Pada malam itu,mimpi buruk yang pernah dia alami muncul semula dan mengganggu tidurnya.Dalam mimpi itu, dia berdiri kaku, tidak percaya apa yang baru dilihatnya. Sekumpulan manusia yang mempunyai tatu di bahagian lengan mereka memecah masuk rumahnya dan abangnya sedang bergelut berlawan untuk menumpaskan mereka.
Tiba-tiba,abangnya ditembak dibahagian perut oleh seseorang dari belakang ketika sedang bergelut "Arghh!!!" teriaknya dan akhirnya terkulai ke lantai rumah. Air matanya berlinang melihat abangnya yang terbaring begitu. "Abanggg...." bisiknya.Dia mahu mendekati abangnya, tetapi tidak mahu disedari oleh orang itu. Dia terpaksa menyorok disebalik dinding sebelum bayang orang itu meninggalkan rumah.
Setelah mereka pergi, dia keluar dari sebalik dinding dan bergegas ke abangnya yang sudah penuh darah mengalir dari perut. Dia cuba menghentikan pendarahan dengan menekap bahagian itu, tetapi semua usaha sia-sia. "Abang,jangan tinggalkan El.....El dah tiada siapa dalam dunia ni selain abang" teresak-esak dia menangis.
Dan abangnya berkata,"El janji dengan abang....El kena teruskan hidup, El kena lari jauh dari sini" sambil menahan kesakitan yang perit. "Ya,El janji dengan abang," jawabnya. Abangnya sudah tidak mampu bertahan lagi dan akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya."NO!!!.....abang,jangan tinggalkan El abang. Abanggg!!!" Dia menangis meratapi kematian abangnya disitu.
Akhirnya, dia terjaga dari mimpi buruk itu,peluh menitik di dahinya dan pipinya basah kerana menangis di dalam tidur. Mimpi buruk itu masih menghantui hidupnya sehingga kini, dan satu tekad sudah terbentuk dalam dirinya.
CZYTASZ
SILENT EDGE
Akcja- In a world full of secrets, who can be trusted? - ~Ellara Aryssa hidup sebagai remaja biasa, namun segalanya berubah apabila dia menyertai dunia rahsia yang penuh cabaran dan risiko demi mencari kebenaran dan membalas dendam tentang kematian kelua...
