Bab 70

17.6K 412 5
                                    

Asyraf naik dengan menatang dulang.
Dia meletakkan dulang di atas meja dan duduk di sebelah Kris.

"sayang... Bangun.. Makan.."

Asyraf memujuk lembut Kris.

Kris bangun dengan dibantu Asyraf. Kris mahu segera sembuh. Dia tidak mahu dirinya berada dekat dengan Asyraf. Dia sudah tawar hati dengan Asyraf.

Kris makan semangkuk bubur itu dengan berselera sekali.

Ash ke yang masak ni? Giler sedap..

Sewaktu Kris makan, Asyraf duduk di sebelah kaki Kris. Dia mengurut kaki Kris supaya lebih kuat.

Asyraf tersenyum apabila melihat Kris menghabiskan bubur itu.
Dia kemudiannya bangun dan menghulurkan air kosong pada Kris.

Kris hanya diam dan membiarkan segala perbuatan Asyraf..

Asyraf perasan akan diri Kris yang senyap. Hatinya terasa ngilu memikirkan hal ini.

Kris.. Bila kau nak maafkan aku? Aku rindu kau.. Kau dekat tapi jauh Kris..

Asyraf hanya tersenyum dan membantu Kris kembali baring setelah dia memakan ubat..
Setelah menyelimutkan Kris, Asyraf kembali mengurut kedua kaki Kris.

Kris kembali lena dek penangan ubat yang dimakan dan kerana keselesaan yang diberikan Asyraf.

Asyraf mengurut kaki Kris selama dua jam. Setelah tangannya lenguh, dia kembali menyelimutkan kaki Kris. Dia mengangkat dulang dan turun ke bawah untuk makan. Asyraf mengambil bekas mangkuk Kris dan menyenduk bubur di dalam periuk. Dia hanya makan bubur. Dia malas memasak makanan lain. Dua mangkuk bubur dihabiskannya.

Setelah membersihkan dapur dan sinki, Asyraf menuju ke bilik air untuk membersihkan diri..

*****

"sayang.. Bangun.. Dah nak maghrib ni.."

Asyraf mengejutkan Kris dari lenanya.

Hmmm tak puas lagi ke dia ni tidur?? Enam bulan tidur.. Ni nak tidur lagi?? Dia ni berhibernasi ke apa??

Asyraf tergelak mengenangkan telahannya. Dah tiada siapa sudi menghiburkannya.. Hiburkan diri sendiri je lah..

"sayang...."

"errmmm..."

Kris menggeliat sedikit. Namun menyambung tidurnya kembali.

Eish minah ni... Aku cium jugak dia ni kang.. Eishh.. Sabar Ash.. Sabar.. Dia ni budak underaged.. Kau kena paham.. Hmmm..

"sayang.. Bangunlah.. Kalau sayang tak bangun, bie cium.."

Mendengar sahaja perkataan itu, terus Kris membuka matanya. Dia merengus pada Asyraf.

"hahaha... Tahu pon takut.."

"aku tak takut.. Aku just tak sudi kena cium dengan kau.."
Kris berkata selamba.

Dushhh

Terasa seperti ditembak. Tepat ke tangkai hati.
Hati Asyraf terluka. Namun dia hanya beriak selamba dan masih tersenyum.

"dah.. Jom mandi.."

"tak nak.."

"mandi lah.. Dah berapa bulan sayang tak mandi? Dah bau apa dah.."

Kris mula tak senang duduk. Takkan lah Asyraf nak mandikan dia....

"alah.. Tak payah malu lah.. Dulu masa sayang terlantar dekat hospital, bie yang mandikan sayang.. Bie tak bagi nurse tu pegang sayang.. Nurse tu tolong ajar je.. Naik merah jugaklah dia ajar bie.. Hahaha!"

Asyraf teringat peristiwa dia dan nurse bertugas itu bergaduh.

*flashback*

"encik, boleh tolong keluar sekejap?"

Dua orang jururawat wanita masuk ke dalam bilik Kris. Mereka membawa kain dan besen.

"kenapa ye?"
Asyraf curiga melihat jururawat itu.

"ermm.. Kami nak mandikan Puan Kris."

Jawab salah seorang daripada jururawat itu.

"hah? Mandi?"

"ermm.. Maksud dia, kami nak lap badan Puan Kris."

"oh.. Buatlah.."

"err.. Boleh tak encik keluar sekejap?"

"kenapa?"
Asyraf membuat muka toyanya.

"err.."
Kedua nurse muda tadi kehilangan kata.

"saya nak tolong.."

"hah?! Tak boleh encik."

"kenapa?"

"sebab ni kerja kami.."

"dia isteri saya.. So?"

"ermm.. Tetap tak boleh.. Kalau encik salah buat macam mana?"

"awak ajar lah.."

"tapi encik.."

"tak de tapi-tapi.. Saya tetap nak buat!"

"tak boleh encik!"

"saya tak kira! Dia isteri saya!"

"tapi dia pesakit kami!"

"dia isteri saya!"

Muka kedua jururawat tadi merah menyala. Mereka terpaksa mengalah dengan Asyraf. Mereka terpaksa menahan malu yang amat semasa mengajar Asyraf.

Setelah dua tiga kali kerja Asyraf dipantau oleh nurse itu, akhirnya Asyraf dibenarkan untuk mengelap badan isterinya.

*end of flashback*

Urff.. Mamat ni mesti fikir benda bukan-bukan ni... Arrgghh!!!

"aku nak mandi sendiri."

"nope.. Selagi sayang tak boleh berjalan.. Never.."

Asyraf bertegas dengan Kris. Nak tak nak Kris terpaksa mengalah.

Haishh.. De ja vu seyh..
Dulu aku yang buat dia macam tu.. Sekarang aku pulak?? Hmm..


Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now