PRA-PERPISAHAN

62 1 0
                                    

1) Aku belum puas mendendang semoga-semoga yang takkan sampai ke simpati tuhan, pada ingatan yang terpendam, biar kekal mengalun walau kamu mematikan pada setiap kalinya.

2) Tetapi seberapa pantaskah kewujudan kamu harus terus di situ? Menjadi entiti pegun yang berdegil sekitar memoir-memoir yang masih keras bersabda.

3) Dan rekayasa agung tentang bahagia yang diada-adakan kamu itu begitu asli sehingga aku sering terpercaya bahawa kebersamaan yang kekal tidak tertakluk pada apa-apanya kita.

4) Maka benarlah kiranya lohong-lohong di dada menjadi semakin asyik dibiarkan, didiami rasa percaya, tidak mahu kalah menidakkan yang tidak akan.

5) Akhir hanya ada kucup yang tertangguh terus tersimpang lalu mati bersama bibir yang belum berhenti mengalun bahasa cinta.

Ke Puncak OrdinariWhere stories live. Discover now