7

340 2 0
                                    

"HANNY, tolong letak kuih ni kat meja depan." Aunty Faridah menghulurkan pinggan berisi kuih muih kepadaku. Malam ni ada kenduri doa selamat kat rumah Aunty Faridah dan Uncle Rashid (Parents Farah) sempena keberangkatan mereka sekeluarga ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah minggu depan.
"Macam mana rumah baru Hanny?" Farah yang baru turun dari tangga berjalan beriringan dengan aku menuju ke ruang tamu.
"Everything's good!" Aku tersengih. Tetamu semakin ramai yang hadir memenuhi rumah banglo 2 tingkat itu.
Setelah selesai majlis doa selamat dan tahlil ringkas, tetamu mula menjamu selera. Meja-meja bulat di susun mengelilingi kolam renang di luar rumah. Aku macam biasa join group gossip sepupu-sepupu ku sambil mengisi perut. Kak Shila yang sedang berbadan dua tu pun turut join the club!
"Kak Farah dah berisi ke?" Amboi si Farisha bagi soalan cepumas!
"Haha belum ada rezeki lah. Insha-Allah.. nanti-nanti adalah." Farah ketawa tutup mulut. Yang lain tersengih-sengih dari tadi sebelum Elena tiba-tiba buat announcement.
"Guys, I'm getting married!" Elena senyum excited.
"Oh my god really?" Kak Shila dan Farah berkata serentak.
"Hujung bulan ni bertunang, hehe!"
"Congratulations!" Kitorang berkata serentak. Hmm nampaknya sekuntum bunga lagi kena petik...
Aku teguk air oren untuk membasahkan tekak sebelum mataku tertancap kepada satu raut yang cukup aku kenal!
That guy! That guy! Aku tersedak! Air oren tersembur keluar. Aku terbatuk-batuk. Dorang semua tercengang tengok aku. Farah kat sebelah mengurut belakangku perlahan.
"Hanny are you okay?" Farah bertanya.
"I'm okay.. Cuma err...siapa lelaki yang tengah berbual dengan Iskandar tu?" Aku memuncungkan mulut ke arah mamat tu. Mata dorang turut mengekori arah muncunganku itu. Serentak pulak tu!
"Dah-dah jangan tengok lama-lama!" Aku berbisik perlahan.
"Ohh laa. Tukan pengapit Iskandar masa wedding that day! I mean pasangan pengapit kau lah!" Elena menoleh ke arahku sambil yang lain mengangguk laju. Aku saja buat-buat tak ingat padahal nak cover malu.
"By the way Zarif tu sepupu Iskandar, Hanny."
"What?? Eh I mean, ohh..." Aku mula kalut. Janganlah dia perasan yang aku ada kat sini. Malu yang dulu tak habis lagi ni!
Sepupu-sepupuku sambung berbual seperti biasa dan aku pulak bawak diri pergi toilet supaya dapat mengelak dari bertentang mata dengan Zarif. Ya aku dah tau nama dia, Zarif!
Aku tutup toilet bowl dan duduk disitu. Haish! Macam mana kalau bertembung nanti? Malunyaaa. Tapi deep down... aku sebenarnya macam... suka? Suka? Are you serious Hanny? Yelah dah lama kot tak nampak dia. Hmm kenapalah aku tak tengok lama-lama sikit tadi muka dia yang handsome tu. Simple je pakai baju melayu and kain pelikat oh my god so hot!
Okay-okay enough Hanny. So better kau keluar je and kalau bertembung pun kau senyum jelah! Senyum? Lepas tu nak cakap apa? Hai Stranger? Ughh sumpah aku memang takda pengalaman kalau bab-bab ni! Silap-silap si Farisha tu lagi pro. Hmm senyum jelah! Tapi kalau dia tak senyum balik? Huh okay tu belakang cerita. Aku terus bangun dan menuju ke pintu tapi....
"Eh apasal tak boleh bukak ni? Ketat pulak dia!" Betul lah kata Aunty Faridah tadi pintu toilet ni problem sikit. Selalu susah nak bukak dari dalam. Kena ada orang tolak dari luar. Ah sudah! Ada orang ke kat luar tu? Aduih.
Aku cuba tarik lagi namun gagal. Ketat betul!
"Hello? Ada sesiapa dekat luar tu? Tolong tolakkan pintu ni boleh tak? Hello?" Aku ketuk-ketuk pintu dari dalam.
"Hello? Tolong lah." Aku ketuk lebih kuat dan...
"Tiga langkah ke belakang." Tiba-tiba ada satu suara dari arah luar seolah memberi arahan kepada aku.
"What?" Ingat nak berkawad ke apa?
"Like right now!" Suara itu lagi.
Aku pun terus melangkah ke belakang.
"One... two... three... done!" Aku berdiri tegak sebelum...
Bangggg!
Pintu ditolak kuat dari luar. Aku terjerit sebab terkejut sebelum jeritanku berhenti serta merta sebab...
"Well it's a third time I guess!" Zarif tersenyum sinis.
"It's you! Again?!" Mulutku ternganga.
"You ni memang selalu bad luck ke?" Dia masih tersenyum sinis tapi matanya yang memandang tepat ke arah mata aku tu buat aku jadi serba tak kena! Haish part ni yang aku lemah ni. Pantas aku mengalihkan pandangan ke arah lain selain pada sepasang mata redup milik Zarif.
"Err..." Aku macam hilang kata-kata.
"Nah don't thank me! Just be more careful next time." Zassss! Zarif terus chow dari situ sebelum sempat aku berkata apa-apa.
Aik? Apakah? Dia bukan nak pergi toilet ke? Kalau tak asal dia ada kat sini kan? Dia ni memang klon Edward ke apa? Suka muncul secara tiba-tiba and blah tanpa bagi signal! Masa aku bersalam-salaman untuk pulang pun aku perasan kelibat dia dah takda.
Hmm that's weird.
***********

Crush next doorWhere stories live. Discover now