2

2.9K 157 43
                                    

Hari ini aku buka je mata, ada Pak Li kat sebelah aku. Ada wayar-wayar bertampal kat dada dan wayar apa entah dicucuk kat tangan. Sakit oi! Tapi tak apa. Dah biasa. Hero kenalah biasakan diri. Kan?

"Pak Li, lama dah ke saya kat sini?"tanya aku pada Pak Li yang sedang bersandar pada sofa sambil membaca surat khabar.

"Eh, Arul bangun dah?"surat khabar dilipat dua lalu diletakkan di atas meja. Kerusi di tepi katil di tarik ke tepi lalu Pak Li melabuhkan duduknya di situ.

"Dah 3 malam kita kat hospital ni." Pak Li memandang aku sayu. Aduh! Aku tak boleh betul bila macam ni.

"Saya nak baliklah Pak Li. Tolong panggilkan doktor boleh?"kataku sambil cuba bersandar pada kepala katil. Pak Li baru nak bangun panggil, Doktor Maisarah muncul bersama seorang nurse.

"Assalamualaikum Encik Arul, Pak Li,"sapanya bersama senyuman yang tak lekang dari wajahnya. Nurse di sebelahnya juga sedang tersenyum manis. Sejuk sungguh mata aku tengok.

"Waalaikumussalam,"jawab aku dan Pak Li serentak.

"Alhamdulillah doktor. Rasa sihat dah ni doktor,"ujarku lagi.

Doktor Maisarah memeriksa pergelangan tangan aku. Kemudian mata aku. Selepas itu barulah laporan yang tergantung di hujung katil dicapainya. Dia menulis sesuatu di atas kertas putih yang dikepilkan sekali di situ.

"Doktor, boleh balik hari ni? Saya bosan giler kat sini. Lagipun, saya dah sihat."

Doktor muda itu menoleh ke arahku. Dia hanya tersenyum sebelum menanggalkan fail laporan tersebut.

"Okaylah. Tapi janji dengan saya, jaga diri. Jaga kesihatan awak. Jangan datang hospital dengan keadaan macam tu lagi. Nak luruh jantung saya tengok awak dalam keadaan berdarah-darah begitu. Pendarahan awak teruk sangat masa tu. Please Encik Arul. Awak tahu kondisi awak. Jangan buat orang lain risau."

Fuhhh! Panjang lebar doktor ni membebel. Bukan salah aku pun malam tu. Along tiba-tiba masuk lepas tu serang aku. Aku tak sempat nak buat apa kot. Lagipun, kalau aku cerita, belum tentu doktor ni faham. Dia baru lagi dengan aku.

"InsyaAllah, doktor. Saya akan tengokkan dia. Terima kasih ya doktor." Pak Li menjawab bagi pihak aku. Mungkin sebab dia tengok aku diam tak menjawab apa pun.

Sebaik sahaja Doktor Maisarah dan nurse tersebut beredar, aku terus capai tangan tua Pak Li. Aku tunduk mencium tangannya.

"Kenapa Arul?"tanya Pak Li. Kepala aku diusap perlahan. Tiba-tiba air mata aku menitis. Bahuku terhinggut-hinggut menahan tangis.

"Saya rindu mama. Rindu papa. Rindu Ana. Saya rindu diorang Pak Li."

Pak Li tak menjawab tapi dia terus tarik tubuh aku ke dalam pelukannya. Aku rindu pelukan ini. Aku rindu papa.

"Doakan mereka. Sedekahkan al-Fatihah buat mereka. Setiap kali kamu berbuat kebaikan, doalah biar pahala itu sampai kepada orang tua kamu, Arul. Jangan nangis. Pak Li pun rindu. Dato' dan Datin orang baik-baik. Tapi orang baik-baiklah yang selalu awal dijemput pulang."

Aku seka air mata dengan kain selimut. Kemudian aku lap muka dengan kain yang sama.

"Kalau mama ada, mesti mama jaga saya. Papa...papa tak pernah pukul saya. Kalau papa ada, lembik along tu papa kerjakan," ujarku geram. Masih terasa peritnya ditampar along tempoh hari.

