Ustazah Ainul Mardhiah 2

9.7K 29 1
                                    


Keesokan paginya, aku ke sekolah dengan menaiki My Vi Kak Ila. Pada mulanya aku ingin pergi dengan bermotosikal tetapi dilarang oleh Kak Ila. Kami tidak pergi ke sekolah berdua tetapi bertiga dengan Ustazah Sofia. Aku membiarkan mereka berdua berbual-bual. Aku pula duduk diam dan membatukan diri di kerusi belakang sambil menghayati pemandangan di luar menerusi cermin tingkap kereta.

"Orang kat belakang tu masih tidak mahu menegur jirannya?" Teguran lembut Ustazah Sofia benar-benar membuatku tersentak. Keringat dingin membasahi keningku. Aku melihat Kak Ila dan Ustazah Sofia tergelak melihat aku yang semakin tidak keruan. Aku tidak tahu ingin bermula dari mana. Aku terdiam seribu bahasa.

Setibanya di sekolah, aku berjalan menuju ke kelas 5I 1. Kelas itu terdiri daripada 11 pelajar puteri dan 4 pelajar putera. Aku bersyukur kerana dipilih masuk ke kelas khas itu.

Ada desir aneh melihat riak wajah-wajah sahabatku. Mereka kelihatan muram sekali lebih-lebih lagi pelajar yang beragama Islam. Aku menatap wajah Insyirah. Seribu pertanyaan berlegar di mindaku.

"Mengapa muram je ni?" Tanyaku kepada Insyirah. Namun, Insyirah mendiamkan diri. Ana Farhah menghulurkan sehelai kertas putih kepadaku. Aku mengambil kertas tersebut daripadanya. Mataku ralit membaca setiap perkataan yang tertaip di kertas tersebut.

'Perhatian kepada SEMUA pelajar Islam:

Kelab Remaja Islam (KRI) akan diadakan pada petang ini. Jam 3.00 petang bertempat di surau sekolah. Kehadiran adalah WAJIB. Tindakan akan diambil sekiranya para pelajar tidak menghadiri kelab tersebut. Sekian, terima kasih.

(Arahan daripada Ustazah Sofia Da'iyah)'

Aku mengeluh panjang. Mengapa Ustazah Sofia benar-benar membuatku gelisah? Aku juga malas hendak pergi ke mana-mana pada petang ini. Aku sudah merancang untuk mengulangkaji pada petang ini kerana peperiksaan pertengahan tahun semakin hampir. Aku cuba menyembunyikan perasaan kecewa dalam lubuk hati yang paling dalam.

"Yang kau muram ni kenapa?" Bukankah kau suka persatuan sebegini, wahai 'Ustazah Insyirah'?" pujukku kepada sahabatku yang seorang ini.

"Adik aku Niba siapa nak jaga?" Luah Insyirah kepada aku dan Ana Farhah.

"Bawa dia ikut sekali," jawab Ana Farhah selamba membuat aku dan Insyirah tercengang.

"Kau pergi tak petang ni?" Tanya Fatih, salah seorang pelajar lelaki yang sekelas dengan kami.

" Entahlah. Mungkin tidak, " balasku pendek.

"Kau nak masuk 'group' Zaihana ke?" sindir Fatih kepadaku. Aku tergelak kecil. Terbayang wajah Zaihana, Shifwah dan Fikriyah yang memang 'allergic' bab-bab agama. Dari jauh aku perhatikan Zaihana dan rakan-rakannya berbincang.

" Malaslah aku pergi. Aku tak suka dengan Ustazah baru itu. Baru hari kedua mengajar, sudah tunjuk belang," rungut Zaihana kepada Shifwah dan Fikriyah. Aku terdiam mendengar rungutan Hana.

" Betul juga. Cari nahas kalau datang," sokong Fikriyah.

Aku tersentak, "tidak malukah mereka kepada Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar?" Kutukku dalam hati. Tiba-tiba aku menyedari bahawa aku juga merungut tentang Ustazah Sofia. Astaghfirullah...

Petang itu, aku pergi menghadiri Kelab Remaja Islam. Insyirah terkejut melihat kehadiranku yang mengejut. Aku tersenyum lalu duduk di sebelahnya.

" Tadi kata tak nak pergi," Sindir Insyirah kepadaku.

"Kau nak ke aku dipancung olek kakakku sendiri? Sudahlah kakak aku yang hantar aku dan Ustazah Sofia ke mari. Tak dapat nak buat helah. Adik kau mana?" bisikku kepada Insyirah.

Kat rumah Mak Cik Lina." Jawab Insyirah pendek.

Aku merasa pahaku dicuit lalu aku menoleh ke arah orang yang mencuit pahaku. Ana Farhah!

"Ainul, Ustazah tanya kau kat depan tu," beritahu Ana Farhah kapadaku.

"Tanya apa lagi Ustazah Sofia ni!" Rungutku kecil.

"Bagaimana Ainul? Boleh?" Tanya Ustazah Sofia lembut. Aku tercengang kerana tidak faham maksud pertanyaan Ustazah Sofia tadi.

"Angguk saja!" bisik Ana Farhah. Aku hanya menurut lalu mengangguk. Tiba-tiba aku terdengar bunyi tepukan gemuruh. Aku berasa pelik lalu menoleh ke arah Ustazah Sofia. Ustazah Sofia tersenyum manis kepadaku. Mataku bulat melihat papan putih di hadapan.

"Tahniah, Ainul! Kau telah dipilih menjadi pengerusi perempuan KRI." Beritahu Insyirah. Aku terkedu. Ya Allah, apakah semua ini?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

USTAZAH AINUL MARDHIAHWhere stories live. Discover now