tetaplah tubuh yang memeluk asa
di bibir jendela
menatap isi dunia
tentang realiti yang berkecamukaku biarkan rasa itu
menerawang bebas ke luar
mencari pergelutan
antara sinisnya sabda kekalahan
pada asa yang terbekalkanronta kecil ini
adalah ikhtiar lucu seorang aku
mahu menyurupi takdir
lewat harapanadanya harapan
telahpun digenggam
takdir yang berdiam
menanti rebahnya aku
ke kaki tuhan
YOU ARE READING
Ke Puncak Ordinari
PoetryEmosi sebuah gumpalan kertas yang pernah mendiami bakul sampah, kerana dosa lamanya sebagai kewujudan yang banal.