Belajar dan kerja

1.4K 4 0
                                    

SALAH seorang pekerja mendapat tawaran pengajian ke IPTA di ibu kota 'kotor' Kuala Lumpur. Amboi, sejak baca buku Ridhwan Saidi aku dah pandai guna ibu kota kotor Kuala Lumpur!

Namanya Firdaus. Orang panggil Daus. Alang kepalang kegembiraannya sehingga malas menyiapkan kerjanya iaitu menggoreng keropok lekor dan memotong buah jambu batu untuk dijual kepada para pelajar. Pada hari keputusan tersebut keluar, tiada apa yang disembangkan olehnya kecuali hal universiti dan masa depannya.

"Lepas ni kalau jumpa korang tepi jalan, aku malas nak tegur," kata Daus secara bongkaknya ketika acara melepak bersama rakan sekerja yang lain. Sesi melepak hanya berlaku apabila pelanggan berkurang kerana masing-masing sudah tidak sibuk.

"Amboi, mentang-mentang dapat sambung mengaji ijazah terus tak nak tegur orang, baik tak payah tegur dari sekarang!" Tegas Kak La menggunakan kata seru.

Sesi melepak tersebut bersurai selepas Kak La betul-betul tidak mahu bertegur sapa dengan Daus. Mungkin hati ibu Kak La itu amat terasa dengan kata-kata Daus tadi yang mana aku faham itu adalah ayat gurauan darinya.

Sebaik saja Kak La membawa diri ke dapur air, Daus menerangkan bahawa kata-katannya tadi hanya untuk menyakitkan hati Kak La. Ya. Kak La ialah seoarang ibu yang berbangga dengan kisah hidup anaknya yang menyambung pengajian di kolej kejururawatan swasta dan sekarang berkerja di sektor kerajaan sebagai inspektor kesihatan.

"Aku sebenarnya meluat dengan perangai dia yang asyik duk cerita pasal anak dia tu. Orang lain pun ada anak jugak tapi tak lah sampai macam tu sekali," ujar Daus menerangkan ketidakpuasan hatinya.

Tambah Daus lagi, "Aku tanya pendapat pasal sambung pengajian pun dia boleh sembang pasal anak dia lagi. Sembang sikit-sikit sudah la."

Aku agak bersetuju dengan Daus sebenarnya sebab sebagai pembantu Kak La, aku banyak 'dimomokkan' dengan kisah anak sulungnya yang sedang berkerja sebagai inspektor kesihatan di Kuala Lumpur. Mungkin berkhidmat di sektor kerajaan itu membuatkan Kak La bangga dengan anaknya. Manakala aku hanya melihat pekerjaan itu hanya untuk memudahkan urusan meminjam wang dari bank dan memakan harta pencen di hari tua.

Pembancuh AirDonde viven las historias. Descúbrelo ahora