[16]

573 54 2
                                    


"Assalamualaikum Along! Eh, Abang Syah pun ada?" Hanni melangkah masuk ke dalam kereta di tempat duduk belakang.

"Haah. Harini Abang Syah kau ni baik pulak hati nak amik kau balik sekolah." kata Hannah sambil melirik ke arah Syah.

"Eh.. abang hari-hari baik hati. Kalau boleh, hari-hari abang nak amik Fira. Tapi, Along yang tak kasi.." Syah meneruskan pemanduan sambil bercakap. Hannah menjeling Syah. Hanni ketawa kecil.

"Fira okey ke kat sekolah? Study macam mana?" tanya Syah memecah kesunyian.

"Okey je bang." balas Hanni.

"Fira, kalau nak apa-apa, bagitahu abang tau. Jangan bagitahu Along." Syah berbisik pada Hanni ayat yang terakhir.

"Ha.. apa yang bisik-bisik tu?" tanya Hannah dengan nada garang.

"Rahsia!" balas Syah dan Hanni serentak. Hannah mencebik.


"Abang, terima kasih amik Fira harini. Malam ni Fira masakkan special untuk abang." Hanni tayang sengih. Syah menunjukkan tanda 'ok'.

"Amboi, amboi. Along dah macam tunggul kat sini.. Mana Fira tahu Syah nak makan malam kat rumah kita harini?" Hannah buat muka merajuk. Syah dan Hanni ketawa kecil. Hanni merangkul erat leher Hannah.

"Fira tahu masa call mak tadi. Along tak nampak ke Fira tengah amik hati bakal abang ipar Fira ni? Kenalah buat baik kan.. Hehehehe.. Terima kasih, Abang Long sudi amik Fira tadi..!" Fira sengih sambil masuk ke dalam rumah setelah memberikan salam.

Syah dan Hannah terkedu.

"Err.. Fira, kirim salam kat mak!" laung Hannah dari dalam kereta.

"Err.. jomlah gerak Syah. Lama pulak dorang tunggu kita nanti." kata Hannah janggal sebelum Syah cepat-cepat meneruskan pemanduan.

2 part je saya update harini sebab part selepas ni belum siap sepenuhnya .. Sorry guyss :( 

Till we meet again, see ya!

Han's HeroesWhere stories live. Discover now