Lima

441 19 0
                                    

Ya Allah, leganya dapat baring. Penat nya harini memang tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata. Majlis resepsi perkhawinan kami memang meriah sebab majlis ini dihadiri kedua-dua belah tetamu. Aku dan Firdaus bersetuju untuk mengadakan satu majlis sahaja. Oleh itu, kami menempah dewan yang besar supaya dapat menampung jumlah tetamu yang ramai. Alhamdulillah, semuanya telah selesai.

Aku terdengar pintu bilik air terbuka, aku yang dari tadi terasa nak terkencing tiba-tiba terbantut. Aku baringkan semula badanku dan berpura-pura tidur. Gara-gara melihat keadaan Firdaus yang seksi.

Hampir gugur jantungku melihat keadaan dia yang tidak berbaju. Sudahlah hanya ber'boxer', seksa mataku melihatnya.

Dia hanya relax, seolah-olah aku tak wujud dalam bilik tidur ini.

"Kenapa kejam mata? Jangan nak buat-buat tidur. Abang dah nampak tadi sayang bangun. Malu tengok abang macam ni ke?" Usiknya sambil mendekati ku. Aku hanya membantu kan diri. Apabila terasa dia semakin dekat dengan diriku. Automatik aku bangun.

"Saya keluar dulu." Aku meminta diri. Tak sanggup untuk berlama-lama di dalam bilik ini.

Dia hanya ketawa. Lucu mungkin melihat aku yang gelabah. Mana tak gelabah, belum pun 24 jam aku bergelar isterinya, dia sudah berani untuk 'sexy' depan mata aku. Sepanjang 25 tahun aku hidup dekat dunia ni, mana pernah aku tengok 'pemandangan' yang macam tu. Cepat-cepat aku turun ke bawah.

Aku masih lagi kekok untuk dekat dengan dirinya. Segalanya terasa begitu asing. Aku menyepikan diri, duduk di ruang tamu. Malas nak naik atas. Nanti habis aku di'kacau'nya. Seram mak...

Baru aje nak menenangkan diri, dia turun dari tingkat atas dan duduk di sebelahku. Aku buat tak peduli, mata menghala ke tv yang menayangkan cerita entah apa-apa. Tak boleh nak fokus sebab makhluk kat sebelah ni asyik tenung aku.

"Macam nak tembus tv tu sayang tengok. Tak mengantuk lagi ke?" Soalnya.

"Belum. Mata masih belum mengantuk. Awak tidur lah dulu." Kataku sambil cuba untuk fokus kepada tv sedangkan ketika itu jantungku sudah berdegup pantas.

"Abang pun tak mengantuk lagi. Jom tengok sama-sama." Dia pun hanya diam. Hanya suara dari dalam tv sahaja yang berceloteh. Dalam diam, sempat aku mengerling dia yang berkain pelikat dan bersinglet hitam. Opps, terserlah tubuh badannya yang berotot. Walaweh, gugur iman kot tengok body dia.

"I'm all yours sayang." Tiba-tiba dia bersuara.

Alamak, dia perasan ke aku tengok body dia.

"Awak still nak tengok tv lagi ke?" Aku bertanya kerana aku lihat dia sudah menguap.

"Yes. Rasanya dari pagi tadi sampai sekarang abang tak berehat-rehat. Jom naik." Tangannya sudah menekan punat off untuk mematikan tv.

Aku menelan liur.

Habis aku malam ni.

"Don't worry. Malam ni sayang selamat tapi abang tak janji untuk malam-malam seterusnya." Ada nada gatal di situ.

"Sayang...."

"Yupp.." Aku masih statik.

"Jom naik." Belum sempat aku bersuara dia sudah mengangkat tubuh ku.

"Apa ni? Turunkan saya." Jeritku.

"Nak tunggu sayang naik atas rasanya sampai esok pun tak naik-naik. Jangan nak meronta-ronta kalau tak..."

"Tak apa?"

"I kiss you....like this..." Bibirnya selamat mendarat di bibirku.

Aku tak tahu nak buat apa lagi.

Frozen. Aku hanya kuatkan lagi pelukan ku di lehernya. Takut dilepaskan. Seakan dipukau, aku tenggelam dalam ciumannya.

Walaupun bibirnya sudah selamat 'berlepas' dari bibirku. Aku masih lagi tidak mampu membuka mata. Malu.

Perlahan-lahan dia baringkan aku di atas katil. Dan dia turut sama berbaring di sebelah aku. Dia selimut kan aku dan menarik aku ke dalam pelukan nya. Aku mahu meronta dari perlukan nya tetapi...

"Sayang please, abang penat lah. Sangat penat. Abang peluk je pun, I promise, I won't do nothing."

Aku hanya diam dan tidak meronta lagi. Tidur ku malam itu terasa begitu nyenyak dan selamat.

Selamat didalam pelukan hangat insan bergelar suami.

########################

Yes, saya update lagi. Tiba-tiba rajin pulak malam ni update dua part sekaligus. Congrats kepada diri sendiri, huhuhu.

CINTA FIR&MANWhere stories live. Discover now