NMYT44

727 18 0
                                    

Pagi itu, Iza menjemput Amanina di rumah. Mereka berdua telah meminta izin daripada suami mereka masing-masing untuk keluar hari itu. Ketika itu, Aiman berada di pejabat manakala Ik masih sibuk di lapangan terbang. Setelah menjamu selera, mereka pergi ke farmasi. Mereka membeli pregnancy test. Mereka bertanya pada jurujual bagaimana hendak menggunakannya. Setelah menjelaskan, jurujual tersebut juga mengingatkan kepada mereka agar tidak lupa pergi berjumpa dengan doktor supaya keputusan lebih tepat. Tengahari itu, mereka berdua balik ke rumah dan segera membuat pemeriksaan. Amanina memerhatikan pregnancy test itu. Positive! Amanina menelefon Iza. 'Izaaaaaa, I'm pregnant!' Katanya dengan nada gembira. Kegembiraan itu bertambah apabila Iza juga memberitahu bahawa dia juga berbadan dua. Malam itu, Amanina menunggu Aiman balik di ruang tamu. Amanina tertidur di ruang tamu. Tanpa menghirau rasa penatnya, Aiman yang baru balik dari kerja mendukung Amanina hingga ke bilik. Amanina tersedar dari bangun. Dia terus mencapai tangan suaminya itu. 'Ehh, sorry. Abang kacau sayang tidur ke?' Tanya Aiman dan duduk di menghadap Amanina yang sedang baring. Aiman pelik melihat Amanina yang tersenyum sendiri. 'Abang, esok kita pergi restoran yang abang selalu bawa nina tu ok? Tekak nina ni nak makan roti canaila' katanya sambil meletakkan dagunya di bahu Aiman. Aiman bertambah pelik. 'Err bole je. Tapi, bukankah sayang cakap tu hari, roti canai tu tak sedap? Ni kenapa nak makan pula?' Tanya Aiman. Nina tersenyum dan menjawab 'Bukan nina nak makan. Tapi, baby kat dalam perut ni yang nak makan'. Alangkah gembiranya Aiman apabila isterinya itu menyebut perkataaan 'baby'. 'Sayang, sayang pregnant?' Tanya Aiman. Amanina mengangguk kegembiraan. 'Abang akan jadi ayah?'. Amanina mengangguk lagi. Aiman memeluk Amanina dan mencium dahi isterinya itu. 'Thank you so much, sayang! Abang janji abang akan kerja kuat lagi lepas ni sebab kita dah tak hidup berdua dah. Ok sekarang ni, sayang tidur dulu. Abang nak mandi' katanya sambil membaringkan isterinya itu. Aiman telah tidur dengan nyenyaknya. Amanina memerhatikan wajah suaminya itu. 'Kalau dulu kita tak bertembung, mungkin kau takkan jadi suami aku. Kalau dulu kau berputus asa dengan aku, mungkin kau takkan jadi suami aku. Kalau dulu aku tak anggap lelaki ni pembawa malang, mungkin aku takkan hidup dengan kau yang tidak penat mengajar aku tentang cinta. Adakah sekarang aku patut gelarkan kau nasib malang yang terindah dalam hidup aku? Tidak. Kau adalah yang terindah dan akan selalu menjadi yang terindah dalam hidup aku. I love you, Aiman Hafrez' bisik Amanina perlahan sambil mengusap rambut Aiman. Dia tersenyum dan kembali tidur.

Nasib Malang Yang TerindahWhere stories live. Discover now