga aku.

Aku tersedar. Hehehe...

"Mengelamun tengah jalan. Jadi tak nak pergi makan?"

Dia soal aku.

"Jadi... tapi..."

Ayat aku terbiar panjang berjeda.

Dia senyum. Selamba tangannya mengosok kepalaku lembut.

"Tak apa, kali ini biar aku belanja."

Aku tersenyum.

Tangannya pantas aku tolak lembut.

"Tak mainlah kepala. Hilang IQ aku yang bernas tu nanti."

Dia koyak senyum.

"Ye laaa, Cik Ima. IQ kau memang tersangatlah cerdik hingga dapat menjadi kerani serba boleh kan? Tak macam aku ni."

Aku jeling dia tajam

Perli saja tahu.

"Tak perlu nak hina kerja aku. Rezeki juga. Lelaki berlagak."

"Berlagak pun boyfriend siapa? Jom makan. Aku lapar dah ni."

Dia dah melangkah laju ke depan. Tak mahu halang jalan orang.

Aku tersenyum.

Boyfriend? Hiks! Tiba-tiba, hatiku berbunga kembang bila dia berkata demikian.

Aku berlari mendapatkan dia.

Cuba untuk berjalan seiring dengan dia,

"Tak mahu laju-laju. Perlahan lah sikit."

[Completed] Cerpen || Promise meWhere stories live. Discover now