Kawan

6.1K 294 11
                                    

Rasa lega bila dapat pindah ke rumah baru. Bukan tak nak duduk rumah mertua, tapi biarlah berdikari sendiri.

Selesai sudah proses pemindahan barang-barang milik aku dan Rosmira. Sehari suntuk sibuk mengemas di rumah baru.

Rasa puas hati lah juga. Merasa hidup berdikari sebab aku mampu. Biar pun rumah ni.. Tak besar rumah mertua aku. Aku boleh buktikan, aku boleh buat Rosmira bahagia walaupun hidup sederhana.

Akil, anak kami 3 tahun seronok bermain di laman rumah. Nampaknya, Akil juga cepat menyesuaikan diri dengan persekitarannya di rumah baru. Walaupun, sebenarnya Akil tak macam tu sebelum ni.

Aku senyum melihat keletah Akil.

Akil menggapai bola miliknya dan dihalakan ke depan. Bola tu jatuh, dan Akil ketawa riang. Kemudian Akil berlari-lari dengan penuh semangat.

"Akil, mari masuk nak. Dah petang ni. Meh masuk meh." Aku memanggil Akil.

Aku melihat Akil mengomel sesuatu sebelum datang ke arahku.

"Akil cakap dengan siapa tadi?"

"Tak ada siapa. Kawan Akil."

Aku menggelengkan kepalaku. Imaginasi budak-budak. Aku melihat sekeliling sebelum masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.

*

"Akil dah tidur ke, Mira?"

"Dah." Mira tersenyum dan membawa segelas susu panas untuk aku.

Kami menonton tv sebelum masuk tidur dan juga berbual-bual kosong.

*

"Hehehehe."

"Janganlah."

"Tunggu kita."

"Kejaplah."

Aku terpikau-pikau kerana bangun dari tidur secara mengejut. Aku tersedar kerana ada bunyi kanak-kanak ketawa dan tapak kaki berlari-lari. Aku lihat Rosmira, masih lagi lena tidur. Seolah lenanya tidak diganggu oleh bunyian itu tadi.

Aku menenyeh mata dan bangun dalam keadaan terhuyung-hayang.

Aku sempat juga menjeling pada katil. Akil tiada! Berderau darahku. Tapi aku tak berani mengejutkan Rosmira yang sedang tidur. Aku tak mahu dia panik.

Aku ke ruang tamu kerana terdengar suara Akil di situ.

"Akil. Buat apa ni?"

"Tengah main."

"Bermain apa tengah malam ni." Aku mengerling pada jam. 2:15 pagi.

"Kawan ajak main."

Aku terdiam sejenak. Kawan? Aku lihat sekeliling. Tiada sesiapa melainkan aku dan Akil.

"Mana ada kawan. Dah, dah, tidur." Aku menarik Akil ke dalam bilik.

Aku berasa tak sedap hati. Akil tak pernah macam ni sebelum ni. Aku ingin tahu siapa kawan Akil itu.

Setelah Akil tidur, aku tak segera lelapkan mata. Aku berjaga untuk pastikan Akil tak keluar bilik lagi.

Akhirnya, entah jam berapa aku tertidur kembali.

*

"Akil buat apa ni?"

"Tengah lukis." Akil jawab sambil tersenyum.

"Lukis apa?"

"Lukis Akil dan kawan Akil la, ayah."

"Boleh ayah nak tengok?"

"Boleh."

Aku melihat lukisan Akil. Aku tersenyum melihat hasilnya, lukisan budak 3 tahun. Apalah sangat.

"Em... Kenapa kawan Akil ni tak ada mata dan mulut macam muka Akil ni." Aku menunjukkan figura sebelah Akil yang mukanya kosong tanpa apa-apa.

"Itulah kawan Akil. Dia tak ada mata, mulut dan hidung. Rambut dia pun panjang sangat."

Aku tergamam.

Zon SeramWhere stories live. Discover now