KERANA KASIH 2

7.5K 221 4
                                    

Ziana pulang ke rumah dengan hati yang gembira. kepulangannya di sambut oleh kawan baiknya, laila. "amacam zi?... awak dah dapat pekerjaan tu tak?", soal laila. "dapat... saya dapat pekerjaan sebagai pembantu peribadi aje...", kata ziana. "pembantu peribadi?... maksud awak macam secretary ke?", soal laila. "bukan... ianya sama seperti pembantu rumah tapi saya di tugaskan untuk menjaga anak kecil saja...", balas ziana. "oh... begitu... baguslah kalau macam tu. sekurang kurangnya awak dah dapat pekerjaan sekarang...", kata laila. ziana hanya tersenyum saja pada rakannya itu.

Pada keesokan harinya, ziana bangun awal. dia bersiap siap hendak pergi ke tempat kerjanya. kawan baiknya, laila pun turut bersiap hendak pergi ke tempat kerjanya. mereka berangkat dengan menaiki kereta proton saga milik kawannya laila. "mana kad alamat rumah dato tu? biar saya yang hantarkan awak ke sana dulu... lepas tu barulah saya pergi ke tempat kerja saya...", kata laila. tanpa banyak bicara ziana pun memberikan alamat rumah majikannya itu pada laila. "eh... majikan awak tinggal kat kawasan perumahan highly height? wah... itu tempat tinggal orang kaya-raya tu...", kata laila dengan mata yang membulat. "yalah tu... cepatlah kita pergi ke sana... saya dah lambat dah ni...", kata ziana. "baiklah...", laila mula memasang enjin keretanya. perlahan lahan kereta tersebut meluncur laju dari situ.

Setelah beberapa minit dalam perjalanan, mereka pun sampai di depan pintu pagar besi yang sangat tinggi. kelihatan sebuah villa mewah tersergam indah di kelilingi taman bunga yang cantik di sebalik pintu pagar besi tersebut. "eh... besarnya rumah majikan awak ni... loaded betul majikan awak ni... tengoklah rumahnya besar macam istana...", kata laila dengan rasa terkejut. mulutnya ternganga ketika melihat villa mewah itu. ziana pun turut mrasa terkejut ketika melihat villa tersebut. dia tidak menyangka pula yang majikannya ada rumah sebesar itu.

tiba-tiba, "ehem!... korang berdua ni nak cari siapa kat sini?", soal suatu suara. mereka segera mengalihkan perhatian mereka ke arah suara itu. kelihatan seorang lelaki berpakaian seragam sedang berdiri memerhatikan mereka. "tentu lelaki ini pekerja sekuriti di sini", bisik hati kecil ziana. "er... kami nak pergi berjumpa dengan dato adnan. dia ada di rumah, tak?", soal ziana. perlahan lahan dia melangkah keluar dari dalam kereta rakannya, laila. Lelaki itu menganggukkan kepalanya. "ya... dia ada di rumah... cik ni cik ziana, ke?", soalnya. "ya...", balas ziana sepatah. "oh...kalau macam tu awak masuklah ke dalam... dato sedang menunggu kedatangan awak...", kata lelaki itu. ziana tersenyum padanya. "er... zi... saya pergi kerja dulu... saya dah lambat pergi kerja dah ni...", kata laila dari dalam keretanya. "ok... baik-baik jalan ya...", kata ziana sambil melambaikan tangannya pada rakannya itu. selepas itu dia mula melangkah masuk ke dalam kawasan villa mewah itu.

Ziana sampai di depan pintu utama villa tersebut. Dia menekan loceng pintu yang ada di situ. Tidak lama kemudian pintu itu di buka orang dari dalam. kelihatan seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 40-an sedang berdiri di depan matanya. "mungkin dia ini pembantu rumah di sini...", teka hati kecil ziana. "er... ada apa cik?", soal wanita itu. "er... saya datang ni nak berjumpa dengan dato adnan. dia ada tak di dalam?", soal ziana. "ya... cik ni cik ziana, ke?", soal wanita itu. "ya... mak cik..." balas ziana. "oh... masuklah cik... dato sedang menunggu awak di ruang tamu sana tu... mari ikut saya...", kata wanita itu. perlahan lahan ziana mengekorinya dari belakang. Tidak lama kemudian mereka sampai di ruang tamu yang nampak kemas dan rapi itu. kelihatan dato adnan sedang duduk sambil membaca suratkhabar di atas kerusi sofa tidak jauh dari situ.

"dato... cik ziana dah sampai...", kata wanita itu. "oh... suruh dia duduk...", perintah dato adnan. "er... cik, duduklah...", pelawa wanita itu. ziana pun duduk di kerusi sofa yang ada d situ. dato adnan mengalihkan perhatiannya pada ziana. "selamat pagi cik ziana... terima kasih kerana awak sudi menerima tawaran saya. Sebenarnya ramai orang yang sudah saya tawarkan pekerjaan ini tapi mereka tidak sanggup melakukannya. mereka kata anak saya tidak baik, pemarah dan kasar bahasanya sebab itulah ramai orang yang berhenti kerja... tapi saya harap awak akan bertahan bila bekerja di sini...", kata dato adnan. ziana hanya tersenyum saja padanya. "oh... saya pasti akan bertahan bekeja di sini dato sebab saya sudah biasa berhadapan dengan budak budak yang pemarah macam tu", kata ziana.
"tapi cik ziana anak saya bukannya budak budak lagi...", sanggah dato adnan. "maksud dato?", soal ziana kebingungan. "maksud saya, anak saya sudah pun dewasa... umurnya 24 tahun... saya menyuruh awak menjaga dia sebab dia tidak dapat berjalan setelah dia mengalami kemalangan di jalan raya sebulan yang lalu... awak di tugaskan untuk menjaga makan pakainya dan juga menghantarnya ke pusat fisioterapi di hospital Tunku Aman 4 kali dalam seminggu sehingga dia dapat berjalan semula...", kata dato adnan.

Ziana merasa terkejut apabila mendengar perkataan majikannya itu. Pada mulanya dia menyangka yang dia akan menjaga anak kecil saja namun sangkaannya itu meleset sama sekali. Tugasnya ialah menjaga seorang pemuda yang kakinya tidak dapat berjalan akibat kemalangan jalanraya. "jadi dato hendak saya menjaga anak dato yang besar panjang tu?", soal ziana seperti tidak percaya dengan apa yang di dengarinya saat itu."ya... kenapa awak terkejut ke?", giliran dato adnan yang menyoalnya."oh... saya sebenarnya menyangka yang anak dato tu masih kecil tapi rupa rupanya sangkaan saya tu meleset sama sekali... er... boleh saya tahu di mana anak lelaki dato tu berada sekarang?", soal ziana ingin tahu. dato adnan bangun dari kerusinya. "Oh... dia ada di dalam bilik tidurnya. mari ikut saya ke bilik tidurnya. biar saya perkenalkan awak padanya...", kata dato adnan sambil melangkah meninggalkan ruang tamu itu. ziana pun mengekorinya dari belakang...

KERANA KASIH (U)Where stories live. Discover now