Bab 1

14.9K 291 4
                                    


"Apa kamu kata, Nuqman? Kamu nak kahwin? Bila?"

Mercerlang mata Datuk Iffan mendengarkan penjelasan anak bujangnya ketika mereka bersantai di hadapan televisyen pada malam itu.

"Bulan depan." Serentak dengan itu Datuk Iffan berdiri tegak menghadap Nuqman Hakim sambil bercekak pinggang.

"Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni, Nuqman? Kamu belum habis belajar lagi sudah sibuk nak kahwin. Kamu nak bagi budak Zara tu makan apa nanti?"

Datin Zahrah yang tadi hanya jadi pemerhati, kali ini bangun menenangkan suaminya. Bimbang tekanan darahnya meningkat secara mendadak selepas mendengar perkhabaran itu.

"Abah, pengajian Nuqman tinggal setahun saja lagi. Lepas ni, Nuqman akan bekerja dengan abah. Zara pula sekarang dah habis belajar, tengah tunggu panggilan kerja. Insya-Allah, tak akan timbul masalah tentang hal makan dan pakai ni." Tenang sahaja Nuqman menjawab.

"Bukan abah nak halang kamu kahwin, tapi sekurang-kurangnya habiskan pengajian kamu dulu. Kamu tu lelaki. Kamu yang patut tanggung Zara. Bukan dia!" Sedikit tegas kata-kata Datuk Iffan kali ini. Sungguh dia tidak percaya yang Nuqman akan membuat keputusan sebegitu. Nuqman anak yang baik, mengikut kata. Tapi mengapa tiba-tiba?

"Betul kata abah tu, Nuqman. Tak perlu tergesa-gesa hal kahwin ni. Kami semua sukakan Zara. Kamu jangan risau, ya. Kata-kata Datin Zahrah disambut dengan degusan kasar seseorang disebelahnya.

"Entah-entah dah terlanjur. Itu sebab sibuk sangat nak kahwin."

"Luqman! Kau jangan nak buat cerita yang bukan-bukan. Zara bukan perempuan macam tu." tingkah Nuqman.

"Luqman bukan nak buat cerita. Tapi zaman sekarang ni, apa lagi sebab utama kalau bukan sebab tu? Perempuan sekarang pakai saja tudung tapi sebenarnya nak tutup perut yang makin besar tu."

"Luqman!" Nuqman sudah berdiri menghampiri adiknya. Kesabarannya memang sentiasa dicabar setiap kali berhadapan dengan Luqman.

"Sudah tu! Kamu berdua ni, memang pantang berjumpa. Asal jumpa nak bergaduh saja". Nuqman duduk semula apabila ditegur Datuk Iffan.

"Nuqman, Nuqman dah fikir panjang ke pasal ni? Bukan senang sayang, nak pikul tanggungjawab sebagai suami dan pelajar." Nuqman angguk laju.

"Abah, ummi. Zara perempuan yang baik. Nuqman tak mahu kehilangan dia. Nuqman risau, nanti dia dah mula kerja dia akan berubah hati pada orang lain." Luqman hanya mencebik mendengar alasan abangnya. Macam tak ada perempuan lain dalam dunia ni. Zara... Zara... Zara. Entah apa yang bagus sangat perempuan tu. Cun sangat ke?

"Ummi faham maksud Nuqman. Tapi, kahwin ni bukan untuk sehari dua. Kamu kena ingat tu. Sebolehnya biar kekal sampai ke akhir hayat. Apa kata kamu bertunang dulu? Lepas habis belajar, kamu kahwin."

Nuqman geleng kepala tidak setuju dengan cadangan umminya.

"Bertunang lagi banyak dugaan ummi. Ramai yang tunang dengan orang lain, nikah dengan orang lain. Nuqman tak mahu jadi macam tu. Nuqman nak nikah saja. Lepas ni, Nuqman boleh fokus belajar. Bukan macam mamat seorang tu sibuk heret perempuan ke hulur ke hilir yang bukan muhrim. macam mana ilmu nak berkat."

"Eh... hello brother! Berkat atau tak ilmu yang aku belajar tu antara aku dengan Allah. Kau siapa nak tentukan semua tu ha? Kau ingat kau kahwin dengan minah tu, boleh straight dapat list dekan setiap semester?"

Kahwin GantiWhere stories live. Discover now