Telur ayam

9.7K 395 20
                                    

Selepas menghantar anak ke sekolah, aku segera mengayuh basikal. Aku perlu turun ke ladang untuk menoreh getah. Cuaca semalam sangat baik dan tidak hujan. Oleh itu, pada pagi ini hari yang sesuai untuk menoreh getah.

Aku mendongak ke langit. Sinar matahari pagi galak terpancar. Semoga cuaca pagi ini juga baik. Lantai bumi ladang yang licin disebabkan air hujan merisikokan aku untuk melakukan kerja menoreh.

Aku meneruskan kayuhan, sehinggalah aku ternampak sesuatu betul-betul di tengah jalan. Aku berhenti dan turun dari basikal.
Aku memegang sebutir telur ayam.

"Masih elok lagi ni." gumamku sendiri.

Aku membelek-belek lama telur tersebut. Macam mana agaknya telur ayam ni boleh ada kat tengah jalan?

Tanpa memikirkan benda pelik, aku mengambil telur tersebut dan letak dalam raga basikal. Balik rumah nanti bolehlah di buat lauk. Telur goreng letak sedikit kicap.

*

Anak-anak aku semua sedang sibuk buat kerja sekolah. Selepas makan malam dan solat Isyak, memang mereka semua akan mula membuat kerja sekolah serta mengulang kaji.

Apabila ada soalan yang mereka tidak faham, mereka akan bertanya kepada aku atau kepada emak mereka. Kadang-kadang soalan yang mereka tanya itu aku sendiri tak mampu jawab. Maklumlah, zaman dulu tak belajar tinggi-tinggi macam mereka di zaman sekarang.

*

Semua penghuni tidur nyenyak. Sehinggalah..

"Kak, temankan adik. Nak minum. Haus ni." Karina mengejutkan kakaknya, Balqis.

"Emmm."

"Jom la temankan adik."

"Emm. Pergi la dulu." kata Balqis dalam tidak sedar.

Karina bangun, baru sahaja memegang tombol pintu, telinga menangkap bunyi dari dapur.

Skretttttt. Skrettttt.

Karina pucat. Bunyi apa tu? Karina berdiri lama di depan pintu bilik. Bunyinya semakin bertambah kuat dan Karina berlari ke bilik ibu bapanya.

*

Tok! tok! tok!

"Haa. Kenapa ni Karina?"

"Ayah, Rina dengan ada bunyi kat dapur."

Aku cuba menumpukan pendengaran dalam keadaan diri yang masih mamai.

Diam.

"Tak ada apa-apa pun?"

"Betul ayah, tadi Karina ada dengar bunyi kat dapur." ujar Karina, yang berusia 6 tahun itu bersungguh-sungguh.

"Ni buat apa bangun?"

"Nak minum air. Haus. Tapi Akak Balqis tak mau temankan."

"Hmm. Mari."

Setelah anakku meneguk segelas air putih, dia kembali ke bilik. Tinggal aku seorang di dapur.

Lantas aku mengambil telur yang aku bawa balik tengah hari tadi.

Aku mula jadi tidak sedap hati. Angkara telur inikah?

Kerana anakku sendiri tak pernah mengadu apa-apa benda pelik sebelum ini.

Aku meletakkan telur ayam itu ke tempat yang sedikit tersorok dan berasingan dari telur ayam yang lain.

Aku masuk ke bilik dan tidur kembali.

*

"Pulangkan. Itu bukan milikmu."

"Pulangkan."

Terlihat sebutir telur, yang menampakkan susuk tubuh wanita yang sedang menangis teresak-esak. Tak berapa lama kemudian, satu wajah hodoh menggantikan susuk tubuh tadi.

Matanya sebelah kanan terjegil keluar, mata kirinya pula terperosok ke dalam. Terlihat taring terkeluar dari mulut dan pipi yang robek.

"Pulangkan telur itu ke tempat asalnya!" jerit lembaga itu.

Aku terjaga dalam keadaan berpeluh.

Rupanya angkara telur itu.

Sejurus itu, kedengaran cakaran yang diadu oleh Karina dari dapur.

Skrettttt! Skrettttttttt!

Bunyinya nyaring berdesing di telinga tapi cuma aku yang mendengar. Isteriku masih lena di sisi.

Aku tertidur dalam keadaan bunyi cakaran itu.

*

Keesokan paginya, aku membawa telur tersebut bersamaku.

Sampai di kawasan kelmarin, aku meletakkannya di satu tempat yang terlindung dari orang ramai. Agar tiada yang mengambil.

Nasib baik juga, telur itu tidak digoreng. Kalau tidak, entah apa akan jadi.

P/s: Jemput baca story saya yang lain. Terima kasih. ;)

Zon SeramWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu