Part 14 : Sebenarnya

4.7K 302 28
                                    

24 September 2010

Maka berlalulah kisah seram di Library daripada mulut orang-orang disekeliling. Sebenarnya, sejak kejadian rasuk hari itu, terdapat pelbagai lagi kejadian paranormal berlaku di sekolah ini. Cerita hantu di ampaian la, nampak lembaga putih di tangki air la, teddy bear berjalan sendiri la, hantu pocong la, macam-macam. Cuma aku je tak nak cerita, sebab takut meleret.

Macam biasa sesi pagi ada kelas fardu ain kecuali untuk Form 3 dan Form 5. Tapi pagi ni aku tak rajin sikit nak study. Otak dah tepu. So pukul 10 pagi aku dah tercongok atas katil dalam dorm aku sendiri. Semua ahli dalam dorm masa tu tak balik lagi daripada blok akademik.

5 minit kemudian baru la nampak batang hidung masing-masing. Yang Form 4 bergegas salin baju daripada baju kurung kepada baju t-shirt dengan seluar track, terus keluar dari dorm. Nak pergi tengok tv kat bilik rehat la tu. Manakala yang Form 1 ada yang baring, ada yang berbual kosong antara mereka. Aku tak rapat dengan diorang sebab aku jarang ada dalam dorm itu, tapi kami masih bertukar senyuman.

Dalam masa aku perhati je apa yang adik-adik dorm aku buat, tetiba riuh di depan muka pintu dorm aku. Kelihatannya adik dorm aku, Syuhada, membawa geng-geng dia, nak melepak dalam dorm ini kot. Happening dia masya-Allah macam nak buat birthday party. Kat tangan masing-masing ada bungkusan plastik yang dalamnya ada tupperware.

Aku biarkan saja. Aku perhati je. Diorang berborak-borak, sambil buka simpulan plastik, terus disambar tupperware dan meletakkannya di atas meja study yang ada kat tengah-tengah dorm ni. Dalam sekelip mata, meriah je aku tengok meja itu. Meriah dengan pelbagai makanan, yang barangkali dibawa oleh parents masing-masing. Aromanya, Ya Allah sumpah buat aku lapar. Ajak la aku makan. Aku kat sini je. Ajak la aku. Aku perhati je. Tiba satu saat itu :-

"Kak Nia, jom la join makan sekali. Banyak ni kitorang bawa makanan,"ujar Syuhada. Itu diaaa... memang langkah kanan aku ni.

"Boleh ke join dengan korang-korang ni? Tak kisah?" tanya aku, penuh kepura-puraan hahaha.

"Boleh je. Jom la jommm!" ajak Syuhada, diikuti geng-gengnya yang lain. Yezzaaa, kenyang perut aku hari ni.

Sewaktu aku mengambil tupperware aku untuk dibasuh, aku perasan yang salah seorang daripada geng adik dorm aku tu, ada Suraya. Tak silap aku Suraya tu pun terlibat sama dalam kes yang tidur kat library hari tu. Tetapi aku takut aku silap pandang orang. Lalu aku bertanya dekat adik dorm aku yang kebetulan masa tu hanya aku dan dia sahaja tengah berjalan menuju ke bilik pantri.

"Eh Syuhada, itu Suraya kan, yang kes budak tidur kat Library tu kan?"

"Ha'ah Kak Nia. Dia lah. Kenapa?" tanya Syuhada, kehairanan.

" Ohh tak de apa-apa. Saja tanya. Nak kenal orang," jawab aku.

Lalu kitorang pun makan la dengan meriahnya. Nasib baik budak dorm lain tak ada. Hanya aku pulak tu Form 5 yang ada masa tu. Ok part ni tak la cerita.

Lepas makan , mesti la kena basuh tupperware. So masing-masing bahagikan tupperware sama rata bilangannya setiap seorang untuk dibasuh. Dan macamana entah masa tu, aku baru je nak melangkah kaki keluar daripada dorm untuk basuh tupperware ni, kesemua mereka dah masuk ke dalam dorm dengan tupperware yang dah dicuci. Cepat betul diorang ni buat kerja.

Sampai je kat bilik basuh, aku nampak si Suraya tu masih gigih lagi membasuh tupperware. So, inilah peluang aku.

"Ehemm,"

"Ohh Kak Nia. Terkejut orang," ujar Suraya.

"Hahaha, sorry sorry. Nak tanya Suraya sikit boleh?"

"Tanya la. Apa dia Kak Nia?"

"Apa jadi dengan korang haa masa malam tu?"

"Malam apa?"

"Ala, malam tu la,"

Lalu Suraya termenung seketika.

"Malam apa ni Kak Nia?" tanya lagi Suraya. Memang dia betul-betul tak ingat atau pura-pura, itu aku tak tahu.

"Malam yang korang pergi berlakon tu la,". 5 saat Suraya menyepi.

"Oooo..." panjang 'Ooo' Suraya, mungkin dah memahami maksud aku.

Sedetik kami senyap. Yang kedengaran hanya bunyi air yang keluar mencurah daripada kepala pili paip.

"Tak ada apalah kalau tak nak cerita. Kak Nia nak tahu saja," ujar aku. Cuba nak tenangkan hati dia yang aku tahu mesti tengah keruan.

"Sebenarnya kan..."

*************************

Ohh, begitu ke. Ok. Now aku dah tahu cerita.  

THE LIBRARYWhere stories live. Discover now