CERITERA 1 : The Truth

1.9K 39 3
                                        

"Jom main truth or dare?", ajak Haziq ketika semua orang di dalam perpustakaan sunyi sepi. Kelihatan beberapa kawannya, berkumpul di satu meja yang panjang dan lebar lalu bersiap sedia untuk bermain 'Truth or Dare'.

"Haziq, kau pusing dulu tin tu", ujar Abu menyuruh Haziq memutarkan tin kosong yang berada di atas meja. Tin itu berpusing, pusing dan pusing lalu berhenti di hadapan Ifzal.

"Truth or dare?", Haziq bertanya kepada Ifzal lalu Ifzal berkata "Truth".

"Kau dalam bulan ni, kau ada ponteng puasa tak?", tanya salah seorang dari mereka. Ifzal kelihatan tersenyum-senyum membalas pertanyaan itu.

"Ada tapi sikit", balas Ifzal dengan benar.

Ifzal memutarkan tin itu dan tin tersebut berpusing lalu berhenti dihadapan Abu.

"Truth or dare?", tanya Haziq. "Dare", balas Abu. Mereka di dalam satu bulatan meja tersebut memikirkan 'cabaran' yang harus dikenakan dekat Abu.

"Aku nak kau jerit "MONEY IS GOD! MONEY IS GOD!", dekat luar perpustakaan. Biar satu floor ni dengar", balas Adibah.

Perpustakaan terletak di tingkat paling atas dan di tingkat itu mempunyai kelas murid tingkatan 3 dan 4.

Abu kelihatan cuak bercampur mesti buat! Abu berjalan keluar dari perpustakaan dengan coolnya dan menjerit "MONEY IS GOD! MONEY IS GOD!".

Abu menjerit dan berjalan satu floor tersebut.

Mereka di dalam perpustakaan tergelak-gelak bagai nak rak. Haziq kelihatan suka sekali mengenakan orang. Dia gelak gila-gila sampai merah mukanya. Dia kelihatan comel sekali dengan gelak seperti itu.

Abu masuk ke dalam perpustakaan. Dia sudah menyelesaikan 'tanggungjawab'nya sebentar tadi. Kini, Haziq memutarkan lagi tin itu. Tin itu berpusing, pusing dan pusing. Kini tin itu berhenti di hadapan Adibah.

Adibah cemas dengan soalan yang bakal diajukan kepadanya. "Dibah, truth or dare?", tanya Haziq. Ya Allah, tolong aku. Aku rasa nak pengsan main game ni. Menyesal pula aku main sekali.

"Truth", balas Adibah dengan tenang sekali tetapi di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.

Kelihatan semua senyap sehingga salah seorang dari mereka bertanya kepada Adibah. "Adibah, who is in the class you like?"

Adibah kelihatan cemas dengan soalan itu. Ain di sebelahnya hanya perhati sahaja daripada tadi dan berkata kepada Adibah, "OMG! Dibah, macam mana ni?!"

Ain berkata perlahan seakan berbisik kepada Adibah. Takut yang lain mendengar perbualan mereka.

Ain sudah tahu jawapan bagi soalan itu. Ain tahu kesemua rahsianya dan tidak mungkin Adibah akan menjawabnya.

Tiba-tiba Haziq mencelah, "Alaa... Tak pun siapa dalam kelas ni yang kau rasa baik dan selesa dengan kau?"

Hish, lagilah soalan ni. Gila! Dua soalan maut pula tu. Mati aku! Getus hati Adibah.

"Siapa lagi kalau bukan kau yang aku selesa, Haziq", balas Adibah dengan cuba menyorokkan mukanya dengan buat-buat membaca buku. Haziq kelihatan malu-malu dengan jawapan Adibah.

"Aku selalu kutuk kau, Dibah", balas Haziq. Kau kutuk aku, apa aku nak kisah? Yang penting, aku baik dan selesa dengan kau. Aku suka cakap dengan kau even perkara bodoh. Kau sanggup dengar benda bodoh-bodoh yang pernah aku ceritakan dekat kau.

Kau kawan baik aku, Haziq. Dari darjah 6, aku dengan kau kawan baik dan aku pun suka kau dalam diam selama ni. Sebab apa? Sebab kau ni caring orangnya. Kau lah orang yang sanggup dengar bebelan aku, pot pet aku dan semua benda bodoh yang pernah aku kongsi dengan kau. Adibah berkata sahaja di dalam hati kerana tidak mampu bersuara selanjutnya.

Adibah buat tidak endah dengan jawapan Haziq. Haziq meneruskan permainan tersebut dan tin itu berputar lalu berhenti pada orang seterusnya. Permainan itu terus berjalan sehingga waktu mata pelajaran English habis.

Semua orang di dalam kumpulan itu sudah tahu dengan siapa Adibah selesa. Tak pun dengan siapa Adibah suka?

Adakah rahsia tentang perasaan Adibah suka dalam diam pada Haziq berterusan ataupun esok harinya ada konflik yang bakal berlaku dalam kehidupan Adibah? Adibah cuba memikirkannya.

TAMAT

CerpenWhere stories live. Discover now