KERANA KASIH 9

5.3K 169 0
                                    

"Ziana... mana shafiq?... dia tak nak makan ke?", soal dato adnan. "Dia masih di dalam bilik tidurnya dato... dari petang tadi dia langsung tidak keluar dari bilik tidurnya tu...", jawap ziana. "Hm... Tentu dia masih sedih sebab putri maya telah memutuskan tali pertunangan mereka. Saya pun tak sangka yang putri maya akan buat perkara seperti itu terhadap shafiq...", dato adnan bersuara perlahan lahan. Ziana hanya diam mendengar perkataan majikannya itu. "Apa apa pun saya harap dia akan dapat menerima kenyataan ini dengan baik. Er... ziana... boleh tak awak tolong bawa makanan ini ke dalam bilik tidurnya.... mungkin dia hendak makan dalam biliknya tu kot...", kata dato adnan perlahan lahan.

"Baiklah dato... saya akan hantarkan makanan ini ke biliknya...", balas ziana dengan patuh. Dia membawa dulang makanan tersebut ke arah bilik tuannya itu. Shafiq duduk di dalam bilik tidurnya sambil mendengar lagu heavy metal dari kumpulan slipknot. Bila dia merasa tension atau tertekan dia akan mendengar lagu lagu yang keras dan bising. Baginya itu saja yang dapat di lakukannya saat itu. Dalam pada itu dia masih teringat peristiwa petang tadi. Rasa kecewa di tinggalkan tunang masih ada di lubuk hatinya. Cuma dia merasa hairan kenapa tiba-tiba ziana membelanya ketika mereka sedang bergaduh tadi. Belum pernah seorang nanny menjaganya sebelum ini membela dirinya seperti itu. Ziana lain daripada yang lain. Maka timbul persoalan di lubuk hatinya, kenapa ziana membelanya sedangkan selama ini dia bersikap dingin terhadap gadis tersebut.

Sementara itu kelihatan Ziana sedang berdiri di luar pintu bilik tidur tuannya itu. Kedengaran lagu keras heavy metal dari kumpulan slipknot berkumandang dari dalam bilik tidur tersebut. Dia tahu shafiq sedang melepaskan tension dengan mendengar lagu lagu bising seperti itu. Mahu tidak mahu dia terpaksa mengetuk daun pintu itu dengan lebih kuat lagi. "Tuan... buka pintu ni... sekarang tiba masa untuk makan malam...", kata ziana dengan nada suara yang lantang. Tidak lama kemudian lagu bising tersebut hilang dari pendengarannya. Mungkin shafiq sudah mematikan hi-fi stereo kesayangannya itu. "Tak payahlah kau bawa makanan tu ke sini... aku tak ada selera hendak makan...", balas shafiq dari dalam bilik tidurnya. "Tuan... tak baik tuan macam tu... kalau tuan rasa sedih pun janganlah sampai tak nak makan sepanjang hari... nanti tuan jatuh sakit... siapa yang susah?... sendiri juga yang susah... nanti tak pasal pasal pula tuan masuk hospital gara gara tak makan... tentu dato akan merasa sedih kalau tuan jatuh sakit dan tuan pasti akan... ", belum pun sempat ziana menghabiskan perkataannya tiba-tiba pintu itu di buka orang dari dalam

"Oh... baiklah... just come in... ", shafiq bersuara sambil membuka pintu bilik tidurnya. Ziana tersenyum lebar. Dia tahu apa kelemahan shafiq. Dia mudah mengalah jika dia mendengar syarahan yang panjang lebar dari seorang perempuan. itu bermakna bahawa dia seorang lelaki yang tidak tahan kena syarahan. "Tuan makanlah... jangan bersedih lagi ya...", kata ziana sambil tersenyum. Dia meletakkan dulang makanan itu di atas meja. "Saya pergi dulu tuan...", ziana bersuara seraya melangkah pergi dari situ namun langkahnya terhenti bila, "nanti dulu, ziana...", kata shafiq perlahan-lahan

