Part 1

36.3K 317 6
                                    

Jam pukul 3 pagi New York City . Keisya yang sedang memandu setelah seharian dia berada di ofis demi menyiapkan kertas projek yang akan dia bentangkan pada hari lusa, mengeluh kepenatan. Walaupun sudah pukul 3 pagi , namun di bandar itu masih lagi meriah dan penuh dengan manusia di setiap kedai dan pejalan kaki. Ada beberapa sekumpulan orang muda yang dalam keadaan mabuk berdiri di tepi jalan sambil menyanyi dengan kuat. Keisya mengerutkan mukanya , benci melihat perangai mereka yang mabuk dan mengganggu ketenteraman awam . Keretanya kemudian dilajukan untuk cepat beredar dari kawasan itu sebelum dia belok di satu simpang. Tiba-tiba satu kelibat berlari ke tengah jalan raya iaitu di hadapan kereta Keisya membuatkan Keisya menjerit sambil memijak pedal brek dengan pantas. Nampaknya tindakan Keisya itu tidak cukup pantas apabila lembaga itu dilanggar kuat olehnya sehingga tergolek di jalan raya.

Keisya menarik brek tangan dalam keadaan tangan yang mengigil. "Oh god..apa aku dah buat ni" kata Keisya dengan panik dan mula keluar dari kereta. Dia berjalan ke hadapan keretanya dan melihat seorang lelaki memakai sut sedang terbaring di jalan. Keisya kemudian memandang sekeliling jalan itu dan mendapati hanya dia dan belum pasti mayat atau tidak lelaki itu sahaja. Keisya mendekati lelaki dan menendang perlahan bahunya . Tiada pergerakan. Keisya mula panik dan air mata mula bertakung di matanya. Dia kemudian mencangkung dan memeriksa nadi lelaki itu. "Oh!" reaksinya apabila mendapati lelaki itu masih hidup. Keisya kemudian melihat wajah lelaki itu secara dekat. Handsome..

Dia kemudian mengetuk kepalanya sendiri apabila terganggu seketika. Mukanya kemudian berkerut apabila dia bau arak di badan lelaki itu. "Yuks" katanya dengan muka berkerut. Keisya kemudian terdengar suara beberapa orang sedang ketawa dari arah jauh membuatkan dia panik . Dia kemudian mula membuka pintu belakang keretanya dan menarik badan lelaki itu masuk ke dalam keretanya. Nevermind the fact that baju sut tu mungkin berharga sampai cecah ribuan. Yang penting sekarang dia perlu selamatkan diri dia dan lelaki itu. Dia tak mahu masuk penjara sebab melanggar orang.

Keisya memandu laju ke rumah teresnya dan saat itu Keisya bersyukur rumahnya bukan rumah apartment. Peluh ketiak kena angkat lelaki itu. Keisya mengangkat lelaki itu dengan meletak tangannya di atas bahu . Dengan menggunakan segala tenaganya akhirnya dia berjaya membawa masuk lelaki itu ke dalam rumahnya. Lelaki itu kemudian di campak ke atas sofa kerana dia tidak tahan dengan bau arak.

Keisya kemudian mendial nombor kawannya untuk meminta pertolongan. "Hello ? Nira? Yes I know its freaking 4 am right now but I need your help! Please I beg you!" rayu Keisya . "What if aku cakap yang kat rumah aku ada lelaki sekarang ni? Nira? Hello?" panggil Keisya apabila panggilan dimatikan secara tiba-tiba. Keisya mengeluh lalu mendekati lelaki yang masih lagi sedang pengsan itu. Dia meneliti badan dan kepala lelaki itu untuk melihat jika ada luka atau darah tapi tidak menjumpai apa-apa. " Wow.. power mamat ni kena langgar tak ada pun darah" kata Keisya seorang diri .

Baru sahaja dia hendak ke dapur untuk mengambil minuman tiba-tiba pintu rumahnya diketuk kuat . Keisya berlari ke arah pintu itu dan membukanya . Kelihatan Nira dengan wajah yang bengis dan masih lagi memakai baju tidur itu sedang memandang ke arahnya. "Explain" arah Nira sambil masuk ke dalam rumah dan matanya membesar melihat lelaki tidak dikenali sedang terbaring di atas sofa. "Lajunya kau sampai" kata Keisya sambil menutup pintu . Nira menjulingkan matanya ke atas . " Rumah aku jarak tiga rumah je dari rumah kau" kata Nira dengan nada malas sebelum memeluk badannya dan memandang ke arah Keisya. "Explain kat aku kenapa ada lelaki pakai sut kat rumah kau?"

Keisya menggaru kepalanya. "Em.. aku langgar dia" terang Keisya. Mata Nira membulat. "What?! kau langgar dia?! Dah tu kau bawa dia ke sini sebab apa?!" tanya Nira dengan nada panik. Keisya memandang ke arah Nira dengan penuh serba salah. "Aku takut kena masuk penjara nanti sebab langgar dia. Lagipun aku panik and seorang diri time tu" terang Keisya lagi seperti budak kecil yang dimarahi oleh ibunya. Nira mengurut dahinya sambil cuba untuk menenangkan diri. "Kau tak check id dia ke ? Nama dia alamat dia ke apa?" tanya Nira lagi. Keisya memandang Nira dengan wajah bercahaya. "Great ideaaa" katanya lalu berjalan lelaki itu untuk mencari dompet. Nira ternganga melihat kawannya itu. "Kau langsung tak terfikir idea tu dari tadi ke?" tanya Nira dengan riak terkejut sambil melihat Keisya sedang berusaha menepuk bahagian poket di seluar lelaki itu . "Nope" jawab Keisya. Nira memicit lagi dahinya melihat perangai kawannya itu.

Satu Malam Di New YorkWhere stories live. Discover now