NMYT35

581 21 0
                                    

Selang 3 bulan selepas perkahwinan Ik dan Iza. Tibalah masanya pula giliran Amanina dan Aiman pula bergelar raja sehari. Aiman sangat berdebar menunggu kehadiran tok kadi. Amanina yang berada di bilik juga amat berdebar. 'Cantiknya kawan baik aku ni opssss salah. Cantiknya adik ipar aku ni' puji Iza sambil memeluk Amanina. Kawan-kawan kolej mereka juga datang pagi itu. Sudah lama mereka tidak bersua muka sejak hari terakhir mereka belajar di Universiti Malaya. Guru-guru juga turut hadir pagi itu. Puan Sri dan Mak Jah masuk ke bilik. 'Nina nervouslaaa...' kata Amanina sambil menepuk dadanya. Mak Jah dan Puan Sri hanya tersenyum melihat gelagat Amanina yang seperti cacing kepanasan. Ik memanggil mereka untuk turun kerana tok kadi dah sampai. Amanina diiringi oleh Mak Jah dan Puan Sri Faridah menuruni tangga. Aiman melemparkan senyuman pada Amanina. Amanina duduk dengan sopan. Iza sibuk mengambil gambar sepanjang majlis itu. Sungguh dia tak menduga, kalau dulu dia sekadar menangkap gambar tempat-tempat yang menarik tetapi hari ini dia menangkap gambar perkahwinan kawan karibnya yang kini adik iparnya. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz. Aiman dan Amanina sah bergelar suami isteri. Aiman menyarungkan cincin ke jari manis Amanina. Buat pertama kalinya Amanina mencium tangan Aiman dan Aiman memulakan perupacaraan membatalkan air wuduk dengan mencium dahi Amanina. Ik dan Iza duduk bersebelahan. 'Awak happy?' Tanya Ik kepada Iza. 'Happy sangat wak. Tak sangka, Amanina pernah label Aiman tu pembawa malang tau dulu time kitaorang kat Langkawi. Tak sangka, lelaki yang dianggapnya malang tu menjadi sesuatu yang indah dalam hidup dia' kata Iza sambil menangkap gambar. Ik meletakkan tangannya di bahu Iza. Iza menunjukkan gambar-gambar yang dia tangkap kepada Ik. Mereka kelihatan sangat gembira tambah-tambah lagi mereka mengenakan baju yang sedondon berwarna hijau pandan.

Nasib Malang Yang TerindahWhere stories live. Discover now