Part 2

27.1K 287 2
                                    

"Nira aku rasa kita ada masalah" kata Keisya dengan tiba-tiba . Nira memandang ke arah Keisya. "Apa?" tanya dia. Keisya memandang ke arah Nira dengan wajah serious. "Lelaki ni tak bawak dompet langsung" kata Keisya. Nira mengerutkan dahinya. "Tak mungkin lah.. gila ke apa lelaki pakai sut mahal macam ni tak bawa dompet" kata Nira sambil memerhati keadaan lelaki itu. "Maybe he's an idiot" kata Keisya dengan nada yakin. Kau lah yang idiot kata Nira dalam hati tidak mampu untuk luah di hadapan kawannya itu. Dia kemudian menarik baju kemeja lelaki itu ke atas dengan kasar untuk melihat keadaan badannya. Keisya di belakang mula panik. " Woah Nira ! Kau buat apa!? Aku tak nak kena tangkap sebab gangguan seksual !" kata Keisya dengan panik namun Nira memekakkan telinganya. "Diamlah. Tengok ni kat badan dia penuh lebam. Mesti dia kena rompak dalam keadaan mabuk ni" kata Nira. Keisya yang sedang menutup matanya dengan tapak tangan mula mengintip sedikit untuk tengok badan lelaki itu yang oh my god dia ada six pack abs! Wajah Keisya mula merah padam. Nira yang pelik apabila tidak mendengar reaksi dari kawannya mula menoleh dan tersenyum melihat kawannya berwajah merah. Dia kemudian tutup semula badan lelaki itu dengan baju.

Nira bangun dan memandang kawannya. "So sekarang kau yakin ke nak biar lelaki ni dekat sini?" tanya Nira. Keisya mengangguk. "Terpaksa lah dah kalau dia id pun tak ada" katanya . Nira mengangguk sambil membetulkan kedudukan lelaki itu di sofa. "Oh dan aku rasa esok aku tak pergi kerja kot. Tak ada sapa jaga laki ni" kata Keisya lagi. Nira memandang ke arah lelaki itu kemudian ke arah Keisya . "Suka hati kau lah Keisya tapi jangan lupa letak ais dekat lebam dia tu" terang Nira sambil tersenyum sinis melihat wajah Keisya mula menjadi merah padam. "Okay lah aku pergi dulu. Esok pagi kau call aku terus tau. Nak tahu kau hidup lagi ke tak lepas bermalam dengan lelaki ni" usik Nira . "Nira!" jerit Keisya dengan reaksi panik . Nira ketawa sambil berjalan ke arah pintu . "Bye!" jerit Nira lalu keluar dari rumah itu. Keisya mengeluh lalu memandang ke arah lelaki yang masih lagi tidak sedarkan diri itu.

Satu jam kemudian , Keisya selesai membersihkan sedikit muka dan tangan lelaki itu dan letak ais di bahagian perutnya yang lebam itu dengan wajah yang merah padam sebelum dia menyelimutkan lelaki itu dengan selimut tebal. Dalam keadaan mengantuk dan penat Keisya menghantar mesej kepada boss nya dan mula masuk ke dalam bilik. Pintu bilik itu dikunci demi keselamatan dan dia terus tertidur di atas katilnya.

_

Keisya mengerutkan dahinya apabila mendengar bunyi telefon bimbitnya sedang berdering dengan kuat . Keisya membuka matanya dan melihat keadaan di luar sudah pun cerah menandakan sudah waktu pagi. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mengerutkan dahi melihat Nira menelefonnya. "Hello" jawab Keisya dengan suara serak . "Hello my bestie! Kau hidup lagi yeay ! So apa jadi kat lelaki hot yang kau bawa semalam?!" tanya Nira dengan riang. Keisya mengerutkan dahinya. "Lelaki mana ni?" tanya Keisya dengan keadaan mamai. Kedengaran Nira mengeluh dengan kuat. "Semalam kau langgar lelaki then kau bawak dia balik sebab kononnya tak nak masuk penjara. Does that ring a bell? " tanya Nira. Keisya dengan pantas bangun . "Ugh aku lupa pasal dia. Kejap aku pergi check" kata Keisya sambil bangun dari katil untuk ke tandas. "Aku datang rumah kau kejap lagi ! Tunggu aku ya!" kata Nira lalu mematikan panggilan. Keisya meletakkan telefonnya di meja sebelum pergi ke tandas untuk mandi dan bersiap jumpa lelaki itu dengan harapan dia sudah sedar.

Selesai bersiap Keisya keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu. Nampaknya lelaki itu sudah pun bangun dari mimpi lenanya semalam. Dengan tiba-tiba Keisya jadi panik dan takut. Keisya datang ke arah lelaki itu yang nampak dalam keadaan terpinga-pinga dengan situasinya sekarang. "Hai.." tegur Keisya dengan perlahan, tidak mahu terkejut kan lelaki itu. Lelaki itu mengerutkan dahinya. "Kau siapa? Aku kat mana ni?" tanya lelaki itu . Keisya mengangkat keningnya orang Melayu gak rupanya dia ni bisiknya di dalam hati. Keisya menggaru kepalanya.

"Err saya Keisya, semalam.. saya jumpa awak terbaring kat tengah jalan so saya bawa awak ke rumah saya sekarang ni. Saya dah cuba cari id awak tapi tak jumpa" terang Keisya separuh menipu separuh jujur. Lelaki itu mengerutkan dahinya seperti sedang berfikir. Pintu rumah diketuk mengganggu perbualan mereka seketika. Keisya membuka pintu dan kelihatan Nira sedang tersengih di depan pintu. "You alive !!" jerit nya dengan nada sindir. Keisya memuncungkan mulutnya dan memberi ruang untuk Nira masuk. Nira kemudian memandang ke arah lelaki yang sedang kebingungan itu . "Oh you awake?! Hello nice to meet you! I'm Nira" tegur Nira . "Dia Melayu Nira" kata Keisya. Nira membesarkan matanya mendengar info terbaru itu. "Oh wow. Okay..emm..macam mana keadaan awak sekarang? Okay?" tanya Nira. Lelaki itu memandang ke arah Nira dengan wajah pelik . "Badan aku sakit sikit . By the way thanks lah selamatkan aku terbaring kat tengah jalan semalam" kata lelaki itu sambil tersenyum kecil ke arah Keisya. Nira mengerutkan dahinya dengan keliru. "Siapa selamatkan siapa? Terbaring tengah jalan?" tanya Nira dengan keliru. Lelaki itu tersenyum ke arah Nira . " Keisya kata dia nampak aku terbaring kat tengah jalan semalam tu yang dia bawak balik sini" terang lelaki itu. Nira mengangkat keningnya dan memandang ke arah Keisya yang sudah pun melarikan pandangan ke arah lain untuk elak daripada disoal . "Oookay..." kata Nira sambil cuba menahan gelak.

"Anyway siapa kau? Sebab kita orang tak dapat cari id kau langsung" terang Nira. Keisya hanya mengangguk di belakang. Lelaki itu kemudian mengerutkan muka. Lama. Dia kemudian mula pucat dan memandang ke arah Keisya dan Nira. "Aku tak ingat nama aku" katanya.

"Oh come on ! tak boleh cliché lagi ke benda ni!" rungut Nira dengan kuat.

Satu Malam Di New YorkWhere stories live. Discover now