"Benda kalau ni, takkan bawa ke mana. Harapan yang mempermainkan. Sudahlah. Sabar. Balik ni kita pergi makan KFC. Nak?" Pak Li ni memang pandai memujuk.

"Pak Li belanja?"tanyaku bersama senyum kecil di wajah

"Apa saja untuk tuan kecil Pak Li ni!"

Selepas itu dia membantu aku mengemas segala keperluanku yang dikirim oleh Mak Long. Macam aku nak duduk hospital ni seminggu dia punya barang. Selesai saja mengemas, kami terus daftar keluar. Pak Li meminta aku menunggu di perkarangan lobi hospital sementara dia pergi mendapatkan kereta.

Hari itu aku makan KFC pukul lima petang. Sambil makan, aku beritahu Pak Li bahawa itulah sarapan pagi, makan tengan hari dan makan malam aku untuk hari itu.

* * * * *

Sejuk. Sejuk sampai macam menggigit tulang hitam. Selimut tebal yang aku menyelimuti aku bagaikan tak memberi sebarang kesan. Alat pendingin hawa aku dah tutup daripada tadi. Hanya kipas dengan kelajuan minima yang sedang berpusing ligat di atas siling.

Aku capai telefon di atas meja kecil lalu mendail nombor telefon Pak Li. Beberapa deringan barulah talian dijawab.

"Pak Li. Tolong..."

"Arul?Kenapa ni?"

"Sejuk..."

"Ya Allah! Kejap nak! Kejap lagi Pak Li sampai."

Telefon aku letak di tepi. Selimut aku selubung sampai ke kepala. Menunggu Pak Li, terasa sangat lama. Ketika aku rasa seolah-olah segalanya hampir kabur, barulah aku terdengat suara Pak Li memanggi namaku. Pipi aku ditepuk perlahan.

"Demam ni Arul. Pergi hospital ya? Nanti melarat,"kata Pak Li sambil menekap belakang tangannya di dahiku.

Aku menggeleng perlahan.

"Jomlah, nak. Nanti sakit lagi. Sini tak ada ubat. Kat sana semua lengkap," pujuk Pak Li. Diusap-usap rambutku perlahan.

Aku tetap menggeleng.

"Sss...saya mim...mimmpi..."ujarku dengan tubuh yang menggigil.

"Mimpi apa, nak?"soal Pak Li.

"Mama...sss...sssaaayaaa nak maa..maaa Pak...Li..."

Air hangat mengalir perlahan menuruni pipi. Rindu Ya Allah. Rindu sangat.

"Ku..kubbuur Pak Li..."

"Arul nak pergi kubur? Kan malam ni. Esok pagi ya? Esok Pak Li bawa. Malam ni rehatlah dulu,"pujuk Pak Li lagi. Aku tahu dia risau. Aku kenal nada suara dia tu.

"Mama...nak jumm...pa maa..mmmaaa..."

Pak Li mengeluh perlahan. Tiba-tiba aku rasa dia membantu aku untuk berdiri. Aku berpaut pada bahunya. Kami sama-sama menuruni anak tangga menuju ke bawah. Pak Li terus membawa aku ke kereta. Aku dibaringkan di kerusi belakang kereta. Kemudian dia terus menuju ke kerusi pemandu dan aku tahu dia sedang membawa aku ke kubur.

Mama, rindu. Sakit adik makin teruk. Mama tak ada nak jaga adik. Adik rindu mama. Rindu sangat. Along pukul adik, tak tau sebab apa. Kak Long pula langsung tak mahu pedulikan adik. Angah, kadang-kadang je cakap dengan adik. Sakit adik ni, tak tau nak mengadu dengan siapa. Semua orang benci adik. Kenapa Tuhan buat macam ni kat adik?

Dulu, setiap kali aku sakit, mamalah ubat aku. Dengar suara dia, dah buat aku lega. Tapi sekarang, penawar aku dah diambil Tuhan. Kekuatan aku dah hilang.

Aku tak tahu berapa lama lagi aku boleh bertahan. Mungkin sebulan. Mungkin setahun. Aku tak tahu.

Hidup Dalam MatiWhere stories live. Discover now