BAB 1

1.1K 36 2
                                        


Syirah, jom balik sayang...Syirah kena reda atas kepemergian ayah. Jangan macam ni..." pujuk ibunya.

Air mata Syirah tumpah lagi. Segera dia mengelap air matanya. Dia segera bangun untuk pulang. Dia mengenggam tangan ibunya sambil berjalan keluar dari tanah perkuburan. Dia menoleh ke arah kubur ayahnya yang masih merah. Ayah, Syirah balik dulu...katanya dalam hati.

"Ibu, jom makan..." ajak Ilman.

Puan Hana senyum tawar.

"Makan dulu, ajak Kak Syirah dan Ilwan..." jawabnya.

Ilman mengeluh. Kakinya dihayun laju ke arah bilik kakaknya. Pintu diketuk sebelum dibuka.

"Kak long, jom makan...Ilwan dah tunggu kat bawah..." ajak Ilman.

Syirah senyap.

"Kak long, jomlah...jangan macam ni..." pujuk Ilman.

Kak long tak lapar...kak long tunggu ayah...kak long nak makan dengan ayah..." balas Syirah.

Dah tiga hari Kak long dan ibu tak makan...makan sikit, nanti Kak long sakit..." pujuk Ilman lagi.

"Kak long tak nak...pekak ke?" marah Syirah.

Dia mula bangun menolak Ilman keluar dari biliknya sebelum dia menutup pintu dengan kuat.

Ilwan yang berada di meja makan terkejut bila pintu dihempas. Segera dia naik ke atas.

"Kak long...bukak pintu ni..." arah Ilman.

Pintu diketuk bertubi – tubi. Ilwan cuba menenangkan kembarnya. Tahu dia sedang marah.

"Bukak kak Long sebelum pintu ni Man pecahkan..." marah Ilman.

Puan Hana yang berada dalam bilik mendengar bunyi anak – anaknya bergaduh segera dia keluar untuk tengok.

"Ilman dah bagi amaran Kak Long...Kak Long yang tak dengar..." jerit Ilman sebelum dia menendang pintu bilik Syirah.

Terkejut Ilwan dan Puan Hana melihat Ilman menendang pintu bilik Syirah sampai terbuka. Muka Syirah merah menahan marah pada adiknya.

"Man, kau dah kenapa? Kan Kak Long kata Kak Long tak nak makan. Kak Long dah cakap Kak Long tunggu ayah balik..." herdik Syirah.

Panggg !!!

Pipi Syirah ditampar. Terasa panas mukanya seketika.

"Ilman..." jerit Puan Hana.

Dia harus menyedarkan ibu dan Kak Longnya.

" Sampai mati ayah tak akan balik, Kak Long... ayah dah tak ada. Susah sangat ke Kak Long nak terima kenyataan ayah dah mati. Ayah dah mati...." Marah Ilman mengulang kenyataan itu.

"Ibu pun sama...macam Kak Long...Ilman faham kita perlu bersedih atas pemergian ayah tapi bukan macam ni caranya...menangis macam mana sekalipun, ayah tak akan balik..." marah Ilman lagi.

Syirah diam. Sukar untuk dia terima kenyataan bahawa dia sudah kehilangan ayahnya.

"Betul cakap Ilman tu ibu, Kak Long...ayah dah tak ada...kita kena terima hakikat itu walaupun sakit macam mana sekalipun. Biarkan ayah pergi. Biarkan ayah tenang di sana. Kesedihan kita menyeksakan dia dalam kubur..." pujuk Ilwan.

Ilman meninggalkan mereka. Dicapainya kunci moto mula keluar membawa diri.

Puan Hana terdiam. Sedar Ilman tak sanggup melihat dia dan Syirah terus bersedih.

Shoot You MR. KillerCerita yang bikin terobses. Temukan sekarang