"Yup"balasku dengan senyuman.

"Eyy kau niiiii"Haris menjeling tajam ke arah aku.

"Sudah la. Sambung makan. Jangan gaduh"kata Dato Zasran.

Aku dah Haris berhenti gaduh.Suasana terus menjadi sunyi.
---------------------------------------------
Selepas makan aku memberi makan kepada Manny iaitu kucingku.

Aku memeluk Manny sebelum meletakkannya di dalam sangkar.

Aku berjalan ke arah ruang tamu. Kelihatan Haris sedang menonton tv.

Aku duduk di sebelah sebelah Haris.

"Eh siapa suruh kau duduk situ"kata Haris.

"Suka hati saya la. Saya pun nak tengok tv jugak"balasku. Kedekut betul!

"Pastu takde tempat lain ke kau nak duduk? Sofa kat sini ada satu je ke?"balas Haris.

"Eghhhh"balasku. Aku terus pindah ke sofa yang lain.

"Pandai pun"kata Haris.

Haris membuka tv cerita hantu. Aku sebenarnya takut cerita hantu tetapi aku memberanikan diri juga untuk tengok cerita hantu.

Aku tutup muka apabila ada adegan seram.

"Kau takut hantu eh?"kata Haris.

"Diam laaa.."balasku. Kenapa la dia perlu sebut perkataan hantu tu. Aku dah la tengah seram sejuk sekarang ni.

"Kau tau tak.. Kat rumah ni kan.. Malam-malam setiap pukul 3 pagi.."belum sempat Haris menghabiskan ayatnya aku menutup telingaku.

"Senyaplaaaaaaaaaa"kataku. Haris ketawa dengan kuat.

"Aku tak sangka kau ni penakut juga kan. Ingatkan berani sangat"balas Haris.

"Tukar la channel pleaseee"kataku. Aku tidak sanggup lagi menonton cerita hantu itu.

"Taknak. Aku nak tau apa ending dia. Kalau tak suka pergi la naik tidur"balas Haris.

Aku ingin naik ke atas tetapi aku tidak berani naik berseorangan.

"Takpe la saya tunggu awak naik"balasku.

"Suka hati kau la. Aku naik lambat lagi"balas Haris sambil menyedut coke.

"Aduhai dia ni lambat lagi pulak naik..."bisikku.

"Haris.."panggilku.

"Apa?"balas Haris pendek.

"Boleh tak saya duduk sebelah awak? Saya tak boleh la. Saya rasa macam ada orang je sebelah saya. Pleaseee"pujukku.

"Ee kau ni banyak hal betul la. Duduk je la sini! Tapi jangan buat bising"kata Haris.

Aku terus duduk di sebelah Haris. "Fuhh lega.."

Aku menguap. "Kenapa la aku rasa mengantuk sangat sedangkan petang tadi aku tidur lama gila.."

Mataku tidak tahan lagi untuk menonton tv. Dengan tidak sedar aku sudah terlelap dan dibuai mimpi.
---------------------------------------------
Matahari memancar masuk ikut tingkap.

Aku tersedar. Terasa badanku berbaring atas sesuatu.

Aku membuka mata dengan perlahan. Aku menoleh ke sebelah kanan. Wajah Haris sangat dekat dengan diriku.

Aku cuba untuk tidak terkejut dan mendiamkan diri agar Haris tidak sedar.

Aku sempat memerhatikan wajah Haris.

"Betul la.. Dia ni kalau masa tidur memang handsome betul. Nampak macam innocent gila!! Badan dia pun still wangi lagi. Pelik la dia ni pakai perfume 24 jam ke?"bisikku.

Aku cuba bangun dengan perlahan-lahan.

Tiba-tiba Haris menarik tanganku sehingga aku terbaring di atas sofa. Haris pula berada betul-betul di atas aku sambil tersenyum sinis.

Jantungku berdegup dengan sangat pantas. Wajah Haris sangat dekat dengan aku.

Kenapa dia suka sangat buat macam ni kat aku...

Bad Boy Is My Classmate And My Husband?Where stories live. Discover now