Bab 65

15.9K 373 1
                                    

Puan Sri Ayuni menyuap bubur ke mulut Asyraf.
Asyraf makan sehingga habis semangkuk bubur walaupun dia tiada selera. Dia perlu kuat. Dia perlu makan untuk memulihkan tenaganya. Dia mahu berada di samping Kris.

Hmmm.. Kris.. Aku nak makan masakan kau.. Aku rindu..

*******

Asyraf hanya memerlukan dua hari untuk pulih sepenuhnya. Puan Sri Ayuni dan Tan Sri Razak terkejut dengan perubahan mendadak Asyraf. Kebiasaannya Asyraf memerlukan seminggu untuk pulih dari demam.
Namun mereka sedikit lega apabila Asyraf sihat lebih awal. Mereka berharap menantu mereka akan sedar apabila Asyraf berada di sisinya.

*****

Asyraf yang sudah siap mandi dan memakai wangian masuk ke ruangan ICU.. Di mana Kris ditempatkan..

Menitik air mata Asyraf melihat sekujur tubuh yang sangat dirinduinya sedang terbaring lemah di atas katil.. Hatinya bertambah sayu apabila melihat banyak wayar berseliratan di badan Kris. Kepala dan tangan Kris berbalut.. Muka dan tangan Kris terdapat banyak calar dan luka-luka kecil.. Perut Kris yang dulunya memboyot terus kempis. Malah lebih kempis dari sebelumnya.. Air muka Kris jelas menunjukkan bahawa dirinya sedang sedih..

Asyraf duduk di kerusi di sebelah Kris. Skru kakinya seakan longgar melihat Kris begitu.

Tangannya jelas menggeletar apabila mahu menyentuh wajah Kris..

"sayang..."
Asyraf mengusap pipi Kris.

"sayang... Bangun.. Bie rindukan sayang... Bie nak minta maaf dekat sayang... Sepatutnya bie dengar dulu apa yang sayang nak cakap.. Ini tak.. Bie terus hukum sayang tanpa tahu hal sebenar.... Bie menyesal sangat.. Bie ego sayang.. Bie kejam.. Sayang.. Please.. Bie rindu sangat dekat sayang.. Lima bulan bie tak dengar sayang gelak.. Dulu sayang selalu gelak. Tu jelah kerja sayang.. Tak gelak, senyum.. Hmmm... Sayang... Dah lebih setahun kita kahwin.. Setahun empat bulan dah kita kahwin.. Tapi.. Kita tak pernah sambut ulang tahun perkahwinan kita.. Dulu bie selalu berangan.. Our first anniversary is the most romantic anniversary ever... Tapi.. Bie kejam kan? Bie jadikan our first anniversary sebagai nightmare buat sayang..  Maafkan bie eh?? Sayang.. Kita hilang anak kita lagi... Bie minta maaf.. Bie tak dapat selamatkan diorang.. Bie tak berkesempatan nak jaga diorang masa dalam perut sayang.. Bie.. Bie tak tengok pon perkembangan diorang... Sayang... Kalau sayang boleh dengar bie... Please.. I'm begging you.. Tolonglah bangun.. Siapa nak masakkan untuk Bie?? Siapa nak pakaikan baju untuk bie?? Please my dear... Bie rindu nak tenung mata sayang.. Mata sayang cantik.. Sayang tahu tak.. Dulu.. Sebelum kita kahwin, bie selalu curi-curi pandang mata sayang... Bie tahu.. Sayang ni bila bercakap, mesti pandang tepat dekat mata orang.. So.. Bie selalu cari pasal dengan sayang.. So that, i can see your beautiful eyes.. And i'm soo lucky sebab sayang jadi hak milik bie.. Setiap pagi bila sayang buka mata, i'm the first person that you see... Tapi dah enam bulan kita tak tidur sekatil.. Bie rindu tau nak peluk sayang... Sayang tak rindu ke?? Kalau rindu.. Bangunlah...... Sayang...."

Asyraf terus-terusan mengusap tangan Kris sambil menangis. Tangan Kris basah dengan air mata Asyraf..

Namun, mata Kris tetap tidak terbuka..

*****

Tiga bulan telah berlalu.. Namun Kris masih tidak sedar lagi.. Sepanjang tiga bulan ini, Asyraf sentiasa setia berada di sisi Kris.. Dia hanya keluar sebentar untuk makan  dan solat.. Tiga bulan juga dia mandi di hospital... Segala urusan pejabat diuruskan oleh Tan Sri Razak dan Adam.. Dia bernasib baik kerana mempunyai sahabat sebaik Adam.. Setiap hari Puan Sri Ayuni akan menghantar dan mengambil pakaiannya..
Sedih hati Puan Sri Ayuni melihat Asyraf. Asyraf tidak berputus asa memujuk Kris untuk bangun..

Dato' Zainuddin masuk ke bilik Kris. Dia melihat Asyraf yang sedang bercakap dengan anak perempuannya. Dia kesian melihat Asyraf.. Saban hari sabar menanti Kris..

"Ash.."

"abah.. Assalammualaikum  abah..."

Asyraf menyalam tangan bapa mertuanya.

"waalaikummussalam.. Ash.. Kamu balik lah dulu.. Biar Bonda dengan abah pulak yang jaga Kris."

"eh.. Tak pe abah.. Ash nak temankan Kris.."

"Ash.. Tak baik kamu seksa diri kamu macam ni.. Tiap-tiap hari tidur atas kerusi.. Tak pe.. Minggu ni kamu berehat je di rumah.. Biar abah, dengan abang-abang dia yang jaga Kris ni.."

"tapi.."

"Ash.. Jangan risau.. Kami akan jaga Kris elok-elok.. Kamu balik ye nak??"

Dato' Zainuddin memujuk Asyraf.

"Hmm.. Kalau itu kata abah.. Okay.. Tapi Ash balik rumah sekejap je.. Lepas tu Ash datang sini balik.."

"hhmm..okay.."

"sayang.. Bie balik sekejap tau.. Bie nak potong semua rumput dekat muka ni.. Kang nanti kalau sayang sedar terkejut pulak sayang tengok ada gorila dekat sebelah.. Hehe.. Okay sayang.. Bye.. Assalammualaikum.."

Asyraf berbisik di telinga Kris. Dia kemudiannya mencium dahi Kris.

Asyraf kemudiannya bersalaman dengan mertuanya sebelum pulang ke rumahnya dan Kris.

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now