BAB 17 - Mari Ke Hospital

Start from the beginning
                                    

"By the way, tadi apa yang jadi? Macam mana kaki awak boleh luka kena kaca?" Soal lelaki itu.

Sarah Eryna menggigit bibir. 'Aduh! Apa nak jawab ni? Takkan nak cakap benda betul? Eh, no, no! Ah, bantai jelah!' Dia menggeleng-gelengkan kelalanya beberapa kali.

Lelaki itu yang sedang memerhati gelagat Sarah Eryna berasa hairan. Dia tergelak kecil apabila Sarah Eryna sibuk dengan dunia ciptaannya. "Excuse me, miss. Kenapa awak geleng kepala sorang-sorang ni? Are you okay?"

Terus lamunan Sarah Eryna mati. "Hah? Apa dia? Sorry, saya tak perasan tadi. Err... Apa awak tanya tadi eh?" Dia menundukkan wajahnya. Malu akan kecuaiannya di hadapan lelaki itu.

"I ask you, macam mana kaki awak boleh luka? Apa yang dah terjadi?" Soal lelaki itu sekali lagi sambil tersenyum manis.

Sarah Eryna terdiam seketika. Merangka ayat terbaik bagi jawapan lelaki itu.

"You know what, kalau awak tak nak cerita pun tak apa. Saya faham" ujar lelaki itu sopan.

"Sebenarnya tadi saya tengah menyanyi. Tengah syok-syok nyanyi tu, saya tak perasan hiasan kaca ada dekat sebelah saya. Tangan saya tertepis hiasan kaca tu. Habis jatuh. Masa saya nak sapu tu, kaki saya terpijak serpihan kaca. Tu yang boleh jadi macam ni" terang Sarah Eryna panjang lebar dengan cerita rekaannya.

Lelaki itu tergelak kecil sekaligus menunjukkan sebaris gigi putihnya. Lucu dengan punca luka di kaki Sarah Eryna. 'Menarik' getus hatinya.

"Janganlah gelakkan saya. Malu saya" muncung Sarah Eryna.

"Okey, sorry-sorry. Tapi lawaklah. Awak menyanyi lagu apa masa tu? Khusyuk betul" gelak lelaki itu lagi.

"Saya menyanyi lagu metal. Tu masa tengah beraksi tu, tangan tertepis hiasan kaca tu" Sarah Eryna turut tergelak. Lucu pula alasannya itu. Kalaulah lelaki itu tahu punca sebenar, buat malu sahaja. Lebih baik jangan.

"Cik Sarah Eryna!" Jerit seorang doktor perempuan.

Terus Sarah Eryna menoleh ke arah doktor tersebut. "Awak, doktor dah panggil saya. Awak nak ikut sekali ke?" Soal Sarah Eryna lembut.

Lelaki itu turut berdiri. "Eh, mesti. Kan saya yang bawa awak datang sini. Jom" Lelaki itu mendahului Sarah Eryna ke bilik pemeriksaan.

Dari belakang, Sarah Eryns hanya tersenyum indah. 'Indahnya penangan cinta. Zass... Terus masuk ke hati. Ah!' Hati Sarah Eryna mengomel.

DOKTOR JULIA sedang mencatat sesuatu di atas kertas pemeriksaannya. Seusai itu, dia memandang wajah Sarah Eryna sambil tersenyum manis. "Cik Sarah tak apa-apa. Cuma luka Cik Sarah dalam. Cik Sarah kena sapu ubat ni mengikut jadual untuk cepat sembuh. Buat sementara ni, Cik Sarah jangan banyak jalan ye?" Pesan Doktor Julia.

Sarah Eryna membalas senyuman Doktor Julia lalu kakinya yang sudah dibalut dibelek-belek. "Baik doktor. Terima kasih ye doktor"

Lelaki di sebelah Sarah Eryna turut tersenyum ke arah Doktor Julia. "Terima kasih ye doktor" ujarnya sopan.

Doktor Julia memandang Sarah Eryna dan lelaki itu bersilih ganti. "Kamu berdua ni suami isteri ke? Bagai pinang dibelah dua. Dua-dua sama cantik dan kacak" puji Doktor Julia.

Wajah Sarah Eryna membahang. Dia menundukkan wajahnya. 'Dia kata aku sama padan dengan lelaki ni? Ahh... Naik gila aku macam ni!' Jerit hati kecilnya.

Lelaki di sebelah Sarah Eryna tersengih sumbang. "Eh, tak adalah doktor. Kami kawan je. Tapi harap-harap jadi suami isteri lah nanti" ujar lelaki itu selamba.

Wajah Sarah Eryna semakin membahang apabila lelaki itu mengatakan seperti itu. Malu!

