Bab 26

14.5K 414 0
                                    

"Damia!! Damia!! Sayang!! Jangan tinggalkan mama nak!! Damia!!!!!!!!"

Asyraf yang terdengar jeritan Kris segera menepuk lembut pipi Kris.

"sayang!! Bangun.. Shhh... Dah.. Sayang... Bangun.. Sayang.."

Kris yang terkejut membuka mata. Badan Kris menggeletar. Dia takut apa yang jadi dalam mimpinya betul-betul terjadi.
Asyraf yang berada di sebelah memeluk Kris erat.

"sayang..kenapa ni?"

"sss..sssayang.. Mm..mmimpi.. DD..Damia kene langgar kereta.."

"alah..mimpi je sayang.. Tak de apalah.. Dah jom tidur balik.. Baru pukul 3 pagi. Sayang.. Esok bie ada meeting lah..tidur ek?"

Asyraf memujuk Kris untuk tidur.

"tappi.. Sayang nak tengok Damia.."

"hurmm..jom."

Asyraf memimpin Kris ke kamar Damia.

Damia kelihatan tenang tidur di atas katil biru yang bercadar gambar spongebob..

"dah? Puas hati? Sayang.. Mimpi tu mainan tidur je.. Tidur ek? Bie ngantuk ni."

Asyraf memujuk Kris untuk tidur. Kris hanya mengangguk dan masuk ke bilik.

Seperti biasa, Asyraf akan memeluk Kris.
Kris yang melihat Asyraf sudah tidur hanya diam merenung siling. Fikirannya masih terbayang-bayang akan mimpinya tadi.
Walaupun hanya mimpi, namun ianya seakan-akan realiti. Sangat sukar untuk dilupakan.
Sudah lama Kris tidak mengalami mimpi ngeri. Namun pada malam itu, tiba-tiba dia termimpikan Damia yang kena langgar.

Haish! Daripada aku dok fikir benda ni, baik aku solat sunat.
Hurmm..

Kris mengalihkan tangan Asyraf dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat malam dan solat sunat hajat.

Setelah mengaminkan doa, Kris kembali ke katil. Hatinya kembali tenang selepas menghadap Yang Maha Esa..

Kris menutup lampu dan melelapkan mata..

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now