NMYT38

576 21 0
                                    

'Akhirnya aku bebas juga. Amanina Amirah....Aiman Hafrez. Aku belum selesai dengan kamu berdua' Syafiq mengenggam tangannya erat. Dia berniat untuk membalas dendam namun ini kali bukan setakat dengan Amanina malahan sekali dengan Aiman. Syafiq telah mendapat maklumat tentang kehidupan baru Amanina dan Aiman termasuk alamat rumah mereka. Hari itu, Syafiq telah merancang sesuatu. Setelah 3 hari keluar dari penjara, malam itu Syafiq memerhati kawasan perumahan Amanina. Kebetulan waktu itu, Amanina berseorangan di dalam rumah kerana Aiman outstation dengan Ik untuk menguruskan projek baharu mereka. Mereka memasuki rumah Amanina yang ketika itu sedang nyenyak tidur. Namun, malam itu juga sebenarnya Aiman balik ke rumah. Ik juga ada bersama Aiman. Setelah sampai di depan rumah, Aiman dan Ik berasa hairan kerana pintu utama terbuka. Aiman mula tidak sedap hati. Ik dan Aiman segera mendapatkan Amanina. Mereka mencari Amanina di dapur dan di ruang tamu namun tidak menjumpainya. 'Arghhhhhhhhh!' Kedengaran suara Amanina dari bilik. Sebaik sahaja mereka mendengar suara itu, mereka meluru ke atas. Ik sempat menelefon polis sebelum itu. 'Woi!' Tengking Aiman dari belakang. Syafiq terus mendapatkan Amanina dan meletakkan pisau di leher Amanina. Ik dan Aiman buntuh. 'Jangan dekat! Aku takkan teragak-agak untuk kelar perempuan ni!' Syafiq mula mengugut. 'Kalau kau apa-apakan isteri aku, aku bersumpah aku akan bunuh kau, sial!' Aiman mula naik marah. Dia risau jika terjadi apa-apa dengan Amanina. 'Kau lepaskan adik aku! Hei kau cubalah terima hakikat yang dia...' belum habis Ik menghabiskan ayatnya, Syafiq mencelah 'Dia apa?! Haaa?! Dia apa?! Hei kamu orang fikir aku tak berani nak tikam perempuan ni?! Kalau aku tak dapat dia, orang lain pun tak boleh dapatkan dia!'. Amanina mula menangis. 'Syafiq please.... don't do this' rayunya. Nasib menyebelahi mereka, pihak polis datang tepat pada masanya. Sebaik sahaja anggota polis datang di tempat mereka, Amanina memberanikan diri untuk menyiku perut Syafiq dan dia meluru ke arah Ik dan Aiman. Aiman memeluk Amanina dengan erat. Ik mengusap rambut adiknya itu. Sekali lagi, Syafiq dimasukkan ke dalam penjara. Orang tua Amanina dan Syafiq datang ke rumah Amanina sebelum Syafia dibawa masuk semula ke dalam penjara. Iza yang ketika itu datang bersama segera mendapatkan Ik. Ik mencium dahi isterinya itu. Orang tua Syafiq amat kecewa dengan tindakan Syafiq. Mereka berdua memohon maaf pada Amanina sekeluarga. Amanina memeluk ibu Syafiq.

Nasib Malang Yang TerindahWhere stories live. Discover now