09 | Investment Dgn Return tertinggi

88 5 1
                                        

♥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♥

^^

Jari-jemari Wonyoung tergantung di atas butang panggil. Satu sentuhan, dan dia akan mendengar suara Yujin. Satu sentuhan, dan dia perlu menjelaskan segalanya. Tentang ayahnya, tentang Sunoo, tentang bagaimana dia duduk di meja makan selama dua jam sedangkan lelaki yang benar-benar dia inginkan duduk bersendirian di kedai kopi bertanda kucing itu.

Kenapa semuanya jadi begitu sukar?

Dia adalah Jang Wonyoung. Dia sudah banyak kali membentangkan cadangan bisnes di hadapan lembaga pengarah sejak usia dua puluh tiga tahun. Dia sudah merundingkan kontrak bernilai berbilion won dengan pelabur asing tanpa berpeluh sedikit pun. Dia sudah menghadapi krisis imej, mogok pekerja, dan percubaan pengambilalihan syarikat. Semuanya dengan postur yang tegak dan suara yang tenang. Tetapi sekarang, di dalam biliknya sendiri, hanya dengan telefon di tangan, dia berasa seolah-olah gadis remaja yang gementar menelefon orang yang disukainya untuk kali pertama.

Bezanya, perasaan remaja tidak akan serumit ini, fikirnya dengan rasa getir. Perasaan remaja takkan melibatkan ayah yang keras kepala, calon suami lain, dan khabar angin tentang lelaki itu yang belum terjelaskan sepenuhnya.

Tetapi Yujin sudah berkata dia akan menunggu. Yujin sudah membuktikan bahawa rumor tentang dirinya itu tidak sepenuhnya benar atau sekurang-kurangnya, ia tidak menceritakan keseluruhan kisah. Yujin sudah memberikan Coatnya tanpa diminta, dan lelaki itu menunggunya walau dia membatalkan janji temu mereka.

Yujin berhak mendapat kejujuran. Walaupun kejujuran itu rumit. Walaupun ia bermaksud mengakui bahawa Wonyoung tidak sepenuhnya bebas seperti apa yang dia sangkakan.

Wonyoung menekan butang panggil.

Bunyi panggilan bersambung. Satu. Dua. Tiga. Wonyoung mula berfikir mungkin Yujin sudah tidur atau lebih buruk lagi, sudah bosan dan memilih untuk tidak menjawab. Tetapi kemudian...

"Hello." Suara Yujin. Rendah, tenang, dengan sedikit rasa letih di hujungnya. Bukan nada marah. Bukan nada dingin. Cuma... letih.

Wonyoung memejamkan matanya. "Hello Yujin-ssi."

Jeda. Bukan jeda yang kekok lebih seperti jeda yang penuh, diisi dengan segala perkara yang belum sempat mereka luahkan. Wonyoung boleh mendengar bunyi samar di latar belakang... bunyi televisyen? Atau mungkin radio? dan Wonyoung membayangkan Yujin di kediamannya, mungkin duduk di sofa, mungkin masih memakai baju yang sama saat dia di Cafe itu.

"Awak kata awak akan telefon," kata Yujin akhirnya. "Saya hampir tak percaya."

"Saya kata saya akan tepati janji kali ini."

"Dan awak memang tepati janji itu. Jam..." ada jeda seketika, mungkin Yujin sedang melihat jam, "...9:17 malam. Lebih awal daripada apa yang saya sangkakan. Jujur cakap, saya sangka awak akan telefon pukul sebelas atau dua belas, atau mungkin esok pagi."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Business Unusual | Annyeongz 🐶🐰Stories to obsess over. Discover now