Kahwin Ganti part 4

86.1K 617 17
                                    

Nazim melangkah keluar daripada Bilik dan berlalu Ke Meja makan. Mujur lah bilik Qaisara dan meja makan hanya berhadapan sahaja. Rumah pun kecil, hanya satu tingkat. tidak seperti rumah Papa nya. Nazmi melabuhkan punggung nya bersebelahan dengan Qaisara. Qaisara yang sedar suaminya turut berada sama dengan mereka,mula menyuakan nasi goreng kepada Nazmi. Nazmi mengambil nasi tersebut tanpa memandang wajah ayu milik Qaisara.

"haa Nazmi, ibu dengar kamu nak balik hari nie betul kah?". tanya Puan Mila. Nazmi hanya sekadar tersengih sebelum menjawab.

"err iya bu, hari nie dah kena balik KL. sebab nazmi ada kerja. ada meeting dengan client bu". jawab Nazmi memberi Jawapan yang paling selamat. Sebenarnya dia hendak berjumpa dengan Kekasih hatinya, bukan nya ada meeting pun. esok Hari Ahad. Holiday mah!!!

"lah, hari ahad pun ada meeting? hmm takpa lah kalau gitu, ibu dok leh halang kamu. Jadi pukul berapa gerak nya?". tanya Puan mila. Nazmi memandang sekilas wajah Qaisara yang sayu. dia tahu Gadis itu masih belum mahu pulang ke Kuala Lumpur.

"kejap lagi gerak lah bu, lepas sarapan nie maybe?". Kata nazmi makin memeranjatkan Qaisara. Qaisara mendengus geram. Hilang seleranya hendak makan. Dia mengangkat punggung nya dan berlalu ke singki untuk mencuci tangan. setelah itu dia terus masuk ke dalam Bilik. Nazmi yang sedar perubahan Qaisara hanya beriak selamba. Puan Mila hanya sekadar menggelengkan kepalanya.

******

"kau dah pahal nak marah marah?". tanya Nazmi lalu melabuhkan punggungnya ke tilam tidak berapa empuk milik Qaisara. Qaisara menyeka air matanya. sedih hendak meninggalkan ibu dan ayahnya serta adik bongsu nya di kampung.

"takde apa". jawab Qaisara ringkas. Qaisara mengambil beg kesayangannya lalu mula meletakkan baju nya kedalam beg. Nazmi tahu yang Qaisara menangis. tetapi dia malas hendak memujuk. Tidak mahu merendahkan egonya!

"kau nie cengeng lah! benda kecil pun nak nangis. bukannya kau tak boleh langsung balik Kampung pun. apa masalah kau". marah Nazmi tiba tiba. Qaisara terkejut, ternaik bahunya dek terkejut. Kus semangat! kalau lama lama dengan mamat miang nie, agak nya boleh Goal kut, sebab mati sakit jantung!

"mana ada saya menangis. suka hati je". marah Qaisara semula. setelah itu dia menzip beg nya lalu duduk bersebelahan dengan Nazmi.

"dah siap?". tanya Nazmi. Qaisara hanya sekadar mengangguk.

"kau tunggu sat. aku nak mandi. kau dah mandi ke belum?". tanya Nazmi. Qaisara hanya sekadar mengangguk. Gila ke apa dah pukul 11 tak mandi lagi? eii bukan Qaisara okay kalau mandi lambat. Qaisara yang sedar nazmi hendak membuka baju terus sahaja melangkah keluar. tidak sanggup hendak memandang tubuh sado milik Nazmi. Nazmi ketawa geli hati. Dia tahu yang Qaisara malu. Qaisara duduk di sofa rumah miliknya. dilihatnya adik bongsu nya yang khusyuk bermain telefon bimbit. ish ish ish.

"Hazim! kau nie tak ada kerja lain ka nak buat? tak habis habis dengan telefon kau tu! kerja rumah kau dah siap ke belum?". tanya Qaisara. Hazim mengelengkan kepalanya sambil tersengih.

"apa nak jadi dengan kau nie hazim? tahun nie kau PMR kan? kenapa kau tak bukak buku langsung? dari along balik lagi along perati kau ni tak bukak buku langsung". marah qaisara kepada adik bongsu nya itu. Hazim hanya sekadar tersengih seperti masuk sebelah kanan keluar sebelah kiri.

"ala long, relek lah, awal lagi nak buka buku. leceh lah kalau nak buka buku 24 jam. along dengan ibu sama je. asal nampak hazim main phone mula lah nak membebel. by the way bukan pmr okay long, but pt3". jawab Hazim menyebabkan Qaisara mengetap bibir. ada aja jawapannya!

"kau nie en kalau tak menjawab tak sah en? ah tak kesah lah pmr ke pt3 ke. kau pergi buat kerja rumah kau. kalau tak ada kerja rumah kau pergi buat ulangkaji. mana tak nya along dengan ibu membebel kalau perangai kau macam gini? kau tahu tak kau tu nanti jadi tulang belakang keluarga". bebel Qaisara. Akhirnya Hazim akur, malas hendak mendengar kakak tersayang nya membebel, dia terus sahaja berlalu masuk ke dalam biliknya untuk mengulang kaji. Qaisara menggelengkan kepala nya beberapa kali.

"lah, dah kenapa anak ibu nie dok geleng geleng tu? sakit leher ka?". tanya puan Mila apabila melihat Anak sulung nya itu menggelengkan kepalanya.

"eh ibu, tak da apa lah bu, tu ha si Hazim tu tak habis habis dengan telefon dia. penat sara bebel dia. tapi masuk kenan keluar kiri". kata qaisara dengan geramnya. puan mila hanya sekadar ketawa.

"biasalah adik kau tu sara. dah berbuih mulut ibu nie pesan kat dia, tapi susah sangat nak masuk dalam kepala dia tu. nie kamu nie dah siap pack ke belum barang barang? kata nak balik hari nie". tanya Puan mila. qaisara hanya sekadar mengangguk.

"dah bu, dah siap dah. tinggal tunggu nazmi siap je". jawab qaisara. puan mila memandang wajah polos anak nya.

"sara, ibu nak tanya kamu nie, kamu ok kah? awat ibu tengok muka kamu nie macam tak ok ja? sabar lah nak, anggap saja lah Nazmi itu jodoh kamu". nasihat puan Mila. syakila hanya sekadar mengangguk. Ok atau tidak? dia pun tidak tahu.

"ok ja bu, insyallah sara akan belajar terima Nazmi dalam hidup Sara". kata Qaisara sambil memandang wajah manis Ibunya. Puan Mila tersenyum.

"dan lupakan Nazim. belajar untuk terima suami kamu dan cintakan dia. Cinta nie boleh dipupuk sara. ibu doakan kebahagiaan Sara". kata Puan mila sambil tersenyum dan terus sahaja berlalu. Qaisara mengembus nafas berat. buntu dan serabut! itu yang dirasakan olehnya sekarang. Dia termenunung memikirkan nasib dirinya.

Hai:)) hahaha ok part nie tak ada 18+ right? hoho enjoy reading guys. saya akan update kalau Vote dan comment dapat memuaskan hati saya. acewah hahaha tengok lah macam mana :D insyaallah saya akan update ASAP ok bye!!!

Kahwin GantiWhere stories live. Discover now