NMYT41

619 14 0
                                    

Keadaan Iza sudah stabil. Mereka berempat membuat keputusan untuk bercuti sambil berbulan madu. Aiman dan Ik mengambil cuti. Gallery Amanina dan Iza dijaga oleh pekerja mereka. Business mereka berjalan dengan lancar. Syarikat Omar Holdings juga semakin maju. Ik juga dinaikkan pangkat. Mereka menyewa di hotel yang sama. Mereka membuat keputusan untuk berbulan madu di Hong Kong. Seperti biasa, Amanina dan Iza membuat kerja mereka. Mereka mengambil gambar tempat-tempat yang menarik di sana. Malam itu, mereka mencari restoran yang halal. Mereka menjamu selera. Setelah habis makan mereka mengambil angin malam di tepi laut. Angin yang sejuk dan bunyi air laut yang deras membuatkan persekitaran itu lebih romantik. 'Nampaknya kita tak salah pilih tempat untuk berbulan madu' kata Aiman yang ketika itu memakai jaket kulit berwarna hitam. Dia memandang wajah isterinya yang sedang menahan kesejukan. Dia membuka jaket dan menyarungi di badan Amanina. Amanina meletakkan kepalanya di bahu Aiman. 'Awak happy?' tanya Aiman pada Amanina. 'Happy sangat. Abang....' jawabnya sambil membetulkan kedudukannya menghadap wajah Aiman. 'Nina nak minta maaf kalau selama ni nina susahkan abang. Nina minta maaf kalau dulu sikap nina buat abang rasa sakit hati. Nina cuma takut akan mengalami situasi yang sama dengan Iza dulu. Nina labelkan lelaki kat dunia ni 'nasib malang' sebab lelaki cuma tahu sakitkan hati perempuan. Tapi, sekarang nina sedar. Semua lelaki tak macam tu. Nina bersyukur sebab abang hadir dalam hidup nina dan tak serik-serik nak kacau nina dari kita di Langkawi sampailah sekarang. Abang adalah nasib malang yang terindah dalam hidup nina. Nina sayang abang' Aiman bagaikan hendak menitiskan air mata apabila Amanina berkata begitu. Tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata, Aiman segera memeluk Amanina. Aiman juga bersyukur kerana Allah s.w.t memberikannya hati yang kental untuk menawan hati Amanina Amirah.

Nasib Malang Yang TerindahWhere stories live. Discover now