Bab 1

68.9K 2.9K 136
                                    

Isnin, 12 januari, 5.50a.m. Welcome to schoo(hel)l. Aku tak benci sekolah malah aku suka sekolah. Siapa je tak suka bila korang boleh lepak dengan kawan-kawan,gossip 24 jam. Tapi bila sekolah start seawal pukul 7.30 pagi aku rasa nak terjun dari tingkat 13. Aku terbaca satu fakta sains di internet mengatakan otak kita akan berfungsi sepenuhnya pada pukul 10 pagi tetapi mengapa sesi pembelajaran pada seawal itu masih dilakukan? *sigh*

Hai, nama aku Emma Qistina bt Zafry hadi. Pada tahun ini aku berada di tingkatan 5 Alpha *yay dah nak habis sekolah*.Kedua ibu bapa aku telah meninggal dunia sejak aku kecil and aku anak tunggal.Sekarang aku tinggal bersama pak cik aku, Dato' Adry hadi. Dia memiliki sebuah syarikat yang besar dan dia seorang yang baik hati,rajin,rendah diri. Dia sudah menjaga aku sejak aku berumur 5 tahun dan aku memanggilnya papa.Papa pernah berkahwin tetapi isterinya meninggal dunia semasa aku berumur 8 tahun.

Kami tinggal di rumah banglo rekaan papa sendiri.Rumah itu sangat cantik dan luas.Kami tinggal berlima di rumah itu. Aku,papa,Mak Leha(orang gajiku),Pak Samad(driver) dan Manny(kucingku hehe).

Hari ini hari pertama sekolah selepas dua bulan bercuti. I'm not excited at all. Sebab yang pertama, Jasmin iaitu a.k.a bff aku lain kelas dengan aku huaaa. Selama 4 tahun kami sama kelas berpisah juga *cries*. Sebab yang kedua, aku tak tau nak duduk dengan siapa haih.Sebab yang last sekali tahun ni aku SPM!

Aku bersiap-siap memakai baju uniform sekolah dan mengikat rambutku dengan ribbon merah. Tahun ini aku berazam nak score dalam setiap exam amin!.

"Paaaaa, Emma dah siap" aku menuruni tangga lalu duduk di sebelah Papa yang sedang menghirup kopi panas.

"Emma dah besar ya.Tahun  ni SPM jangan lupa ya. Belajar rajin-rajin.Dengar cakap cikgu.Kalau ada sesiapa kacau Emma bagitau Papa nanti Papa smack down dia" aku ketawa kecil.

"Pa, Emma dah besar lah. Emma pun boleh smack down orang tu. Emma kan belajar seni mempertahankan diri"balasku.

"Eh ye tak ye juga!Papa lupa pula hahaha..."Papa ketawa.

"Jom lah papa nanti Emma lambat"aku menarik tangan Papa.
---------------------------------------------
Aku menjejak kaki ke pagar sekolah selepas Pak Samad menurunkan aku di depan pagar sekolah. I hope this year will be much better than last year.

Tahun ini aku senior tetapi kenapa sekeliling aku ramai yang berwajah matang? Ke muka aku yang tak matang-matang?...

Aku duduk di tempat yang biasa aku dan Jasmin berkumpul.Terlihat Jasmin sudah menunggu aku.

"Jasmin!" aku terus memeluk Jasmin."Rindunya huaaaa.

"Kenapa kita tak sama kelas" tanyaku.

"Kau lah pandai sangat sampai naik 3 kelas.Aku stay je weh haih"balas Jasmin.

"Okay lah tu aku lebih rela stay dari masuk kelas yang aku tak kenal pun siapa"aku mengeluh.

"You will be fine Emma"balas Jasmin. I hope so..
---------------------------------------------
Aku menjejak kaki ke kelas 5 Alpha. Semua pelajar memandangku.

Awkwarddd..aku terus berjalan dan duduk di meja kosong. Semua pelajar kelihatan terkejut apabila aku duduk di situ. Tak sekarang ni apa masalah diaorang ni? Aku ada bunuh orang ke eyy.

"Hai, Emma kan?"sapa seorang pelajar perempuan yang manis dengan senyuman Aku rasa nama dia Dahlia.

"Hai. Aah saya Emma. Awak Dahlia kan?"balasku dengan senyuman.

Dahlia tersenyum."Emm, awak betul ke nak duduk situ?"soal Dahlia.

"Kenapa?Saya suka duduk belakang sebelah tingkap.Boleh tidur hehe"gurauku.

"Well sebenarnya tempat tu.." belum sempat Dahlia menghabiskan katanya seorang pelajar lelaki mencelah perbualan kami. Badannya tinggi,kulitnya putih wahh mengalahkan perempuan dan bibirnya lebam. Gaduh ke

"Ni tempat aku"kata lelaki itu sambil merenung tajam ke mata aku.Huish meremang bulu roma.

Bad Boy Is My Classmate And My Husband?Where stories live. Discover now