BAB 1

18.5K 48 1
                                    

HADI berteleku di atas bangku berhadapan kolam ikan koi. Kari kepala ikan yang dimasak oleh ibunya tadi amat menyelerakan
sehinggakan beberapa kali dia sendawa. Angin pada petang itu bertiup sepoi-sepoi bahasa menerbangkan beberapa helai rambutnya yang terjurai mengganggui matanya. Tangannya beberapa kali menyelak rambut hadapannya ke belakang.

Hadi berkira-kira tinggal satu minggu sahaja lagi akan bermula persekolahannya di tingkatan 6. Dia menjulur kakinya ke hadapan sambil memicit betis kakinya yang kekebasan. 'Erm, lambat lagi ke mereka ni nak datang?' Hadi terjengok-jengok memandang luar pagar rumahnya kalau-kalau rakan-rakannya sudah sampai atau belum.

Hadi bangun dari bangkunya menuju ke arah pintu pagar rumahnya sambil tangannya menolak pintu pagar melihat arah jalan kawasan perumahannya. Matanya teracap memandang Amira, Rakesh dan Ferdi mengayuh basikal menuju ke rumahnya. Dia melambai-lambai kearah rakan-rakannya itu.

"Marilah masuk dulu ke rumah saya." ajak Hadi.

" Baiklah..." serentak mereka bertiga mengiakan. Amira, Rakesh dan Ferdi membontoti belakang Hadi. Hadi mempersilakan rakan-rakannya duduk. Hadi memberi senyuman kepada rakan-rakannya itu.

" Kamu bertiga sudah buat persiapan ke belum nak masuk ke tingkatan 6 nanti?" tanya Hadi.

" Saya sudah beli barang-barang sekolah cuma tinggal nak beli alatan tulis sahaja," kata Amira.

Hadi mengangguk mendengar kata-kata Amira tadi. Rakesh memandang kearah kolam ikan koi sambil tangannya mencapai balang makanan ikan di taburnya di dalam kolam.

" Ama saya sudah membeli kelengkapan persekolahan saya, sudah tidak sabar lagi menuggu masuk sekolah." Kata Rakesh pula sambil tangannya menabur makanan ikan ke dalam kolam.

Kelihatan Puan Zainab membawa dulang minuman menuju ke arah mereka berempat. Hadi menyambut dulang minuman di tangan ibunya sambil mengangkat satu persatu gelas minuman di hadapan rakan-rakannya.

" Minumlah dulu..." memperlawa rakan-rakannya minum.

" Erm, tak sangka ya? Kita berempat sama-sama ditawarkan ke tingkatan 6 Sains..." kata Ferdi.

" A'ah, saya pun tidak sangka kita berempat ditawarkan ke tingkatan 6. Mungkin inilah orang selalu katakan persahabatan tetap mengekori dimana kita berada. Satu aliran pula tu," kata Amira pula.

Ferdi, Rakesh dan Hadi mengangguk bersetuju kata-kata Amira itu. Rakesh melihat jam tangannya sudah menunjuk jam 5 petang, dia mencuit bahu Ferdi sambil menunjuk jam tangannya. Ferdi mengangguk kepalanya tanda faham akan isyarat Rakesh itu.

" Oklah Hadi kami ingin minta diri dahulu kerana saya dan Rakesh ada hal sekejap lagi. Amira awak bagaimana?" memaling mukanya memandang Amira.

" Erm... tak apalah saya pun dah nak balik ni, nanti kita jumpa di rumah Hadi ok?" memandang Hadi berselang seli mengangkat kening kearah Rakesh dan Ferdi.

" Baiklah, kalau begitu kita jumpa di rumah sayalah nanti..."

Hadi memandang rakan-rakannya mengayuh basikal sehingga hilang daripada pandangannya. Hadi menuju kearah meja sambil mengangkat dulang air masuk ke dalam rumahnya. Kelihatan ibunya sedang membasuh pinggan di dapur, dia meletak dulang tadi di atas meja sambil mengangkat gelas-gelas kosong diberikan kepada ibunya.

" Eh! Kawan-kawan kamu sudah balik ke?" tanya Puan Zainab.

" Sudah bu, ohya bu... Abah balik kerja jam berapa ya?" tanya Hadi.

" Hari ini abah kamu balik jam 6 petang, katanya lewat sedikit ada

Hadi mengangkat keningnya sambil tangannya mencapai kuih moci di dalam pinggan di atas meja. Hadi berlalu menaiki tangga menuju ke biliknya, dia menguak pintu biliknya terus menuju mencapai tualanya yang tersangkut di belakang pintu biliknya. Dia berjalan masuk ke dalam

CIKGU ELLINA - Penulis : Maya MyraWhere stories live. Discover now