Part 13: Percaya ke?

Start from the beginning
                                    

Tiba-tiba kami terdengar deretan kaki yang berjalan. Sejurus kemudian, tersembul kepala 2-3 pelajar dimuka pintu Library, cuba melihat keadaan Library barangkali. Setelah yakin adanya aku dan Kim, mereka melangkah masuk, sambil berbisik antara satu sama lain. Aku dan Kim perhati je.

"Hoi bebudak. Tak reti nak bagi salam dah ke ha!" laung Kim dari jauh. Terlihat mereka terperanjat akibat 'sound' yang diberi oleh Kim.

Terpinga-pinga mereka seketika. Tapi tetap memberi salam. Lalu duduk di meja paling depan sekali, berhampiran dengan kaunter. Pelajar Form 3 tu. Aku terus mengangkat buku latihan Matematik separas mukaku, lalu aku ketawa disebaliknya. Lucu doo tengok muka diorang lepas kena 'sound'. Terhibur juga aku setelah melalui suasana sunyi tadi.

Dan 5 minit selepas tu, aku betul-betul hilang fokus. Waktu itu pelajar Form 3 dah ramai conquer Library, Study Grouping. Exam diorang pun dah nak dekat kan. Lalu aku dengan Kim decide nak pergi kat Kooperasi, nak beli aiskrim.

Jangan main-main dengan koperasi kami. Prep petang pun bukak okay. Selepas membeli aiskrim, kami pun duduk lepak-lepak kat meja kantin. Dekat sangat dengan koop tu.

Sambil membuka plastik aiskrim potong kacang merah, aku memulakan bicara.

"Wey Kim. Aku kan, tetiba teringat cerita Simah pagi tadi."

"Cerita apa tu?"

"Simah ni ha, dia dengar cerita pasal Sakinah ni,"

"Tak paham. Ape benda ni?"

Lalu aku pun menceritakan segalanya yang aku dengar pagi tadi. Sejurus tamat penceritaan aku, Kim ketawa berdekah-dekah, gaya dia yang selalu ketawa tak ingat dunia.

"Woi, pehal! Ketawa pulak," ujar aku, tidak puas hati.

"Tania....Tania. Kau percaya ke weh cerita Sakinah macam tu hadoiii,"

"Of course la aku tak percaya. Itu sebab aku cerita kat kau ni,"

Lalu ketawa Kim semakin lama semakin perlahan. Lalu sambil menjilat aiskrim di tangan, dia bersuara, " Tapi Tania, kau kena percaya cerita tu. Tapi bukan bab Sakinah dengar sendiri daripada mulut HEM la,"

"Err maksud kau? Tadi tanya aku percaya ke tak. Pastu sekarang suruh aku percaya pulak," tanya aku, blurr sangat ni.

"Yang pasal HEM contact dengan alumni tu betul la. Tapi aku tak tahu la 'kebenarannya' macamana. Yang 2 orang doktor, 3 orang oversea tu aku tak tahu la pasal tu. Yang aku tahu HEM contact diorang, tapi semua taknak datang."

"Ye ye je kau. Yang kau yakin sangat ni kenapa ha?!"

"Sebab..."

"Sebab..?" tanya aku, tak sabar.

"Sebab Sensei (Cikgu dalam bahasa jepun) yang bagitau aku pasal tu,"

"Hey....bila masa ni?"

"Aku pergi rumah Sensei hari Ahad ritu. Nak buat bento. Pastu, -"

"Hoiii! Pergi rumah Sensei tak ajak aku. Sampai hati gila kau!" aku merengek. Tak aci wehh wat bento tak ajak aku.

"Hahaha kau jangan nak salahkan aku eh. Aku ajak kau jogging petang tu kau taknak. Kata nak tidur la. Padan muka!"

"Kau kata jogging, bukan pergi rumah Sensei," aku mula buat muka.

"Haa ye la, aku jogging, sampai round rumah Sensei, dia panggil aku. Suruh join dia buat bento. Aku pun ape lagi. Hehehehe Gomenasaiii," ujar Kim sambil kedua tapak tangan dirapatkan dan diangkat separas mukanya.

Dengan marahnya aku gigit aiskrim aku. "Dah la sambung cerita,"

"Ok. Pastu macamana entah, terkeluar pasal cerita ni. Then Sensei kata la macam apa yang aku cakap tadi. HEM contact alumni tu, then, begitu la,"

"Kau ada tanya tak Sensei dia dengar daripada mana cerita ni?"

"Tak," balas Kim, ringkas.

"Lepastu kau percaya kat Sensei?"

"Eh of course la aku percaya. Sensei kot. Sensei itu cikgu. Makanya tak mungkin dia menipu," kata Kim dengan muka bangga, sambil menghabiskan sisa-sisa aiskrim Solero nya.

Ehhhh. Apa punya teori daaa budak ni. Eh,kejap!

"Kalau kau tahu cerita ni masa hari Ahad, yang malam Rahmah cerita pasal kawan dia tu apsal kau tak cerita benda ni weh??" Tudiaaa tak menyabaq dah aku.

"Wey sorry sorry. Aku baru teringat laa bila kau bukak cerita tu. Sumpah (sambil meletakkan tapak tangan di sisi bahu) aku tak teringat sebelum ni. Tadi baru teringat!" ujar Kim, dengan muka serius.

"Lepas ni apa-apa cerita kau kena cerita balik kat aku tau,"

"Yang kau taksub sangat nak tahu cerita ni kenapa?"

"Sebab aku suka paranormal aktiviti,"

"Then, kalau aku cerita, kau percaya ke?"

Terdiam aku sejenak. 'Betul juga,' kata aku dalam hati.

THE LIBRARYWhere stories live. Discover now