Orang kata
Sajak adalah teman
Buat orang patah hati
Sering menjemput
Kesunyian dan kedukaan
Ke dalam dadaMakanya pernah aku angguk;
Hidupku sendiri
Adalah baris-baris sajak sedih
Ada kata-kata rahsia
Pada gerak tubuh-ku
Ada bahasa asing
Pada hela nafas-ku
Menjadikan aku seorang kasihan
Kerana tidak pernah dibaca
Oleh diriku sendiriKesunyian dan kedukaan
Menjadi kombinasi tarian
Di sebuah pentas tak berpengunjung
Suaranya telah pulang
Meraikan riuh-riuh sajak di kertas
Bertempik tentang erti peduli
Pada hati-hati tuliPada kesunyian dan kedukaanlah
Mengalirnya kemurnian sajak
Menjadi baja
Supaya lekas besar jiwa
Supaya Hidupku
Tidak berumah di hujung pena
Semata.#WorldPoetryDay
![](https://img.wattpad.com/cover/47654377-288-k610681.jpg)
DU LIEST GERADE
Ke Puncak Ordinari
PoesieEmosi sebuah gumpalan kertas yang pernah mendiami bakul sampah, kerana dosa lamanya sebagai kewujudan yang banal.