Part 4 : Kebetulan atau takdir?

Start from the beginning
                                    

"Apa yang bunyi tu weh?" tanya Suraya, memecahkan kesunyian.

"Tak tahu. Macam buku jatuh." jawab Fatin, teragak-agak.

"Tak mungkin la boleh jatuh. Tak de ang..." mulut Atikah belum sempat menyebut 'angin' itu cepat-cepat ditekup dengan tangan Junaida dan Mila.

"Mulut kau tu jangan nak cakap celupar boleh! Kitorang pom pikir benda yang sama. Senyap je lah," ujar Mila. Setelah itu baru tangan dilepaskan daripada menekup mulut Atikah.

"Sorry guys...sorry"

"So, cemana ni?" tanya Laila, sambil merendahkan sedikit volume radio.

"Cuba tengok, betul ke ada buku jatuh? Ke kita salah dengar?" Ros persoalkan.

"Macam ni, apa kata kita pergi tengok?"

Serentak mereka pandang ke arah Fatin. Berani-berani suruh pergi tengok. Dah la dalam keadaan gelap. Bayangkan...dalam kegelapan, anda berpaling ke belakang anda yang memang tiada sesiapa pun.. tetapi tiba-tiba je buku boleh jatuh. Nggeee...bukankah itu menyeramkan?

Hati mereka berdegup kencang, dan tak tenteram.Masing-masing tak berani. Akhirnya tangan mereka ditarik satu-satu oleh Fatin. Fatin mula melangkah ke arah kaunter pinjaman buku, cuba mencari lampu suluh. 'Ah, jumpa juga.' dan terus lampu suluh dibuka.

Dalam keadaan yang gelap-gelita, kesemua meraka berpegangan tangan, diketuai oleh Fatin dihadapan dengan lampu suluh. Cuba beranikan diri untuk melihat samada betul atau tidak ada buku yang terjatuh (atau dihempas). Adakah bunyi tadi hanyalah khayalan atau realti?

Mereka perhatikan satu-demi-satu rak buku. Tiada lagi buku yang terlihat di lantai. Akhirnya mereka tiba di rak buku yang terakhir, berada di sudut library yang sememangnya agak seram dilihat dari jauh. Terketar-ketar tangan Fatin yang cuba menyuluh lantai bersebelahan rak buku. Dan akhirnya cahaya lampu disuluh tepat mengenai Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-3 itu. Masing-masing yang melihat terdiam.

"Ahhhhh!!!" Suraya yang berada paling hujung berlari kehadapan library, diikuti oleh semua yang turut menjerit kecuali Fatin. Menyedari Fatin masih berdiri di tempat yang sama dengan tangan terketar-ketar dan mata yang terbeliak, Atikah menarik tangan Fatin supaya beredar cepat daripada situ.

Kini kesemua mereka berada di hadapan kaunter pinjaman buku. Masing-masing terasa degupan jantung yang laju. Senyap. Kesemua mereka berdiam diri.

"Eh, bukan ke kita ada buka radio kan sebelum ni? Kau tutup ke Laila?" tanya Ain. Mula menyedari keadaan yang sunyi

"Tak, aku low kan volume radio je." jawab Laila.

Radio tak berbunyi. Masing-masing berpandangan. Ahhh sudah... sape yang off-kan radio? Ros melangkah ke arah radio, terletak di atas meja bersebelahan dengan kaunter pinjaman buku. Ros menekan butang 'ON' di radio. Tapi tiada bunyi dikeluarkan.

"Radio dah rosak kot," kata Ros.

Masing-masing menghembuskan nafas lega. Kalau Ros tekan butang 'ON' dan radio mula berbunyi ketika itu, kemungkinan mereka akan berlari keluar daripada library tersebut akibat keseraman yang melampau. Memikirkan hal tu, Mila ketawa setelah melihat muka cuak yang terserlah di muka masing-masing.

"Dah kenapa kau ketawa ni Mila?" tanya Atikah.

"Tak de la, muka korang, cuak habis doo. Hahahahaha," kata Mila, masih dalam mood ketawa.

Dan akhirnya kesemua turut ketawa. Mungkin terpikir muka diorang sangat hodoh ketika situasi cuak tadi. Setelah masing-masing berhenti ketawa, Atikah menyuarakan kemungkinan kamus tersebut memang dah azali berada di atas lantai. Lalu mereka berpakat untuk menghiraukan sahaja peristiwa tadi.

Radio dah rosak. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Tetapi masing-masing masih tak dapat melelapkan mata. Dengan berbekalkan satu-satunya lampu suluh yang dijumpai di kaunter pinjaman buku tadi, mereka mula bersembang. Bukan sembang sangat. Lebih kepada mengumpat.

Sarah yang mendengar umpatan itu terasa bosan. Dia mula melihat-lihat buku yang ada di rak bersebelahan dengan tempat mereka berkumpul. Setelah membelek hampir 5 buku cerita melayu itu, Sarah mula tersedak dengan tajuk buku yang dijumpainya. Berketar-ketar tangannya mengambil buku tersebut dan menunjukkannya pada Laila yang ada disebelahnya. Laila yang tengah syok-syok mendengar Ros sedang bercerita pasal Tina Diva waktu tu terasa terganggu. Tidak melihat buku yang dihulurkan oleh Sarah. Ain yang berada di belakang Sarah menyambar pantas buku yang dipegang Sarah. Turut terkejut melihat tajuk buku tersebut.

"Guys....." Ain bersuara sedikit kuat dan Ros yang bercerita terdiam.

"Tengok ni...." sambil Ain mendepakan buku yang dirampas dari Sarah tadi.

Dan ternyata kesemua mulut ternganga, kecuali Sarah dan Ain. Terasa tiada darah mengalir ke muka. Adakah ini betul-betul kebetulan atau takdir mereka ketika itu?

THE GHOST OF THE LIBRARY.

Ya, itu tajuk buku tersebut.

THE LIBRARYWhere stories live. Discover now