Krisue ;

3.6K 387 458
                                    


9/3/2015 . Ah, ahad yang menenangkan. Hari ahad yang melegakan. Hari yang indah untuk sekeluarga menikmati udara segar nyaman bak mentos. Hari cuti hujung minggu yang terakhir sebelum kembali bekerja pada keesokan hari. Segalanya lengkap pada hari Ahad dengan semangkuk bertih jagung dan air berkarbonat di sisi sambil menonton filem di kaca tv.

Ini apa yang manusia normal seperti kita lakukan kecuali siput babi pada hari Ahad.

Tetapi , segala aktiviti ini apa yang adik beradik Kris impikan sejak sebulan yang lepas. Sebulan lepas dimana kembalinya Kris ke tanah airnya selepas berjaya menamatkan pelajaran di Kanada.

Sebulan lepas di mana Kris tidak tahu pangkal jalan lidahnya untuk berbahasa kebangsaan. Sebulan lepas di mana adik beradiknya terpaksa menterjemah setiap bait bait perkataan.

Sebulan lepas di mana setiap hari hari cuti mereka kini terganggu.

Tao sedang menonton siri animasi kegemarannya yang terhad yang hanya disiarkan setahun sekali apabila Kris, manusia yang panjangnya kaki buluh datang duduk di sebelahnya di atas sofa.

"What are you warching ? Ha-gey-marr-uh. Wow" Kris mengambil alat kawalan jauh tv yang tersadai elok di atas meja ruang tamu.

Sesaat, dia mengerutkan dahinya seribu.

"Ini HAGEMARU. Sorry, tak ada subtittle english." Tao menjeling lalu merampas kembali alat kawalan jauh dari tangan si mamat kaki buluh tersebut.

"Uh fine." Kris mengangkat tangan tanda menyerah sambil mengeluarkan Iphone 6 dari poket seluarnya.

Selama 10 minit, mereka berdiam diri melakukan hal masing masing tanpa bercakap.

"Hey Zi!" Kris memanggilnya.

"Humm" Tao hanya mengeluarkan bunyi kerana matanya telah pun digam ke dalam siri animasi tersebut.

"What is chem-burru?"

Dan ya, sesi soal jawab dari Kris akan dimulakan.

"Jealous" Tao menjawab pendek. Malas ingin menerangkan dengan lebih lanjut kerana Kris hyungnya mungkin sudah terlebih pandai.

"Hyung not jealous. I'm asking ." Kris mengangkat kening kanannya.

"Uh cemburu means jealous! " Tao membalas dengan lebih tegas dan berharap agar Kris tidak mengacaunya menonton siri animasi yang terhad!

"Thanks."

"Zi..." Sekali lagi, Kris memulakan perbualan yang tergantung.

"Yea" Pendek dan ringkas pada pandangan Tao tapi ini cukup untuk membalas panggilan Kris.

"What Marta Karun means?"

"Harta Karun ? It is a treasure."

"But why those people call her?'"

"Great. It was Maya Karin. She's an actress. So hyung boleh tak berhenti bertanya kerana saya tengah menonton ! Ini limited edition!" Dengan tegas, Tao menunjukkan skrin LCD tv di hadapan mereka.

"Alright!"

"Zi.."

"Okay what? Nak tanya apa maksud galaksi ? Its galaxy!" Tao melepaskan geramnya yang bersarang kerana tumpuannya sudah terganggu.

"Um nope! How you're gonna say 'how sweet of you?' " Kris menunjukkan skrin Iphone 6 nya.

Tao mengagak bahawa Kris sedang berbual di media sosial dan tersenyum sinis.

"Hyung mengorat perempuan melayu lagi? Gosh!" Tao meraup mukanya beberapa kali.

"Why? Is it wrong?"

Bahasa Rojak KrisWhere stories live. Discover now