MUKASURAT 8

6K 173 0
                                    

"Hey. Macam mana sekarang? Rasa ok?"

Nazri masuk ke bilik aku dan terus duduk di tepi katil. Aku yang berselibung dengan dua lapis comforter memandangnya tanpa senyuman.

"Hm.. At least menggigil saya da hilang lepas makan ubat yang awak bagi tu."

"Hm.. Ubat orang kampung, memang mujarab."

Dia tersenyum. Kemudian keadaan menjadi senyap semula. Nazri bangun dan keluar dari bilik kemudian dia datang semula dengan membawa kerusi plastik. Dia meletakkan kerusi tersebut di tepi katil aku dan duduk di situ. Aku yang hairan dengan tindakannya terus bertanya .

"Kenapa?"

"Kenapa apa?"

"Awak buat apa?"

"Hah?! Erm.. Duduk."

Dahi aku berkerut mendengar jawapannya tadi. Nazri tersengih dan berkata.

"Malam ni saya jaga awak. Saya duduk sini tengok kan awak. Awak kan sakit."

Kata-katanya itu telah membuatkan pipiku merona merah.

'Caring jugak mamat ni. Tapi, erk.. Tidur sebilik dengan dia?!! Tak boleh! Mana boleh! Eh, tapi dia kat kerusi, aku kat katil. Takpe kot.'

"Apa yang awak pikir tu. Tembus muka saya awak tenung."

"Eh! Takde apa-apa."

"Awak nak tau tak? Awak lah orang pertama yang saya jumpa boleh sakit bila mandi air terjun. Sebelum ni saya tengok orang lain mandi elok je. Takde pun sakit-sakit."

"Saya pun tak tahu air tu sejuk sangat. Yang awak sesuka hati tarik saya kenapa?!"

"Haha.. Sorry la. Saya nak bergurau je."

"Awak da mintak sorry dari kat atas bukit lagi."

"Dan awak pulak belum cakap yang awak maafkan saya."

Aku berpaling dari memandang mukanya dan berkata.

"Tak ingin saya nak maafkan monyet macam awak."

"Hm.. Unta tua memang macam tu."

Aku memandang Nazri semula selepas mendengar perkataan 'unta tua' keluar dari mulutnya. Namun kali ini, aku tak rasa nak marah dia macam sebelum ini. Dia tersenyum dan berkata.

"Da la. Tidur . Da malam ni."

Dia terus meletakkan kepalanya di atas katil dan tangan kanan di atas perutku. Aku tak tahu sama ada dia sengaja atau tak. Pantas aku berdehem.

"Ehem.. Ehem.."

Nazri mengangkat kepalanya sambil menarik tangannya. Dia berkata.

"Hehe.. Sorry, sengaja. Ala.. Nak peluk sikit pun tak boleh."

Dia memuncung. Aku menjeling dan mengalihkan pandangan ke syiling. Tak lama kemudian, aku mendapat tidur yang lena.


******

KEEGOANKU, KESABARANMU..Where stories live. Discover now