"TERIMA kasih tau awak, sebab tolong saya. Kalau awak tak ada tadi, saya tak tahulah macam mana saya nak jalan dan bawa kereta sampai sini" ujar Sarah Eryna ketika lelaki itu sedang memandu untuk menghantarnya ke rumah.

Lelaki itu menoleh sekilas ke arah Sarah Eryna sambil tersenyum. "Sama-sama kasih. Tak apa, lagipun dah tanggungjawab sesama jiran"

"Awak, nama awak apa ye? Awak dah tahu nama saya. Tapi saya tak tahu pun nama awak apa" sejurus itu, Sarah Eryna terus memalingkan wajahnya ke arah cermin kereta. Malu dengan keberaniannya menyoal. 'Hesh, kenapa dengan kau ni Ery? Kau tak pernah malu-malu kucing macam ni' omel hatinya.

"Ha, tanya pun. Saya tunggu awak untuk tanya je tadi" lelaki itu tergelak kecil apabila melihat gelagat malu-malu kucing Sarah Eryna.

Sarah Eryna yang mendengar ujaran lelaki itu hanya mampu menggigit bibir bawahnya. Pipinya usah dicakap, sudah membahang. Malu sangat!

"Okey, perkenalkan. Nama saya, Nawal Haziq"

Sarah Eryna memaling wajahnya kembali ke arah lelaki itu.

"Awak nak panggil saya Nawal boleh, Haziq pun boleh. Or... You wanna call me yours pun boleh" Nawal Haziq mengenyit sebelah matanya ke arah Sarah Eryna.

Sarah Eryna menggeleng-geleng kepalanya laju."Eh, err... Tak apa, saya panggil awak Haziq je" balas Sarah Eryna.

Nawal Haziq tergelak kecil. "Cutelah awak ni. Awak tahu tak yang awak ni sebenarnya kelakar? Sepanjang saya dengan awak, saya asik senyum dan gelak je" dia menoleh sekilas ke arah Sarah Eryna.

"Tak tahu" balas Sarah Eryna ringkas. Dia malu untuk berbicara dengan lebih panjang dengan lelaki itu. Wajahnya sudah tidak dapat ditahan lagi bahangnya. Mahu sahaja dia sorok mukanya di bawah tempat duduk itu.

"Ha, tu lah saya bagitahu awak ni. Tak pernah ada orang cakap awak kelakar ke?" Ujar Nawal Haziq lagi.

Sarah Eryna menggeleng laju. Dia memalingkan wajahnya sekali lagi ke arah cermin kereta. 'Malunya...!'

Beberapa minit kemudian, Nawal Haziq menekan pedal dan memalingkan tubuhnya ke arah Sarah Eryna. "Baiklah tuanku permaisuri Sarah Eryna, patik sudah bawa tuanku permaisuri ke rumah tuanku" ujar Nawal Haziq dengan gaya percakapan raja-raja.

Sarah Eryna menampar bahu kiri Nawal Haziq. "Eh, awak ni. Tak payah perli-perli saya ye. Thanks sebab hantarkan saya"

"Your welcome. By the way... Awak tak nak bagi nombor telefon awak dekat saya ke? Nanti kita boleh mesej-mesej, tanya khabar, rancang kahwin..."

"Eh, dah-dah. Tak payah nak mengada ye. Awak jiran saya je pun. Hari-hari dapat jumpa. Okeylah, bye! " pintas Sarah Eryna sebelum Nawal Haziq semakin melalut. Nanti dia juga yang malu.

Nawal Haziq mencebik. "Alaa... Yelah, bye!" Dia memerhati langkah Sarah Eryna sehingga ke dalam rumah. Sejurus itu, dia terus ke rumahnya. Dekat, jiranlah katakan.

Di belakang pintu, Sarah Eryna sudah memegang dadanya. 'Dup-dap dup-dap je bila tengok muka dia. Aku daj jatuh cinta dengan dia ke? Eh, takkan lah? Aku kan suka Amsyar?' Omel hatinya.

'Eh, mana boleh! Amsyar kan dah ada bakal isteri? Kau kejar aje lah mamat sebelah rumah kau ni. Buat apa nak rampas bakal suami orang?' Balas suara hatinya yang lain.

'Bakal suami je pun! Sebelum ni kau tak kisah pun kejar bakal suami orang. Kali ni kenapa kau kisah sangat?'

"Sebab aku dah jatuh cinta dengan mamat sebelah rumah aku ni! Ahh!" Jerit Sarah Eryna sekuat hati. Dia malas mahu berbalah dengan hatinya sendiri. Dia menekap tangannya didada sambil tersenyum lebar. "Indahnya cinta-MU!"

Nawal Haziq yang masih tercegat di hadapan pintu rumahnya ketawa terkekek-kekek sambil menutup mulutnya apabila mendengar jeritan Sarah Eryna. Tidak mahu Sarah Eryna yang berada di dalam rumah mendengar ketawanya. Kantoi nanti!

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now