KERANA KASIH 1

13.5K 274 9
                                    

ziana melangkah masuk ke dalam pejabat yang berhawa dingin itu. dia lihat ada seorang gadis sedang duduk di sebuah meja yang terletak tidak jauh dari situ. ziana pun terus menghampiri gadis itu. "er... cik... tumpang tanya... di manakah tempat untuk temuduga tu? saya datang ni untuk temuduga tu...", kata ziana perlahan lahan. "oh... cik, ada bawa apa-apa dokumen penting untuk temuduga tu, tak?"soal gadis tersebut. "ya...", balas ziana. "oh... kalau macam tu baguslah... cik duduk dulu, ya... nanti saya panggilkan cik untuk di temuduga...", kata gadis itu.

ziana pun duduk di atas kerusi yang ada di situ. Tidak lama kemudian, "er... cik... bos saya panggil awak...", kata gadis tersebut. "er... di mana bilik pejabatnya?", soal ziana ingin tahu. "bilik pejabatnya ada di sana tu...", gadis itu bersuara sambil menunjukkan bilik pejabat majikannya. ziana pun terus melangkah menuju ke arah bilik pejabat tersebut. perlahan lahan dia mengetuk daun pintu bilik pejabat itu. "ya... masuk", kata suatu suara dari dalam bilik pejabat tersebut. dia membuka pintu bilik pejabat itu. kelihatan seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an sedang duduk di mejanya.

"ya... cik, silakan duduk...", pelawa lelaki itu. ziana pun duduk di depannya. "saya datang ni untuk temuduga tu, tuan... ini resume dan juga dokumen-dokumen saya yang lain", kata ziana sambil menyerahkan fail di tangan pada lelaki tersebut. lelaki itu mengambil fail di tangan ziana. dia membacanya kemudian dia memerhatikan wajah gadis itu seketika. "urm... sebenarnya pekerjaan ini tidak memerlukan resume atau sijil kelulusan awak, cik ziana...", kata lelaki itu dengan wajah yang serius. "maksud tuan?", soal ziana. "maksud saya sebenarnya pekerjaan ini cuma memerlukan kesabaran dan kemahiran awak. itu saja... er... apakah awak pandai memasak?", soalnya.

"pandai..."jawap ziana. "di sekolah dulu, awak suka membuli orang tak?", soalnya lagi. "oh... tidak... saya tidak suka membuli orang lain. orang lain saja yang suka membuli saya tapi saya tabahkan hati saya bila berhadapan dengan orang seperti itu...", balas ziana. "apakah awak pandai menjaga orang yang sakit?", soal lelaki itu. "ya... saya pernah menjaga nenek dan atuk saya ketika mereka sakit. saya juga pernah menjaga anak saudara saya yang baru berumur satu tahun...", kata ziana. "oh... macam tu. sebenarnya saya ingin mencari seseorang yang sanggup menjaga anak lelaki saya yang sakit...", kata lelaki itu. "maksud tuan macam nanny ke?", soal ziana. "ya... macam itulah...", balas lelaki itu. "tapi dalam iklan surat khabar ni, tuan tulis nak cari pembantu peribadi... pembantu peribadi itu bukan untuk jawatan secretary di pejabat, ke?", soal ziana. "Eh...bukan...saya bukannya nak cari secretary di pejabat. saya cuma nak cari pembantu peribadi untuk anak lelaki saya di rumah... urm... apakah awak sudi menerima pekerjaan ini? saya akan bagi awak gaji yang lumayan pada setiap bulan. yang penting awak cuma jaga makan pakainya dan juga kesihatannya. itu saja... macamana?... awak terima tak tawaran kerja saya ini?", kata lelaki itu.

ziana terdiam sektika. dia tidak tahu sama ada dia dapat menerima pekerjaan itu ataupun tidak. "awak jangan banyak berfikir lagi. awak terimalah pekerjaan ini... sebab saya percaya awak mampu melakukan pekerjaan ini dengan baik...", kata lelaki itu. Ziana kembali berfikir. dia sudah lama menganggur. tak baik rasanya jika dia menolak tawaran itu. jadi dia pun mengangguk-anggukkan kepalanya. "baiklah, saya terima tawaran tuan... bila saya mula bekerja?", soal ziana. "pagi esok. awak mesti datang awal ke rumah saya pagi esok... ini alamat rumah saya...", kata lelaki itu sambil menyerahkan kad alamat rumahnya pada gadis itu. ziana pun mengambil kad tersebut. perlahan lahan dia bangun. dia bersalaman dengan majikan barunya itu. "terima kasih,tuan....", kata-kata ziana di potong pantas oleh lelaki itu. "Oh... panggil saya dato adnan...", katanya sambil tersenyum. "baiklah dato adnan...", balas ziana tersenyum lebar. "jumpa saya pagi esok di rumah saya...", kata lelaki itu. ziana mengangguk anggukkan kepalanya. Selepas itu dia meminta diri untuk pulang ke rumahnya...

KERANA KASIH (U)Where stories live. Discover now