"Ada apa tuan?", soal ziana ingin tahu. "Ziana, kenapa kau membela aku tadi?...", shafiq bersuara sambil memandang wajah gadis itu. "Saya membela tuan sebab saya merasa meluat dengan bekas tunang tuan tu... adakah patut dia cakap yang kaki tuan ni lumpuh dan cacat sedangkan kaki tuan masih boleh di gerakkan jika tuan rajin mengikuti sesi fisioterapi tu...", jelas ziana tanpa berselindung. "Apa apa pun terima kasih aku ucapkan pada kau sebab kau sudi membela aku tadi...", kata shafiq perlahan-lahan. "Sama sama... er, tuan makanlah dulu ya... saya nak pergi ke dapur. Ada kerja perlu di buat...", kata ziana. "Baiklah...", balas shafiq sepatah.

Ziana melangkah ke dapur sambil berfikir panjang. Tiba-tiba saja shafiq berterima kasih padanya pula. Biasanya shafiq tidak pernah berterima kasih padanya. Paling paling pun dia cuma berkasar bahasa dengannya. Perubahan yang kecil itu membuatkan ziana merasa hairan. "dah buang tabiat kot?...hm... whateverlah...", bisik hati kecilnya.

*** *** ***

Malam itu shafiq tidak dapat tidur. Kata kata putri maya petang tadi betul betul menyakitkan hatinya. dia tidak menyangka putri maya akan bersikap begitu padanya. selama ini dia begitu menyayangi dan menyintai gadis itu tapi kini cintanya di abaikan oleh gadis tersebut. dia juga tidak menyangka yang hubungan mereka akan berakhir begitu saja. Selama ini dia menyimpan angan angan untuk hidup bersama dengan putri maya namun angan angannya itu musnah dalam sekelip mata. semuanya gara gara kakinya yang tidak dapat berjalan. ramai orang yang menganggap bahawa kakinya akan menjadi lumpuh buat selama lamanya. terutamanya kawan kawannya sendiri dan juga bekas tunangnya itu.

shafiq sedar ini semua salahnya. sepatutnya dia tidak harus membuang masanya dengan merempit tapi dia pergi juga merempit. akibatnya dia kemalangan dan kakinya tidak dapat bergerak seperti dulu lagi. dalam diam dia merasa sungguh menyesal di atas apa yang telah terjadi pada dirinya tapi penyesalannya itu sudah tidak berguna lagi. dia merenung kedua belah kakinya itu. dia cuba untuk bangun lalu berdiri tapi dia gagal berbuat demikian. dia terjatuh di atas lantai. dia merasa sungguh marah kerana tidak dapat berdiri dan berjalan seperti dulu lagi. perlahan lahan dia menyeret tubuhnya dekat dengan katil bujangnya itu. dia duduk bersandar di tepi katilnya itu.

matanya di pejamkan seketika. "ye lah kan siapa yang nak bersuamikan lelaki cacat...", kata kata putri maya terus bergema di cuping telinganya sehinggakan dia merasa sakit hati bila memikirkannya. "mungkin betul kaki aku ini cacat... kalau tidak masakan kakiku tidak bergerak sehingga ke hari ini....", bisik hati kecilnya. perlahan lahan dia mengheret tubuhnya ke atas katil bujangnya itu dengan susah payah. fikirannya bercelaru. malam itu dia langsung tidak dapat tidur. dia mengambil sebotol pil ubat tidur dari dalam laci meja dekat dengan katilnya itu. 2 biji pil ubat tidur di telannya. dia cuba untuk melelapkan matanya tapi dia tidak dapat berbuat demikian. matanya langsung tidak dapat di lelapkan. oleh kerana dia merasa sungguh kecewa dan tertekan, dia pun terus menelan semua pil ubat tidur yang ada di dalam botol di tangannya itu. selepas dia menelan semua pil ubat tidur itu seluruh pandangannya tiba tiba saja menjadi kabur dan gelap.dia terus terbaring di atas katilnya dalam keadaan yang tidak sedarkan diri lagi.

KERANA KASIH (U)Where stories live. Discover now